KALIH’ ATAU TAK ‘BERKALIH?’ (VII)

DAP mempunyai strategi politik yang cukup menarik. Apabila sesuatu isu ditimbulkan oleh anggota atau ahlinya sendiri, Setiausaha Agong tidak mudah melenting. Sebaliknya, mengulas bahawa kenyatan kontroversi itu adalah ‘pendapat peribadi, bukan mewakili parti’.

Itulah kaedah politik yang digunakan untuk ‘mengawal kerosakan’. Misalnya, tidak menegur apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy ketika menulis mengenai keperluan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam dan mereformasinya bercirikan perkauman atau didominasi Bumiputera Islam dari Semenanjung. Ia sepatutnya lebih bercorak dan menggambarkan masyarakat majmuk Malaysia.

Anthony Loke hanya sekadar menasihatkan agar semua pemimpin DAP tidak menimbulkan sebarang polemik, dan “Kita (DAP) adalah sebahagian daripada kerajaan. Peranan kerajaan ialah menyelesaikan masalah bukan menimbulkan masalah.”

Menurut Anthony Loke lagi,, “bagi saya, kalau mana-mana pemimpin atau pihak yang menimbulkan apa-apa polemik dalam masyarakat, terutamanya (kerana) kita tahu persekitaran dan juga sentimen politik dalam negara kita (tindakan ini) adalah tidak produktif langsung yang tidak akan ke mana-mana.” (Astro Awani, 12 Februari 2023)

Ia berbeza dengan sikap dan cara pemimpin PN berpolitik. Sejak tidak berjaya membentuk kerajaan pusat, PN menggunakan 3R untuk menarik sokongan orang Melayu, seolah-olah UMNO sudah meninggalkannya terus dan tidak lagi mahu diperjuangkan.

Ketidakpedulian itu kerana kepimpinan UMNO dikatakan sedang berusaha melepaskan diri daripada Kluster Mahkamah dan mengukuhkan kedudukan masing-masing. Sebab itulah gegak gempita berbincang dan mencari solusi dalam PAU, tidak ada apa-apa kesannya di peringkat akar umbi. Perangai lama, berbahas kalau dengar ‘bukit boleh runtuh’. Tetapi, apabila pulang ke kawasan masing-masing, kekal dengan statusquo, mencari ruang untuk dapat projek dan bagaimana boleh “sakau”.

Bersatu, dalam keadaan ‘berat menanang’. Projek Jana Wibawa menjadikan sebahagian pemimpinnya semakin hilang kepercayaan, akibat kuat ‘sakau.’ Kes-kes tersebut sedang  diadili di mahkamah, sampai saat ini, menggunakan tagline sebagai perbicaraan terpilih, ‘terdesak’, dan ‘pembunuhan karakter’. Kata PM X, tidak ada pilih kasih, siapa yang didapati terbukti ‘sakau’ akan dicekup dan SPRM bebas menyiasat sesiapa pun hatta menteri.

Sebelumnya, Bersatu cukup gembira bila pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah. Mereka bertepuk tangan, kerana dengan itu UMNO dapat dilumpuhkan. Bersatu tersenyum lebar apabila akaun UMNO dibekukan, dan rumah Najib digelidah di permulaan puasa bulan Ramadhan tahun 2018.

Tetapi, bila pemimpin Bersatu dihadapkan ke mahkamah, khabarnya mereka mengatakan itu adalah dendam dan pengkhianatan. Sebenarnya, siapakah mengkhianat kepada rakyat? Momokan itu semakin sukar rakyat percaya. Bila projek yang dikatakan untuk menolong kontraktor Bumiputera yang terjejas dengan pandemik COVID-19, kenapa turut melibatkan beberapa nama yang jelas bukan Bumiputera?.

Muhyiddin didakwa terbabit dengan sogokan lebih RM 200 juta. Wan Saiful Wan Jan sekitar RM 6.9 juta. Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, lebih RM 2 juta.

Menariknya lagi, anak setiausaha Bersatu itu turut terpalit dengan kes penyimpanan minyak paket bersubsidi melebihi syarat lesen dan telah kemukakan dokumen palsu apabila disiasat mengenai bekalan 50 tan minyak masak bersubsidi yang berlebihan itu.

Hamzah Zainudin pula dikaitkan dengan cukai pendapatan. Hamzah dikatakan tidak mengisytiharkan beberapa cukai yang sepatutnya dibayar kepada LHDN. Datuk Roy juga dikaitkan dengan skandal Jana Wibawa, meminta RM 400,000 daripada Siti Dalena Berhan, agar SPRM tidak menahan Fakhri Yassin Mahiaddin, yang juga mempengaruhi pembahagian projek kepada kontraktor. Seorang usahawan perabot di Pagoh, yang merupakan kenalan baik Muhyiddin turut dibawa ke muka pengadilan atas skandal Jana Wibawa.

