"GENOCIDAL GAZA PLAYBOOK" ISRAEL AKAN GUNAKAN KE ATAS IRAN?

Setan-yahu (Netanyahu), setan terbesar dalam dunia sekarang yang muncul dalam diri seorang gila dan narsis, tetap akan melakukan kerja gila dan ganas tanpa henti.

Benjol pada otaknya semakin besar tetap menjadi pengawal yang mengarahkan kepada pelbagai tindakan ganas, seumpama anaconda yang terdesak.

Kini, otaknya digunakan untuk menghancurkan Iran seperti dilakukan ke atas Gaza. Tetapi, semua dunia tahu, semangat perjuangan Gaza tidak pernah padam walaupun tanahnya dihentakkan hingga ke kerak bumi. Iran bukan sebuah negeri yang boleh dilakukan seperti Is-sewel lakukan ke atas Tebing Barat, kerana PLO sudah jadi sebahagian daripada alat dan tangan zionis (sejak Perjanjian Oslo 1993).

Hamas muncul kerana PLO sudah berubah menjadi "pelacur berjemaah". Iran membangunkan kekuatan dalam sekatan dan tekanan, dan tentunya, semangat dan jiwa kental telah lama tertanam. Ia tidak mudah dipatahkan semangat juangnya. Iran benar-benar memahami muslihat dan perangkap kata-kata, gelintar bahasa diplomasi dan senyuman yang diukir tanpa keikhlasan.

Ketika ini, Is-sewel benar-benar awek, kerana Iran boleh sahaja menamatkan riwayat negara haram itu jika tanpa dilindungi oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah. Kini beberapa buah negara Eropah sudah mula cuak, dan sedar telah lama mereka ditipu. Sekurang-kurangnya Sepanyol sudah berani "melawan" dan mengambil keputusan tegas.

Sepanyol tidak mahu ditipu sekali lagi setelah tertipu ketika berganding bahu menyerang Irak atas alasan memiliki Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD). Kali ini mereka cuba menjual bahawa Iran sedang membangunkan senjata nuklear. Iran berkali-kali menafikan, tetapi Is-sewel dan Amerika Syarikat tidak rasa bersalah walaupun sudah memilikinya. Mereka salahkan Iran sebagai "pengacau", akibatnya Timur Tengah tidak stabil.

Hakikatnya, Timur Tengah akan menjadi stabil dan aman sekiranya Amerika Syarikat benar-benar bertanggungjawab sebagai "polis dunia" dengan menangkap Setan-yahu dan nyahkan negara haram Is-sewel. Is-sewellah puncanya, maka cukup ironi bila "polis dunia" melindungi penjenayah, dan menggalakkan penjenayah melakukan aksi ganas, samseng dan bersamaan dengan aktiviti mafia.

Negara-negara Arab juga sedang menanyakan diri sendiri: untuk apakah perlu membenarkan tanah airnya dijadikan pengkalan tentera USA? Saudi seperti menyesal, selain ditinggalkan sisa alatan perang yang rosak, USA sudah menipu, keselamatan sebenar negara sendiri adalah obligasi sendiri, bukan boleh diharapkan kepada orang lain, terutama si penipu yang cukup brutal, Donald Trump. Arab Saudi mula merasai betapa pedihnya bila kena tipu sedangkan Iran sudah lama sedar perangkap sebegitu. ( Baca: https://www.facebook.com/share/p/18F3cziCkD/)

Negara-negara Teluk sudah benar-benar berubah kerana pengkalan tentera dan aset Amerika Syarikat menjadi teluk akibat peluru berpandu balistik Iran. Iran bukan menyerang negara-negara terbabit, tetapi Iran hanya menyerang setiap entiti yang tersenarai sebagai aset strategik si penipu dari keturunan penjajah yang merampas hak dan milik penduduk asal benua Amerika setelah Columbus berjaya menemuinya.

Setan-yahu sebenarnya berguru dengan peradaban kolonial yang membentuk Amerika Syarikat. Ia turut menjadi model dalam menyusun propaganda dan tindakan brutal di Palestin, yang akan dikembangkan ke Iran jika kali ini berjaya menceroboh masuk. Is-sewel bukan sahaja sahabat karib Washington, tetapi berjaya menjadikan penguasa Rumah Putih sebagai "kuda Trojan" bagi mencapai matlamat zionis, New World Order. Itulah kekuatan lobi Is-sewel sejak Amerika Syarikat menang Perang Dunia II (1945).

Sebelumnya, zionis menafikan matlamat tersebut, tetapi kini sudah dibentangkan dengan jelas The Greater Israel, dan dalam perkamusan dasar luar negara, Henry Kissinger sudah memasakkan asasnya sebagai World Order, yang tentunya boleh kita baca dengan rasa benci, marah mahupun kagum bagaimana "lalat kumbahan " boleh "memerintah dan mengawal gajah".

Tentunya, untuk menggunakan kaedah yang sama "GENOCIDAL GAZA PLAYBOOK" ke atas Iran bukan sesuatu yang mudah, sedangkan ke atas Palestin yang setelah memasuki tahun ke-79 pun belum mampu, inikan pula Iran yang cukup terkenal dengan semangat dan kekentalan jiwa Parsi.

Semangat Parsi tidak mudah luntur, dan Parsilah merupakan satu-satunya peradaban yang mampu mengalahkan Romawi dan Israel. Itu sejarah. Itu hakikat yang cukup sukar untuk Is sewel terima. Tetapi, Is-sewel terus bermain dengan retorik, propaganda dan segala bentuk pembohongan untuk meraih simpati dunia. Sekarang, dunia tidak lagi bersimpati dengan

Is-sewel, bahkan Adikuasa Amerika Syarikat semakin goyah.

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com