SIARAN MEDIA — PRESIDEN PUTRA
12hb Mei 2026

GUBAL SEGERA AKTA KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

1. Dengan penuh takzim, merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah DYMM YDPA dan DYMM Raja-Raja Melayu, PUTRA mohon mencadangkan agar Majlis Raja-Raja Melayu menasihati Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya segera menggubal satu undang-undang khusus yang baru dinamakan RUU Akta Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Akta ini amat penting bagi memperkukuh perlindungan dan kemulian institusi Raja-Raja Melayu sebagai tiang seri negara, payung kedaulatan rakyat, pelindung agama Islam sebagai Agama Persekutuan, penjaga adat Melayu dan lambang keteguhan Perlembagaan Persekutuan.

RUU ini mekanisme-nya seakan akan AKTA ISA yang telah di mansuhkan.Pihak pegawai kanan polis boleh menahan sesiapa sahaja yang menghina, mempersenda, memperlekeh dan mempersoalkan Titah DYMM YDPA atau DYMM Raja2 Melayu. Polis boleh menahan sesiapa sahaja yang menghina institusi raja selama 14 hari tanpa waran mahkamah dan boleh di tahan selama 2 tahun tanpa bicara.

Pesalah juga boleh di dakwa di mahkamah sebagai kesalahan jenayah berat dengan hukuman mandatori penjara dan mandatori rotan.Perincian RUU ini boleh di bincang struktur nya dan lain-lain kerana ini sahaja cara utk menjaga kedaulatan institusi raja sebelum terjadi apa-apa yang tidak di ingini apabila ada jenis manusia yang tidak menghargai di mana bumi di pijak dan di situ langit di junjung.

2. Institusi Raja-Raja Melayu bukan institusi politik biasa. Ia bukan milik parti politik, kerajaan, kaum atau kelompok. Raja-Raja Melayu adalah payung besar negara yang menaungi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Bumi Malaysia adalah bumi melayu yang asalnya Persekutuan Tanah Melayu yang bernaung di bawah pemerintahan raja raja melayu.Ianya termaktub dalam Perlembagaan di bawah Fasal 153,iaitu Kedaulatan Raja Melayu.

Maka apabila Raja dihina, titah Raja dipersenda, imej Raja dimanipulasi atau institusi diraja diperlekeh, yang tercalar bukan sekadar nama seorang Raja, tetapi maruah negara, roh Perlembagaan dan tertib kenegaraan Malaysia.

3. PUTRA melihat perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan dan amat bahaya jika orang melayu mengamuk bila Raja di hina atau disergah oleh manusia-manusia yang tidak ada otak, biadap dan kurang ajar. Penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu, khususnya melalui media sosial, semakin berani, kasar dan tidak beradab.

Ada yang mencemuh titah, ada yang menyindir secara melampau, ada yang memanipulasi gambar, ada yang menyebar fitnah, malah ada yang berselindung di sebalik nama kebebasan bersuara untuk merendahkan institusi tertinggi negara. Jika budaya ini tidak dibendung segera, ia akan menjadi barah yang merosakkan adab rakyat yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum.

4. Atas sebab itu, saya mencadangkan supaya Akta Kedaulatan Raja-Raja Melayu digubal segera dengan peruntukan yang jelas, tegas dan tidak kabur. Akta ini hendaklah memperincikan kesalahan menghina, memfitnah, mengancam, menghasut kebencian, mempersenda titah, memalukan imej, menyebarkan kandungan biadab atau melakukan apa-apa perbuatan yang merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Pemangku Raja, Tengku Mahkota, Raja Muda serta institusi diraja.

5. Hukuman di bawah akta ini hendaklah benar-benar berat dan benar-benar memberi kesan pencegahan seperti undang-undang di Thailand mengenai Institusi Raja dan tubuh badan Raja. Kesalahan terhadap institusi Raja tidak boleh dilayan seperti kesalahan biasa kerana ia menyentuh asas kedaulatan negara.

Malaysia wajar mengambil iktibar daripada negara seperti Thailand yang meletakkan perlindungan terhadap institusi Raja pada kedudukan sangat tinggi. Malaysia boleh menggubal pendekatan sendiri yang sesuai dengan Perlembagaan, tetapi mesti cukup tegas sehingga tiada pihak berani menjadikan Raja sebagai bahan hinaan politik atau permainan media sosial.

6. PUTRA mencadangkan hukuman bagi kesalahan serius dan berulang hendaklah merangkumi mandatori penjara dan rotan denda. Ada kes boleh di bawa ke Mahkamah dan ada kes boleh di tahan tanpa bicara seperti dalam akta ISA.

Tindakan segera terhadap akaun media sosial, sekatan penyebaran kandungan menghina, serta larangan tertentu daripada memegang jawatan awam atau politik bagi mereka yang sengaja menjadikan penghinaan terhadap Raja sebagai modal pengaruh. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan lesen kebiadaban. Demokrasi tidak pernah bermaksud rakyat bebas menghina Raja.

7. Namun akta ini hendaklah digubal dengan hikmah, adil dan berwibawa. Ia mesti membezakan antara wacana akademik yang beradab dengan penghinaan yang biadab. Pandangan undang-undang, teguran dasar atau perbahasan ilmiah yang sopan tidak wajar dihukum.

Tetapi fitnah, cemuhan, penghinaan, ancaman, sindiran melampau, manipulasi imej dan perbuatan sengaja mengaibkan institusi Raja wajib dikenakan tindakan keras. Undang-undang yang jelas akan melindungi takhta, menjaga rakyat dan mengelakkan salah guna kuasa.

8. PUTRA juga mencadangkan penubuhan Unit Khas Perlindungan Institusi Diraja Digital yang melibatkan PDRM, MCMC, Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan. Unit ini perlu diberi kuasa untuk memantau, menyiasat dan bertindak pantas terhadap kandungan yang menghina institusi diraja.

Dalam zaman digital, penghinaan boleh tersebar dalam beberapa minit. Jika negara lambat bertindak, kelewatan itu akan dibaca sebagai kelemahan. Takhta tidak boleh dibiarkan diserang dahulu, baru negara tergopoh-gapah mencari jawapan atau baru nak tubuh jawatan kuasa penyiasat.

9. Selain tindakan undang-undang, PUTRA mencadangkan kerajaan melaksanakan pendidikan nasional secara berterusan mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan, Rukun Negara, sejarah negara, agama Islam dan adat Melayu kepada semua kaum.

Generasi muda mesti faham bahawa menghormati Raja bukan budaya kolot, tetapi adab bernegara. Raja bukan tembok yang menindas rakyat. Raja ialah payung yang meneduhkan negara. Rakyat yang menghina payungnya sendiri akhirnya akan basah dalam ribut yang mereka ciptakan.

10. Dengan penuh takzim, PUTRA mohon ampun perkenan agar Majlis Raja-Raja Melayu pertimbangkan cadangan ini sebagai satu keperluan besar negara yang perlu disegerakan. Akta Kedaulatan Raja-Raja Melayu hendaklah digubal segera sebelum budaya biadab digital menjadi lebih parah dan sebelum penghinaan terhadap Raja dianggap perkara biasa.

Selagi saya diberi suara oleh Allah SWT, saya akan terus berdiri mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Mempertahankan Raja bererti mempertahankan Perlembagaan. Mempertahankan takhta bererti mempertahankan negara. Dan mempertahankan kemuliaan Raja-Raja Melayu bererti mempertahankan maruah Malaysia.

DATO’ IBRAHIM ALI
Presiden Parti PUTRA
12hb Mei 2026

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com