Kesemuanya akan mempengaruhi kempen PRN kali ini, sebagaimana PH menggunakan skandal IMDB untuk menjatuhkan Najib dan BN pada PRU ke-14. Cuma sedikit berbeza ialah ketika muncul 1MDB, belum ada penangkapan dan perbicaraan di mahkamah. Kali ini, ada fakta yang sudah dikemukakan di mahkamah, sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan pengundi.

PAS juga sudah terjerat dengan rasuah ‘membeli undi’. Keputusan mahkamah di Teregganu, dilihat seumpama ‘korban’, wakil rakyatnya terpaksa berhempas pula sekali lagi untuk membuktikan tiada ‘beli undi’ dalam rayuannya nanti. Tetapi, yang jelasnya, keputusan awal membatalkan kemenangan tersebut akan digunakan sebagai ‘peluru’ menafikan kenyataan bahawa PAS ‘sifar rasuah’.

Dengan terdedahnya penjualan tanah milik kerajaan (lebih murah) di bawah harga pasaran, MB Terengganu akan mengenai ‘kedermawanan’nya. Walaupun secara prosedurnya dikatakan betul, secara moralnya ia tetap salah. Ia dijual kepada sebuah NGO yang diketuai oleh isteri sendiri. Khabarnya, SPRM telah membuka kertas siasatan. Ertinya, mungkin ada kes yang boleh dibicarakan atau dihadapkan ke mahkamah bila siasatan itu selesai.

Tetapi, yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengundi Kelantan ialah perkembangan perbicaraan skandal penukaran paip air yang membabitkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), yang kini dikenali secara jenaka, Air Keruh Semuanya Bonus. Walaupun rakyat merungut, suku sakat AKSB memperoleh bonus lumayan menjelang Aidil Fitri: Lembaga Pengarah dapat RM 10,000; Setiausaha Syarikat dapat RM 2,000; dan staf hanya dapat RM 200 seorang.

MB terus mempertahankan keputusan. Ia telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri dipimpin oleh MB. Ertinya, MB lulus pemberian bonus, sebab MB dan TMB ada di dalam Ahli Lembaga Pengarah. Tapi, cuba dirasionalkan bahawa pemberian bonus ‘tidak salah’, setahun sekali. Ia sebagai inisiatif atau motivasi dan apresiasi.

Rakyat diminta bersabar, masalah air bersih akan dapat diatasi dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kerajaan Persekutuan telah pun bersedia peruntukan untuk menyelesaikannya. Secara prinsip, peruntukan untuk kerja-kerja menukarkan paip sudah ada. Tetapi, jangan pula ulangi kata-kata : paip merah, paip biru, air tak juga lagi, sebabnya belum serasi.

Kami marah, kami keliru, apa kaitannya warna paip, sedangkan air sepatutnya tidak berwarna. Berhentilah menipu, kerana menipu itu termasuk dalam kalangan yang berbuat dosa dan tidak ada sebab untuk berdalih lagi”, itu antara rungutan yang sentiasa meniti di bibir rakyat Kelantan, termasuk perantau yang pulang berhari raya.

Jika meneliti sejarah, Kedah dan Terengganu bukanlah dua negeri yang menjadi kubu kuat PAS, walaupun kedua negeri itu masing-masing sangat berbeza. Bahkan ketika menilai mengenai suku sakat PAS yang pernah dikenali dan bersama dalam politik dan ABIM, Anwar menyifatkan dirinya sangat tidak faham dengan sikap dan pembawaan politik Hadi.

Fadhil Noor dan Hadi pernah bersama-sama dalam ABIM sebelum sepenuhnya memasuki politik. Hadi mula menyertai politik pada tahun 1978, tetapi percubaan pertamanya di DUN Marang gagal manakala Fadhil Noor juga gagal ketika bertanding pada PRU ke-5 (1978), di DUN Alor Merah, Alor Setar. Fadhil juga kalah di tangan Datuk Senu Abdul Rahman di Parlimen Kuala Kedah.

Namun selepas itu, kedua-duanya mempunyai legasi yang cukup lama dengan DUN masing- masing. DUN Marang kemudiannya dinamakan DUN Rhu Rindang, dan kawasan parlimen adalah Marang. DUN Anak Bukit termasuk dalam Parlimen Pendang, dan Fadhil Noor menguasainya sehingga akhir hayat. DUN Rhu Rindang sekarang disandang oleh bekas Setiuasaha Politiknya, Dr Samsuri Mokhtar, yang dilantik sebagai MB selepas PAS memenangi PRU ke-14, menguasai DUN Terengganu.

Allahyarham Fadhil Noor (1937-2002), bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia muncul sebagai Presiden PAS menggantikan Tuan Haji Yusuf Rawa pada 30 Mac 1989. Tahun 1999, dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat.

