ISTAC: TRAGEDI INTELEKTUAL

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas baru pergi meninggalkan kita semalam, 8 mac 2026 . Saya pernah menulis panjang tentang beliau dalam post sebelum ini dan tidak berhasrat mengulangi lagi. Namun bila mengenangkan kepergian ini, saya teringatkan sesuatu.

Saya masih ingat dalam tahun 2015 +- begitu media sosial agak kecoh apabila terbit gambar kononnya dikatakan orang melayu sedang berkumpul di gereja. Bukan sedikit maki hamun dan hinaan netizen. rupanya ia adalah institusi besar yang diasaskan oleh almarhum Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang "dikuburkan" hidup hidup.

Rakyat Malaysia umumnya tidak menyedari kewujudan khazanah besar ini di Tanah air kita sendiri. saya pernah selitkan sedikit tentang ISTAC didalam Alfu sanatin dulu, tentang hasrat almarhum untuk menghidupkan semula bayt al hikmah.

ISTAC bukan kolej pascasiswazah biasa. Pada era 90-an, ia adalah "kiblat Intelektual" yang membuatkan sarjana Barat dan Timur terpukau.

Perpustakaan SMNA yang terdapat di ISTAC menyimpan koleksi manuskrip nadir yang membuatkan orientalis cemburu.

Prof. al-Attas membeli koleksi peribadi sarjana besar Eropah (seperti Spinoza dan Berthels). Pengkaji dunia tidak perlu ke Leiden atau London, tapi mereka terpaksa datang ke Kuala Lumpur untuk rujukan primer. Anda boleh search sendiri how penjagaan semua manuskrip lama ini dijalankan dulu..semua aspek diambil kira hingga suhu bilik, keterangan lampu, dan jenis kayu rak dan lain lain.

Di ISTAC, pelajar wajib menguasai bahasa sumber (Arab, Parsi, Yunani, atau Latin) untuk membedah karya asal. Tiada jalan pintas. Sistem mereka juga lain dari yang lain.

Syarahan di Main Hall sering dihadiri duta asing dan profesor pelawat yang ingin mendengar kupasan tajam almarhum Prof. tak silap saya, ia disebut Saturday night lecture. Tokoh-tokoh pemimpin besar dunia juga pernah turun mendengar syarahan syarahan almarhum Prof.

Dewan syarahannya pula direka supaya suara boleh didengar jelas tanpa mikrofon kuat, menyerupai seni bina Uthmaniyyah. Setiap sudut di ISTAC adalah "Living Textbook".

Ingat ya, almarhum Prof sendiri adalah arkitek kepada seni bina ISTAC ini. termasuk pemilihan bahan. jika masuk ke ISTAC, anda sedang masuk semula ke Abasiyyah dan serentaknya Andalusia saya kira.

Kejap.

Apa sebenarnya ISTAC?

Saya rumuskan sedikit sekadar bacaan dan fahaman saya. ISTAC ditubuhkan sekitar tahun 1987 sebagai pusat pasca-siswazah mandiri yang mengikut acuan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. daripada reka bentuknya, susun atur, hinggalah kepada silibus dan perjalanannya. bagi Prof, pendidikan sudah tidak melahirkan keilmuan dan kecintaan. sebaliknya menghasilkan produk untuk pasaran pekerjaan. keilmuan tanpa ruh. itulah yang mahu ditebus semula oleh beliau melalui penubuhan ISTAC.

Ketika itu PMX merupakan Menteri Pendidikan, dan peminat Prof. Maka agak mudahlah idea Prof untuk direalisasikan.

Dahulu, ISTAC adalah institusi AUTONOMI. Prof. al-Attas ibarat diberikan "cek kosong" dan kebebasan mutlak oleh Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina pusat kecemerlangan intelek tanpa gangguan birokrasi. Beliau mahu melahirkan Insan Kamil, bukan sekadar pemegang ijazah untuk pasaran kerja.

Namun, tahun 2002 menjadi titik hitam. Atas alasan penyelarasan birokrasi dan kos, kerajaan memutuskan ISTAC diserap ke bawah UIAM. Di sinilah berlakunya pertembungan dua dunia:

Misi dan prinsip almarhum Prof, Ilmu adalah tentang kualiti, dan adab atau sering disebut beliau sebagai Master-Disciple.

Sedangkan ia sangat bertentangan dengan Birokrasi keilmuan moden. Dimana Ilmu diukur dengan jam kredit, KPI, dan kuantiti penghasilan graduan.

(Kalau ini video, saya nak bagi banyak contoh. sebabkan teks, takpalah saya ringkaskan)

Apabila autonomi dirampas, Prof. al-Attas kehilangan kuasa mutlak. Kontrak beliau tidak disambung. Bayangkan, arkitek yang membina setiap inci institusi itu dengan keringat sendiri, akhirnya "terasing" daripada ciptaannya.

Ada riwayat menyedihkan (perlu pensahihan) menyebut beliau pernah dihalang masuk ke perpustakaan yang beliau bina sendiri. Beliau keluar dari ISTAC dengan penuh maruah, meninggalkan sebuah legasi yang beliau anggap telah "dirampas" rohnya oleh sistem mekanikal.

Kini ISTAC hanya disalah anggap sebagai gereja. dan Duta lebih dikunjungi sebagai stesen bas untuk pulang ke utara.

"Pembunuhan" ISTAC adalah manifestasi bahawa inilah hakikat ilmu pada era globalisasi ini. awak tidak akan menang dengan zaman. Awak akan diusir bersama prinsip ke pengkalan maruah yang tidak boleh ditebus beli oleh sesiapa.

Saya tak ingat tahun, tapi CASIS ditubuhkan di UTM. dibawah kelola murid murid kanan almarhum. semisal Prof Wan Mohd Nor. Ia adalah lambang perjuangan yang diteruskan oleh para murid-muridnya ketika sang guru dikecewakan oleh dunia.

Belasungkawa, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas

1931- 2026.

Sumber: Ibnu Rijal - Facebook

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com