"KAWAN MAKAN KAWAN": ITULAH POLITIK

Teka teki siapakah MB Perlis sudah terjawab, salah seorang daripada lapan wakil rakyat yang menghantar Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis menarik sokongan kepada Mohd Shukri Ramli, iaitu Abu Bakar Hamzah telah dilantik. Petang semalam (28 Disember 2025), beliau telah pun mengangkat sumpah jawatan.

Abu Bakar adalah wakil rakyat Bersatu. Pelantikan tersebut menyebabkan Ketua Penerangan PAS, Fadhil Shaari "menyinsing lidah" yang kurang enak didengar. Ia menggambarkan PAS tidak setuju, kerana PAS masih mempunyai majoriti setelah ditolak dengan tiga wakil rakyat yang dilucutkan keahlian. Abu Bakar ialah Pengerusi Bersatu Perlis. Abu Bakar juga pernah isytiharkan "perang" ke atas MB Perlis dari PAS, dua tahun lalu (2023). Masalahnya, kerana Abu Bakar tidak dilantik sebagai EXCO. Kompromi itu akhirnya berlaku, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, dan Pembangunan Liar Bandar setahun kemudian (25 November 2024).

PRU lalu, calon PAS menang sembilan kerusi manakala Bersatu lima dan PH menang satu. Setelah ditolak tiga, PAS masih berbaki enam, lebih satu kerusi daripada Bersatu. Ertinya, kali ini PAS diketepikan namun PAS yang mengharapkan lima wakil rakyat Bersatu dikenakan tindakan tidak kesampaian. Bersatu tidak berbuat demikian, sebaliknya, mengemukakan tiga nama sebagai calon MB ke-12. Secara tunggal, parti yang menang sekurang-kurangnya lapan kerusi dapat membentuk kerajaan. Dalam perkembangan terbaharu, PAS hanya ada enam kerusi, ertinya PAS tidak dapat membentuk kerajaan secara tunggal. Begitu juga Bersatu, tetapi ia terpulang kepada keputusan Raja Perlis.

Dalam hal ini, dua calon yang dikemukakan tidak mendapat perkenan Raja Perlis. PAS jadi "kecil hati". Kecil hati dengan siapa? Nak kecil hati dengan tuanku, nanti PAS akan dihadapkan dengan persoalan mempersoalkan perkenan, dengan kata lain, ingkar kepada Raja Perlis. Pilihan yang ada hanyalah "marahkan" Bersatu, kerana calonnya dipilih, walaupun "jumlah" adalah kecil.

Bayangkan, betapa sayunya hati pemimpin PAS yang mengharapkan dua calon yang dikemukakan dipilih, yang mereka anggap itu adalah "hak" PAS yang masih mempunyai majoriti. Tidak ada apa yang boleh dibuat oleh PAS kerana pilihan itu adalah budi bicara Raja Perlis, baginda perkenan ADUN Kuala Perlis bagi menggantikan ADUN Sanglang yang meletakkan jawatan. Ertinya, PAS wajib "bermuhasabah", sekurang-kurangnya berfikir semula bagaimana kaedah tarbiyah politik mereka sudah mula menunjukkan tidak berjaya mengekal ketahanan wala' dan juga menjadi kepentingan jemaahnya. Tiga orang wakil rakyatnya sudah memulai langkah "pengkhianatan" kepada pilihan parti sendiri.

Sebenarnya sudah lama petunjuk buat PAS untuk menukarkan MB, tetapi PAS tidak melakukan. Mohd Shukri telah ditolak dalam kepimpinan PAS bahagian, dan juga peringkat pusat. Penolakan itu kerana kelemahan pentadbirannya, tetapi PAS masih bertegas untuk pertahankan beliau. Sekurang-kurangnya pada tahun 2023 sudah ada rasa tidak senang kepada MB Perlis dinyatakan oleh ADUN Kuala Perlis, yang kini adalah MB Perlis yang baharu (Berita Harian, 16 November 2023).

