KALIH’ ATAU TAK ‘BERKALIH’ (XVI)

Setelah sekian lama terperangkap dengan doktrin kafir mengkafir sesama Islam, yakni terhadap ahli dan penyokong UMNO, PAS kini menukarkan ‘propaganda lines’ kepada ‘musuh-musuh Allah’, hanya kerana ingin menakut-nakutkan semula orang Melayu.

Dalam konteks ajaran Islam, ‘musuh-musuh Allah’ ialah mereka yang mengengkari perintah- Nya dan tidak mempercayai bahawa Allah SWT adalah Maha Pencipta, Tuhan Yang Berhak Disembah dan menentukan kehidupan. Ertinya, orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT.

Kegelintaran (kafir mengfakir) yang sama telah digunakan pada tahun 1964 dan seterusnya dalam Amanat Haji Hadi 1981. Walaupun ada yang mendakwa ia bukanlah tindakan yang dilakukan oleh Haji Hadi.

Apa yang semua orang ketahui, Haji Hadi telah memperkatakan perihal tersebut. Tujuannya ingin menyekat kemaraan UMNO bagi menghadapi PRU ke-6 (1982). Hadi sedang bertanding mewakili PAS semula selepas tewas pada PRU ke-5 (1978).

PRU ke-6 (1982) merupakan pilihan raya pertama yang diterajui oleh Dr Mahathir selaku PM ke-4, yang menggantikan Hussein Onn pada 16 Julai 1981. PRU ke-6 turut membabitkan Anwar Ibrahim yang diharapkan oleh Haji Hadi dan pemimpin PAS menyertai parti tersebut.

Tetapi, Anwar tidak tertarik dengan PAS, memilih UMNO. Ia menimbulkan reaksi yang cukup menentang oleh segelintir aktivis ABIM, termasuklah Mohamad Sabu yang memohon menyertai PAS, dan Haji Fadil Nor.

Amanat Haji Hadi (1981) bagaimanapun tidak mampu ‘kalih’ sokongan rakyat terhadap UMNO/BN. BN menang 132 kerusi daripada 154 kerusi, menokok satu kerusi berbanding pencapaian sebelumnya (PRU ke-5).

Hal ini menunjukkan Amanat Hadi Hadi (1981) tidak berkesan sebagai doktrin politik secara keseluruhannya, tetapi berjaya menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur, dan menerima sedikit kesan beralun (orang Terengganu panggil ‘kucah’, riffle effect) di Kedah, Perlis dan Perak.

Mengkategorikan mereka yang tidak menyokong perjuangan dan menentang PAS sebagai ‘penghuni neraka’ pada PRU ke-15 (2022) telah menimbulkan kegentaran sosial di Kedah. Ia sesuatu ujaran yang bertentangan dengan Islam dan usaha untuk mengulangi ujaran yang salah.

Bagaimanapun, isu itu kemudiannya dapat dikawal apabila memohon maaf dan menyesali penerbitan kata-kata tersebut. Penceramah yang mengeluarkan kenyataan itu ialah aktivis PAS yang mengajar di sebuah pondok di Sik, Kedah. Beliau kemudiannya mendapat pembelaan daripada MB Kedah, Sanusi Mohd Nor.

Beberapa hari lalu (27 Jun 2023), bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Ramli memohon maaf setelah memasukkan istilah “musuh-musuh Allah” dalam emosi politik ke ruang awam, walaupun tidak menamakan secara spesifik siapakah yang dimaksudkan itu.

Dalam penjelasannya, dijelaskan musuh-musuh Allah ialah Yahudi dan Nasrani. Soalnya, apakah Yahudi dan Nasrani yang ‘mengancam PAS’ atau sedang berusaha ‘kalih’ negeri- negeri yang dikuasai PAS?

Ekoran emosi politik yang cuba dibawa ke ruang awam itu, sehari sebelumnya (26 Jun 2023), PH membuat laporan polis mengenai kenyataan yang dibuat pada majlis Kedah Berselawat pada 24 Jun 2023 di Stadium Darul Aman. (Berita Harian, 27 Jun 2023).

