KASIHAN RAKYAT MALAYSIA — IBRAHIM ALI

PADA pagi subuh hari ini, Jumaat 22 Mei 2026, saya nak luah perasaan yang terbuku di hati dan berlegar dalam fikiran saya agak lama dan bercakap terus terang. Kasihan saya melihat rakyat Malaysia mutakhir ini. Rakyat sibuk kira duit nak isi dapur, bayar hutang, bayar sewa rumah, ansuran kereta, belanja sekolah anak, minyak motor dan macam-macam lagi. Semuanya nampak elok dan berita-berita dari pemimpin atau agensi kerajaan semua bagus tetapi di lapangan rakyat menderita dengan kos sara hidup yang makin tertekan. Semuanya indah khabar dari rupa. Tetapi, ramai orang politik pula sibuk kira kerusi, jawatan, kuasa dan masa depan politik sendiri. Berita-berita hanya lebih banyak soal politik masing-masing bukan benar-benar fokus kepada membela rakyat. Cerita dan hal isu rakyat hanya sambil lalu. Kasihan sungguh rakyat Malaysia.

2. Hari ini, politik sudah menjadi penyakit kronik. Mulut cakap rakyat, kepala fikir jawatan. Bila kalah, tubuh parti. Bila kena pecat, tubuh parti. Bila tak dapat tempat, tubuh parti. Bila merajuk, tubuh parti. Akhirnya rakyat cuma dijadikan alasan untuk orang politik panjat tangga kuasa dengan pelbagai slogan yang bermula dengan reformasi, yang akhirnya menjadi reformati setelah berkuasa. Semuanya berjuang untuk Melayu dan Islam, tapi Melayu makin berkecamuk, makin terpinggir, Islam diganggu-gugat dan Raja-raja diperlekehkan dengan cukup hina…Tetapi, parti-parti politik tumbuh seperti cendawan.

3. Saya hendak tanya terus terang. Berapa ramai orang politik betul-betul bangkit sebab rakyat lapar? Berapa ramai keluar parti sebab petani terhimpit, nelayan susah, peniaga kecil jatuh dan anak muda mengganggur? Jangan guna nama perjuangan untuk tutup kecewa peribadi. Rakyat hari ini bukan bodoh lagi. Rakyat nampak pemimpin syok sendiri dan tidak cukup dengan apa yang ada. Adakah pemimpin Melayu bukan sahaja bersih tapi dilihat bersih? Lihat rumah, kereta dan gaya hidup. Mereka belum puas.

4. Banyak yang berlaku hari ini bukan sebab prinsip pun. Bukan sebab hendak selamatkan negara. Banyak berlaku sebab ego, sebab tamak jawatan, sebab kecewa tak dapat tempat atau nak naik lebih tinggi dan sebab nafsu politik yang tidak pernah kenyang. Masa belum ada kuasa, cakap macam pejuang rakyat. Bila sudah dapat kuasa sikit, terus lupa tanah tempat berpijak atau sejarah bergolek di jalan.

5. Yang lebih pelik, sudah begitu mewah tetapi masih tidak cukup. Sudah pegang jawatan besar dalam parti pun masih tamak lagi. Rakyat di bawah bergelut cari duit makan, tetapi di atas sibuk runding masa depan politik sendiri. Ini bukan perjuangan rakyat. Ini perjuangan perut dan tembolok politik.

6. Politik sekarang pula semakin jadi pentas hiburan. Pemimpin politik jadi selebriti dan diundi popular. Ada yang lebih sibuk membina imej daripada membina penyelesaian. Podcast ada, konten ada, gelak ketawa ada, gaya santai ada, karaoke ada tetapi bila rakyat tanya soal harga barang, kerja anak muda, hutang, sewa rumah dan kos hidup, jawapannya kabur. Saya hendak tanya, negara ini hendak diselamatkan dengan populariti atau dengan kerja sebenar membela rakyat?

7. Rakyat jangan mudah terpesona dengan pemimpin yang hidup terlalu mewah. Tengok jam mahal terus kagum. Tengok kereta mewah terus sanjung. Tengok rumah besar terus anggap hebat. Sedangkan kadang-kadang semua itu bukti pemimpin itu sudah terlalu jauh daripada denyut nadi rakyat biasa.

8. Saya juga hendak cakap kepada rakyat. Jangan marah kalau terus dipijak, kalau rakyat sendiri yang mengangkat orang itu naik. Pemimpin rosak tidak jatuh dari langit. Mereka naik sebab rakyat pilih, rakyat sokong, rakyat pertahankan dan rakyat taksub membuta tuli. Bila berkuasa, menyamun secara halus. Mereka pandai atur strategi. Cuma yang bodoh saja tertangkap. Jangan ingat yang didakwa saja tidak bersih tetapi ramai yang tidak didakwa dapat NFA atau tidak disiasat.

9. Sebab itu saya kata kasihan rakyat Malaysia. Rakyat diperah dengan kos hidup, kemudian dipermain pula dengan politik haprak yang tidak pernah habis. Sudah sampai masa rakyat pilih pemimpin yang bersih, ada maruah, ada integriti, hidup sederhana dan betul-betul serius membela rakyat. Negara ini tidak perlukan pelakon politik macam politik di India. Negara ini perlukan pemimpin yang ada hati dan jiwa benar-benar untuk rakyat.

ANDAI TERSALAH KATA-KATA HARAP MAAF KERANA JIWA INI SANGAT TERTEKAN MELIHAT RAKYAT YANG SUSAH TAPI TERLALU BAIK HATI. MELAYU MALAYSIA ADALAH RAKYAT TERBAIK DI DUNIA, SABAR DAN TIDAK MEMBERONTAK WALAUPUN DITIPU DAN DIKENCING DENGAN JANJI PALSU.

Oleh Dato’ Dr. Ibrahim Ali
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
22 Mei 2026

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1RQBngZSuQ/

Petikan daripada bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com