HIPOKRIT TAHAP TERTINGGI
Oleh Ghafar Mohamad
DALAM politik kita, ada satu bakat yang nampaknya semakin berkembang, pandai bercakap lain, buat lain.
Depan rakyat, cakap pasal agama, amanah dan perjuangan.
Depan kawan, senyum lebar, salam, tepuk bahu, sahabat kononnya.
Bila dapat kuasa, tiba-tiba skrip berubah.
Cakap pasal perpaduan, tetapi sibuk pecahkan orang.
Cakap pasal kesetiaan, tetapi kawan sendiri dicampak.
Cakap pasal amanah, tetapi kepentingan sendiri dulu.
Yang peliknya, hipokrit sudah jadi perkara biasa. Seolah-olah sudah dihalalkan. Kalau pandai berlakon, boleh pula dianggap bijak berpolitik.
Hari ini salam dan senyum. Esok, belakang tabir susun strategi nak jatuhkan orang yang semalam dipanggil sahabat.
Hebat sungguh politik zaman ini.
Tepuk dada, tanya iman.
Cuba teka, siapa watak-watak ini? Tak perlu saya sebut nama. Nanti ada pula yang terasa.
Rakyat sekarang bukan bodoh. Mereka tengok, mereka dengar, mereka simpan dalam ingatan.
Kuasa mungkin boleh membuat orang lupa diri. Tetapi rakyat dan sejarah tidak mudah lupa.
(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)
Sumber: bebasnews.my