Zainul Asri kemudiannya memuatnaikkan sebuah video ke media sosial, menjelaskan apa yang dimaksudkan ‘musuh-musuh Allah’, iaitu Yahudi dan Nasrani.

Namun video itu tidak dapat diterima (penjelasannya) kerana pada masa kata-kata itu diucapkan, dikaitkan keyakinannya PAS akan menang pada PRN kali ini. Ia bukan lafaz universal, tetapi lafaz spesifik yang merefleksikan ‘keputusan yang dinginkan’ secara implisit, menepati makna propaganda.

Cukup subliminial. Halus, jelas dan bertendensi. Ia sedikit sebanyak berjaya membentuk psikik politik orang Melayu, dan juga penyokong PAS Kedah, terutama dalam penyokong yang taksub, hanya mendengar ceramah ‘politik agama’, tidak berusaha mengkaji dan meneliti sesuatu persoalan dengan mandalam.

Sangat percayakan kepada ‘apa yang Tok Guru kata’, walhal Tok Guru juga adalah manusia (bukan maksum). Kritik mengkritik dibenarkan dalam Islam, sebagai nenghargai perbezaan pendapat pada kebenaran budaya (culture truth), bukan kebenaran wahyu (religion truth) yang mutlak sifatnya. Ianya berdasarkan tafsiran sendiri, sedangkan tidak terdapat dalam pendekatan politik Nabi Muhammad SAW.

Bahkan Nabi Muhammad SAW menerima pelantikan Abu Bakar as-Siddiq untuk menggunakan seorang pakar strategi bukan Islam sebagai penunjuk jalan menuju ke Madinah.

Kepakaran Abdullah bin Uraiqith, seorang penyembah Latta dan Uzza, telah berjaya mengelakkan pasukan Quraisy menggagalkan misi hijrah itu, dan tidak tertarik dengan tawaran untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, iaitu ganjaran 100 ekor unta.

Abdullah berkata: Demi Latta dan Uzza, aku sanggup menerima amanah itu. Aku tidak akan mengkhianatimu, wahai Abu Bakar.” (http://news.detik.com/berita/d-4858899/abdullahbin- uraith-penyembah-latta-penunjuk-rute-hijrah-nabimuhammad.)

Ibnu Taimiyah pernah mengkritik pandangan al-Ghazali. Al-Ghazali juga mengkritik pandangan al-Farabi. Ibnu Rusyd turut mempertikaian pandangan al-Ghazali. Itulah yang dinamakan perbezaan pendapat, bukan perbezaan akidah.

Tidak semua pendapat mengancam akidah. Tetapi, disebabkan perbezaan akidah akan melahirkan perbezaan pendapat, sudut pandang, kontradiksi yang berlaku akhirnya merosakkan ummah.

Islam hadir untuk meneguhkan akidah dan memperbaiki tatanan cara hidup manusia, bukan memencar-memencarkan manusia kembali kepada sengketa kelompok, konflik kaum dan parokialisme.

Ini bererti, setiap kali berhadapan pertembungan politik antara UMNO dan PAS akan terus muncul kenyataan-kenyataan yang cuba menakut-nakutkan terutama umat Islam yang tidak menyokong atau mengundi parti tersebut.

PAS sebenarnya kehilangan modal untuk berkempen dan isu untuk menaikkan imejnya sebagai sebuah parti yang berideolojikan Islam yang menepati makna politik Islam cukup mendesak.

Konsep politik Islam yang cuba diperkenalkan lebih bersifat olahan fatwa, penjungkirbalikkan makna Islam, sehingga Islam dikonotasikan sebagai radikal, militan, ekstrem dan sangat menghukum.

Ia seolah-olah menyamai apa yang disifatkan oleh al-Ghazali, oleh kerana mereka yang hanya mempelajari fiqh dan sangat cenderung melihat Islam itu dalam konteks fiqh, ditafsirkan secara literal dan sangat bergantung kepada pemimpin mereka, ia melahirkan sekelompok pengikut yang jumud. yakni hanya membenarkan kelompoknya sahaja.

Al-Ghazali melihat fenomena ini sebagai suatu malapetaka besar yang menimpa umat Islam dan kerana itulah beliau berusaha memperbaiki paradigma pemikiran, dengan mengembalikan semula ‘jiwa agama’, menerusi pendekatan tasawuf.

