GUGURNYA NILAI DALAM EKOSISTEM PENDIDIKAN

Ini satu contoh bagaimana "peperiksaan" menjadi komoditi perniagaan yang lumayan. Pusat-pusat tuisyen sama sekali tidak menerapkan pembelajaran sosial dan ruhani, hanya memecut laju untuk meraih keputusan skor A.

Tentunya, kita pernah melihat ketika UPSR dan PMR atau PT3 menjadi peperiksaan awam, banyak tumbuh pusat tuisyen yang menawarkan "janji tak pasti" akan skor semua A, walhal kejayaan bukan disebabkan tuisyen semata-mata.

Pada waktu saya sekolah, tidak ada TADIKA yang menawarkan pelbagai method pendidikan awal seperti kaedah Montessori, yang ikut diadaptasi oleh kelas-kelas prasekolah berjenama Islam, masih ada yang cukup berjaya dalam akademik.

Apa yang menjadikan mereka berjaya kerana meletakkan adab sebelum ilmu, tetapi sekarang ilmu dahulu, kemudian diharapkan pelajar akan lebih beradab.

Cikgu sangat dihormati, bukan sahaja dalam kalangan pelajar, bahkan anggota masyarakat. Cikgu tidak menjauhkan diri dengan masyarakat, bahkan ikut bersama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Kini, masyarakat semakin terpisah, guru juga dengan budayanya sendiri. Itulah ketimpangan sosial, apatah lagi dengan adanya pemisahan kediaman.

Guru ada kuarter, yang asalnya untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal di beberapa lokasi yang sukar terdapat rumah sewa atau di kawasan bandar yang kadar sewanya sangat tinggi.

Malangnya, selain komunitinya tidak bercampur, kuarter juga seumpama "rumah berhantu"; tiada penghuni dan tingkat yang lebih atas sekian lama kosong.

Ketika riuh rendah UPSR dan PMR atau PT3, ramai juga guru-guru mengajar di kelas tuisyen dan membuka pusat tuisyen, sama ada dalam bentuk tuisyen di rumah atau private tuisyen.

Ada situasi berbeza berlaku, ketika mengajar di kelas tuisyen guru cukup bersungguh-sungguh mengajar tetapi bila di sekolah, sedikit sebanyak ada longlainya. Ia seolah-olah lebih nampak habuan ekstra daripada tugas hakiki yang sepatutnya dicurahkan secara bertanggungjawab.

Setelah dua penilaian tersebut dimansuhkan, sebahagian besar guru hilang sumber pendapatan tambahan. Begitu juga dengan penerbit buku latihan dan buku kerja. Tidak banyak lagi yang membelinya sebagaimana ketika UPSR dan PMR atau PT3 masih menjadi pengukur penentuan pelajar ke sekolah berasrama penuh mahupun terpilih ke sekolah elit, semuanya pelajar yang dilihat pandai, prestasi akademik cemerlang. Beberapa buah sekolah kampung atau pedalaman tinggal sebagai statusquo.

Pada suatu ketika, ada suara yang seakan mencabar guru agar menunjukkan prestasi yang cemerlang, agar benar-benar menepati makna guru cemerlang. Guru cemerlang bukan guru yang mengajar pelajar yang sudah pandai, tetapi guru yang mengajar murid berprestasi rendah dengan sungguh-sungguh agar berubah menjadi pelajar cemerlang.

Ketika itu, peperiksaan awam yang terbesar ialah SPM. Kita kadangkala terkejut apabila membaca iklan di papan tanda bahawa mereka yang mengikuti tuisyen di pusat kelolaan jagoan tertentu, hasilnya, berjaya memandaikan ramai orang (pelajar). Ia adalah satu falasi iklan yang cukup mual dan jijik. Iklan itu boleh dikatakan masih ada di laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Usaha "memandaikan pelajar' bermula di sekolah, bukan kelas tuisyen kerana tuisyen hanyalah sebagai "membantu". Membantu murid yang sudah pandai, bukan dimulakan dengan murid yang tidak kenal A B C atau menguasai 3M. Apa yang mereka ajar ialah memberikan fokus kepada kaedah menjawab peperiksaan, berdasarkan analisis soalan-soalan lepas.

Kini, kaedah itu menjadi tumpuan kelas-kelas tuisyen SPM, dengan membuat latihan sebanyak mungkin soalan-soalan SPM terkebelakang, atau hibrid. Kemudian, dari situlah munculnya istilah "soalan ramalan". Jika "soalan ramalan" tidak keluar, maka ramai pelajar yang kecewa.

Kelas-kelas tuisyen membuat latihan tubi, bahkan ada yang mendakwa, guru yang menjadi "pakar mata pelajaran" turut merupakan guru yang berpengalaman, yakni guru pemeriksa kertas atau guru yang menggubal soalan. Ia adalah satu kesalahan, kerana guru-guru yang terbabit dengan menggubal soalan dan membentuk skema jawapan diwajibkan merahsiakan pelantikan mereka.

Sebab itulah ada beberapa "keganjilan" berlaku, para pelajar yang dilatihtubi dengan tuisyen akhirnya bermasalah bila belajar bersendirian di sekolah berasrama. Sukar belajar secara berkumpulan dan ada yang meminta agar mereka kembali semula ke sekolah biasa, selain kegagalan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Akhirnya, bukan sahaja pusat-pusat tuisyen komersial menjadi medan persaingan, sekolah juga ikut berlumba-lumba untuk mendapatkan prestasi cemerlang. Kesannya cukup besar, yang paling ketara ialah prestasi akademik cemerlang tetapi hakikat bagi kemahiran sosial dan ruhani meluruh seumpama dedaunan kering.

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com