Allahyarham dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyangnya adalah seorang ulama terkenal di Kedah, Tuan Guru Haji Idris al-Jarumi, yang berasal dari Patani, Thailand. Lulus dari Universiti al-Azhar (1963-1967) dalam jurusan perundangan Islam dan pernah memegang jawatan sebagai Setiusaha dan Timbalan Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Sekembalinya ke Malaysia, beliau mengajar di Maktab Mahmud, Alor Setar dan kemudian menjadi pensyarah di UTM pada tahun 1973. Pada tahun 1978, Allahyarham dipecat kerana bertanding dalam pilihan raya di DUN Alor Merah, Alor Setar. Pemecatan itu atas dakwaan tidak menurut peraturan, dan kes itu diadili di mahkamah. Allahyarham memenanginya, UTM diminta untuk membayar balik gaji yang ditahan dan seterusnya diterima semula sebagai pensyarah.

Aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pernah menjadi Timbalan Presiden selama empat tahun (1974-1978), yang dilihat cenderung menyertai PAS. Itu tidaklah sesuatu pelek, kerana hampir 8,000 ahli ABIM adalah juga ahli PAS. Dalam masa yang sama, Ustaz Fadhil adalam Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976).

Setelah Anwar ditahan di bawah ISA akibat Demonstrasi Baling (1974), Ustaz Fadhil Nor dilantik sebagai Presiden ABIM. PRK 1980, Ustaz Fadhil Nor bertanding di DUN Anak Bukit dan memenanginya. PRK 1982, mempertahankan kemenangan tersebut, dan DUN itu seakan-akan sinonim dengan namanya, berjaya dipertahankan hingga ke akhir hayat (2002). Ekoran kematiannya pada 23 Jun 2002, dan PRK diadakan pada 18 Julai 2002.

Selepas kematian Ustaz Fadhil, Haji Hadi Awang diangkat sebagai Presiden PAS. Ini bermakna, Haji Hadi sudah memimpin PAS selama lebih 2 dekad (2002-2023), dan menjadikannya sebagai Presiden PAS paling lama dalam sejarah parti itu. Mungkin Haji Hadi akan mencabar rekod Dr Mahathir yang memimpin UMNO selama 22 tahun. Setakat ini, Haji Hadi sedang mengekori rekod Dr Mahathir, sebagai orang paling lama menjadi presiden, sebuah parti. Kalau dijumlahkan dengan parti-parti selepasnya, mungkin Haji Hadi tidak mampu melepasi rekod Dr Mahathir, kecualilah Haji Hadi terus diberikan kepercayaan selagi hayatnya masih ada.

Sebagai pemimpin Bersatu, Dr Mahathir memegangnya selama hampir tiga tahun dan Pejuang, sekitar lebih dua tahun. Keseluruhannya, sudah mencecah 28 tahun mengendali, menguruskan tiga buah parti – UMNO, Bersatu dan Pejuang. Tentunya, sangat nyata bahawa apabila seseorang itu menguruskan sesebuah organisasi terlalu lama, kaedah dan pendekatannya banyak percanggahan, kadangkala terkeluar daripada landasan perjuangan.

Namun disebabkan penyokong dan pendokong PAS tetap setia dengan pemimpin mereka, walaupun ada kesilapan, mereka akan tetap mencari rasional untuk membenarkan keputusan yang dibuat. Juga sangat lazim ditemui, jika seseorang yang terlalu lama memimpin, sangat cenderung berusaha mengawal dan mudah sensitif apabila pendapatnya tidak diterima, akan dilihat bakal berlaku penyingkiran. Setakat ini, Haji Hadi belum ada keinginan mengetepikan orang kedua dalam parti seperti tersingkirnya Musa Hitam (1986), Anwar Ibrahim (1998), dan Ghafar Baba (1993).

Tetapi, tidak bermakna tiada penyingkiran bila berbeza pendapat. Haji Hadi mahukan kerjasama dengan Bersatu. Khairudin ingin PAS kekal dalam Muafakat Nasiona;. Khairudin disingkirkan setelah dua bulan dilantik semula dalam kepimpinan pusat PAS, hanya kerana mengkritik pendirian Haji Hadi bersama Bersatu dalam PRN Melaka dan Johor.

Khairudin seolah-olah merasakan dirinya dipermainkan kerana mempertahankan Muafakat Nasional, akhirnya mengambil keputusan keluar daripada PAS. Tetapi, Khairudin ada liabilitinya yang menyebabkan PAS tidak tersenarai namanya dalam kabinet yang dipimpin oleh Ismail Sabry Yaacob.

Khairudin pernah dida[ati gagal mematuhi SOP dan pernah ‘ditangkap’ bersama seorang wanita dalam perjalanan pulang ke Terengganu sempena Aidil Fitri, di suatu pos pemeriksaan LPT. Ketika itu, belum ada peraturan dibenarkan rentas negeri dan Khairudin dikatakan menyalahgunakan kedudukannya (sebagai menteri) untuk berbuat demikian. Setelah keluar daripada PAS, Khairudin menjadi calon langsung BN dalam PRU ke-15 bagi mempertahankan Parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun Khairudin tewas. UMNO kemudiannya melantik Khairudin menduduki sayap baharu yang ditubuhkan oleh UMNO, membantu Dusuki Haji Ahmad yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO.

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com