JAKIM DAN MASA DEPAN DIALOG ANTARA AGAMA

KEWUJUDAN masyarakat majmuk adalah suatu sunah Ilahiah, yang merupakan manifestasi kekuasaan dan kehendak Tuhan yang tidak boleh dijadikan alasan oleh manusia untuk tidak memikirkan satu bentuk hubungan yang harmoni. Sebagai manusia yang beragama, diwajibkan untuk berdialog dengan agama-agama lain selain Islam untuk saling kenal mengenali sebagai memenuhi tuntutan kehidupan.

Di dalam pelan transformasi Al-Falah JAKIM antara lain menberi fokus kearah dialog harmoni antara penganut agama dan tamadun. Dalam hal ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) harus berperanan, bersungguh mencari solusi dalam menyelesaikan masalah agama yang sering timbul dalam masyarakat kita dan seboleh-bolehnya mengelak dari perbincangan isu-isu berkaitan teologi.

Dialog ini menjadi agenda yang dirasakan semakin penting dalam situasi dunia yang terancam dengan keganasan dan kemusnahan akibat perbezaan agama. Persiapan kearah dialog perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai agama serta agensi-agensi agama dibawah JAKIM. Mereka harus menganjurkan sikap keterbukaan bukan jumud dengan permasalahan remeh temeh.

Ia dengan sendirinya akan memperkayakan wawasan kedua-dua pihak dalam rangka mencari persamaan-persamaan yang dapat dijadikan landasan hidup yang damai dalam suatu masyarakat.

JAKIM harus memahami bahawa dialog ini bukanlah bermaksud untuk menganjurkan suatu perdebatan atau polemik tertentu.

Yang penting apa yang ingin dicapai melalui dialog ini ialah masing-masing dapat belajar dari pandangan dan pengalaman.

Apa yang menjadi fokus utama dalam setiap dialog tersebut adalah untuk mencari titik temu berkaitan persoalan-persoalan kemanusiaan sejagat serta bersama-sama berusaha menyebarkan nilai-nilai keagamaan yang luhur dan dituntut oleh semua agama.

Wilfred Cantwell Smith, Pengarah Pusat Agama-Agama Dunia di Harvard mengatakan adalah tugas dan kepentingan kita untuk mengakui bahawa misi dan dialog itu akan saling bertemu, telah tiba saatnya kita saling memahami, menghormati dan membantu satu sama lain dan bersama-sama bertujuan menciptakan dunia yang dapat diterima; dengan demikian misi kita saat ini adalah untuk bekerjasama dengan seluruh umat manusia.

Demikian juga dialog yang sering yang dilakukan oleh ketiga-tiga agama besar seperti Islam, Yahudi dan Kristian ketika kegemilangan tamadun Islam Sepanyol. Demikian juga kerjasama positif umat Islam dan Yahudi di Baghdad sejak kehadiran mereka dari abad yang kesembilan lagi.

Sikap pluralisme yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w ke atas orang-orang Yahudi Madinah bukan sekadar dengan memberi kebebasan beragama malah lebih daripada itu Rasulullah banyak bersabar dengan kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh orang-orang Yahudi.

Demikian juga sikap Nabi ke atas agama Kristian di mana beliau pernah menghormati rombongan 60 orang delegasi Kristian Nestorian yang datang menemuinya. Mereka diterima Nabi di Masjid Madinah dan dibenarkan menginap di Masjid Nabawi serta sebahagiannya di rumah sahabat Nabi. Mereka tinggal beberapa hari dan sempat melakukan ibadah cara mereka di Masjid Nabawi walaupun sebelum ini mereka meminta izin untuk beribadat di luar masjid.Selama di Madinah terjadi dialog antara Nabi dan pimpinan delegasi tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw harus dicontohi oleh JAKIM dan tidak sesekali menunjukan sikap tidak toleren terhadap mereka yang berbeza agama dengan kita. Menteri agama kita ini bukan hanya Menteri agama untuk orang-orang Islam sahaja tetapi juga untuk agama-agama lain,kita harus menyantuni dan mendekati mereka dan ini yang harus berlaku dalam menuju Malayasia Madani.

Sikap Nabi Muhammad s.a.w terhadap umat Kristian ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Islam selepasnya.

Percubaan untuk memahami hubungan antara agama bukanlah merupakan sesuatu yang baru dalam sejarah peradaban dunia. Sejarah Islam itu sendiri sudah memberikan satu bentuk hubungan yang akrab antara penganut bukan Islam dan ini dapat diperhatikan melalui kehidupan masyarakat bukan Islam dalam Piagam Madinah. Melalui Piagam Madinah yang dirumuskan pada awal abad ke-7 Masihi ini, dunia diperkenalkan kepada gagasan politik Madani yang sangat revolusioner, beretika dan berwibawa. Piagam ini jelas mempunyai tujuan perancangan bagi terciptanya keserasian politik dengan mengembangkan toleransi sosio agama dan budaya seluas-luasnya.

Disebabkan adanya salah faham dan berbagai-bagai kemungkinan yang tidak terduga, maka sikap kritis dan terciptanya hubungan yang erat dan dialogis antara tokoh-tokoh agama, menjadi sangat penting sebagai tindakan yang bersifat pemulihan dan harus diikut serta. Bagi masyarakat yang beradab dan beragama, perbezaan pendapat yang wujud boleh dijadikan sebagai landasan yang komunikatif dan saling memahami melalui mekanisme dialog. Tentunya mekanisme dialog mestilah lahir dan dilaksanakan dalam suasana mencari kesepakatan berasaskan nilai-nilai bersama dan bukannya berdasarkan prasangka dan emosi.

Dialog yang berkesan lahir bukan berasaskan kekuatan fizikal atau fitnah, tetapi harus berlandaskan percubaan untuk memahami atau mencari kata sepakat dalam sesuatu masalah bersama dalam perspektif agama masing-masing. Ujuran itu dianggap sebagai sebuah kombinasi dan pengembaraan ilmiah yang jarang berlaku serta sangat diperlukan oleh negara kita untuk memahami perkembangan nilai kehidupan keagamaan yang semakin pluralistik.

Pentingnya dialog antara agama ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah perlunya sikap keterbukaan bagi memenuhi tuntutan kemasyarakatan antara penganut agama, terutamanya Islam dan Kristian di Malaysia. Pola pemikiran tersebut menjadi sangat penting bagi mengukur asas atau percubaan untuk mengadakan dialog antara agama bagi mendapatkan persefahaman dan kefahaman sikap penganut Islam terhadap agama-agama lain. Melalui kefahaman inilah dijangka dapat mengurangkan salah faham dan prasangka buruk terhadap penganut agama lain.

Apabila masyarakat Islam memahami bentuk dan sifat penganut agama lain, mereka dipercayai boleh menerima lain-lain agama sebagai pilihan penganutnya. Ini seterusnya dapat membantu bukan Islam memahami gaya hidup dan falsafah kehidupan orang Islam dan hubungan yang komunikatif akan membolehkan imej Islam dapat diperbetulkan.

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com