(Imam al-Ghazali, Penyelamat Daripada Kesesatan, terjemahan al-Munqidz min al-Dhalal ; Ihya Ulumuddin; dan Jalan Menuju Petunjuk, terjemahan Bidayat al-Hidayah).

Secara jelasnya, sehingga selesai menulis rencana ini, saya tetap berkeyakinan tidak berlaku ‘kalih’ atau perubahan besar, yang boleh dianggap tsunami politik di kesemua negeri yang terbabit dengan PRN kali ini.

Saya berandaian begitu kerana di tiga buah negeri yang dikuasai PAS, pendokong dan aktivisnya akan terus mempertahankan penguasaan, walaupun sedar banyak masalah dan isu tidak dapat diselesaikan.

Ia merupakan pardigma biasa dan lazim dalam sebahagian besar pengundi Melayu yang terpengaruh dengan idealisme politik PAS, iaitu Islamisme.

Di tiga buah negeri yang dikuasai oleh PH, PN dilihat tidak mampu ‘kalih’. Ia disebabkan kekuatan dan imej PN semakin tercalar.

Bersatu tercalar dengan Kluster Mahkamah 2.0 manakala PAS dengan pengkonsepsian politik Islam, sering berubah-ubah.

Pada suatu ketika, orang Melayu wajib mengundi DAP. Di ketika yang lain, ‘haram’.

Misalnya dalam PRK Tanjung Piai, PAS mendorong penyokongnya menyokong calon MCA. Ketika itu, MCA ‘saing kito’; kini MCA ‘musuh kito’.

UMNO/BN ‘kena menang’ sebabnya, kita perlu kekuatan politik. Sekarang UMNO/BN dan PH ‘kena kalah’, sebab ‘tidak jaga Melayu dan Islam’.

Umpama sebuah drama atau sinetron yang ditayangkan di kaca tv, sentiasa hidup dalam situasi konflik dan mencipta krisis, walaupun terpaksa berbohong dan mereka-rekakan kenyataan bohong agar anak menantu bercerai berai, dan keluarga berantakan. (Contohnya, sinetran Bismillah Cinta dan Hati Seorang Isteri: Anjani).

Sentiasa ‘bergaduh’ dan ‘berkelahi’ walaupun isunya bukanlah isu yang benar-benar ‘sahih’ sebagai ‘kemungkaran’, direka-rekakan tanpa bukti yang jelas. Apabila terperangkap, ‘kalih’ isu; ‘engsot sikit-sikit’, lalu bangkit dengan celaan dan kecaman untuk ‘kalih’ dan sembunykan aib.

‘Klu klex’ PAS, atau keputusan yang tidak konsisten inilah sebenarnya sedang menekan PAS: PRU ke-12 dan 13, halal mengundi DAP; PRU ke-14, halal mengundi UMNO/BN; PRU ke-15, haram mengundi UMNO/BN, PH, tapi halal undi Gerakan. Siapakah ahli Gerakan; ada Melayu, ada bukan Melayu, ada Muslim dan bukan Muslim. Jadi, di manakah benarnya bahawa PN-lah yang mampu mempertahankan kekuatan politik Melayu-Islam?

Kini, cuba dihalang orang Melayu mengundi DAP, UMNO dan parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Pendirian yang bercapah ini merupakan satu peralihan yang tidak boleh diterima, dan jelas menjurus kepada ‘kepentingan’ sendiri, semasa berkawan dan ada dalam satu rel perjuangan. Jika dalam Islam, ‘kalih mengkalih’ itulah yang dipanggil munafik.

Sebab itulah politik itu dikenali sebagai serba serbi kemungkinan, hatta kadangkala apa yang dilakukan itu dilihat hipokrasi, ia tidak menjadi masalah. Tujuannya ialah mendapat kuasa, dan inilah sebahagian daripada nilai-nilai politik dalam bingkai sekularisme.

Apakah ‘sekuralisme’ suatu malapetaka untuk manusia? Begitu juga dengan pandangan segelintir pelopor ‘politik Islam’ mengenai demokrasi, yang tidak berasal daripada Islam itu, adalah haram disokong.

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com