JANGAN MERENDAHKAN MARUAH AGAMA ATAS NAMA ‘TAARUF’

Kenyataan Dewan Ulamak Pas Pusat —

DEWAN Ulamak Pas Pusat (DUPP) menzahirkan rasa kesal dan bantahan keras terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, yang mencadangkan pendekatan “mengajar” berbanding “menghukum” terhadap pelaku yang secara terang-terangan menghina kesucian Al-Quran dengan memuat naik gambar memijak kitab suci tersebut.

2. DUPP menegaskan bahawa YB Menteri telah terkhilaf dalam memberikan pendapat. Pendekatan yang terlalu lunak terhadap penghina agama adalah satu tindakan yang menjauh daripada manhaj yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Walaupun Islam itu agama dakwah, namun Islam juga adalah agama yang mementingkan Izzah (kemuliaan) dan ketegasan dalam memelihara syiar. Rasulullah SAW tidak pernah berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan penghinaan terhadap ketuanan Islam dan kesucian wahyu.

3. Adakah maruah agama ini begitu rendah di mata YB Menteri? Kami mempersoalkan mengapa kepentingan dan perasaan pelaku yang menghina agama seolah-olah lebih didahulukan berbanding maruah Islam yang telah dipijak-pijak. Pendekatan taaruf mempunyai tempatnya, namun meletakkan taaruf pada tempat penghinaan yang melampau adalah satu bentuk salah guna konsep yang boleh membawa kepada keberanian orang kafir untuk terus memijak kepala umat Islam.

4. Menyentuh sikap “berlembut” yang tidak bertempat ini, kami mengingatkan pesanan Imam Asy-Syafie Rahimahullah yang dirakamkan di dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala:

‎مَنْ اسْتُغْضِبَ فَلَمْ يَغْضَبْ فَهُوَ حِمَارٌ

“Barangsiapa yang dibangkitkan kemarahannya (kerana agamanya dihina) namun dia tidak marah, maka dia adalah seekor keldai.”

5. Umat Islam yang mempunyai iman di dalam dada pasti akan merasa terbakar jiwanya apabila melihat Al-Quran dipijak. Jika pemimpin agama sendiri tidak menunjukkan ketegasan, di manakah lagi rakyat mahu bergantung harap untuk melihat syiar Islam dipertahankan?

6. DUPP mendesak agar pihak berkuasa mengenakan hukuman yang paling berat dan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sebagai pengajaran (deterrent) buat semua pihak. Jangan biarkan keharmonian negara dicabuli oleh individu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau, kemudian dilepaskan dengan sekadar “nasihat”.

7. Akhir sekali, DUPP mengajak seluruh umat Islam untuk bangkit menyatakan bantahan dan memperbanyakkan doa memohon perlindungan Allah buat kesucian agama kita. Kita mengikuti jejak langkah Saidina Umar Al-Khattab RA yang dalam sejarahnya, terutama pada malam-malam Ramadan, beliau tidak mendoakan kesejahteraan buat musuh yang memusuhi Islam, sebaliknya mendoakan laknat dan kehancuran buat mereka yang berterusan menentang dan merendahkan agama Allah ini.

Sekian.

YB DATO’ USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com