Akhirnya, berlakulah "tebuk atap' dari dalam PN, kerana PAS enggan mengambil tindakan. Itu sahaja masalahnya, cukup mudah tetapi PAS telah menyebabkan ia dilihat cukup rumit. Hanya sekadar menyingkirkan beliau sebagai Pengerusi PN negeri. Beliau digantikan dengan Shahidan Kassim, dengan harapan mampu meredakan rasa tidak puas hati. Shahidan juga telah gagal, tetapi Shahidan kata, dia tidak tahu ada rancangan kemukakan SD kepada Raja Perlis. Hanya tahu pada hari itu, setelah heboh ceritanya. Nampaknya Pengerusi PN pun tidak peka.

Ini bermakna "tebuk atap" Bersatu sudah berjaya dan Bersatu yang ada lima ADUN mungkinkah boleh dianggap "macam kiamat" kerana ada "jumlah" yang lebih kecil tetapi dilantik mengetuai pentadbiran Perlis sedangkan PAS yang banyak bagaikan "pembangkang" dalam kerajaan gagasan PN Perlis? Itu adalah nalar pemikiran dan pendirian Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pada suatu ketika, yakni ketika "menyindir DAP" yang terpaksa turun kuasa dan menjadi pembangkang selepas Langkah Sheraton.

Setakat ini, Bersatu dilihat lebih berjaya dalam krisis politik di Perlis dan ia menjadi suatu "pukulan kilas" yang terpaksa dihadapi oleh PAS yang terkenal suka membaca Qunut Nazilah bagi mendoakan pemimpin parti yang tidak dari kelompoknya. Apakah kali ini, dengan kemarahan yang sama akan hadir pemimpin PAS yang akan membaca doa Qunut Nazilah setelah ADUN Kuala Perlis selesai mengangkat sumpah. Masyarakat sedang menunggu apa yang dibuat oleh Wakil Rakyat PAS dari Parlimen Jasin yang terkenal dengan tindakan sedemikian.

Fadhil Shaari telah "mencabul" kerana rasa terkilan, tetapi beliau tidak boleh mengubah apa-apa yang sudah diputuskan. Beliau akan terus "berleter" kerana itu adalah tugasnya sebagai Ketua Penerangan PAS yang kadangkala cukup "tebolah". Setiausaha Agung PAS belum membuat apa-apa komen, tetapi tidak bermakna beliau tidak ada pandangan peribadi. Beliau mungkin sedang menunggu "lampu hijau" untuk mengulas, sebab apa yang Takiyudin cakap akan disamakan dengan pendirian parti.

Takiyudin tidak menentang apabila Presiden PAS menyebut punca SD menarik sokongan terhadap Mohd Shukri, rebutan kuasa dan rasuah akibat pelaksanaan projek yang tidak ikut prosedur. Mufti Perlis sudahpun meminta agar butiran lanjut mengenai dakwaan itu dikemukakan kerana baginda Raja Perlis berpendapat ia adalah tidak betul. Baginda menjelaskan semua projek dilaksanakan menurut prosedur. Tetapi, Presiden PAS sudah mengakui, ada kesilapan dan kesilapan itulah yang menjadi punca menarik sokongan kepada Mohd Shukri.

Dakwaan itu membuka lebih banyak pertanyaan, termasuk boleh menjejaskan label PAS sebagai parti "sifat rasuah" dan istiqomah dengan keputusan parti, tidak gila kuasa. Jika ada suara-suara menentang, pantang mengkritik keputusan pemilihan ADUN Bersatu, maka jelaslah bahawa PAS juga sebuah parti yang tidak kalis dengan perebutan kuasa. Atas alasan parti majoriti, sebagaimana telah kedengaran dalam kemelut kepimpinan PN sehingga sanggup menjadi pendorong Timbalan Presiden Bersatu dalam kemelut menggantikan Muhyiddin.

Nampaknya, menjelang tahun baharu PAS menyambut dalam suasana duka, marah dan kecewa di atas kehilangan kuasa di Perlis setelah rasa suka dengan kemenangan tunggal di Karambunai dalam PRN Sabah bulan lalu. Apakah tahun 2026 adalah tahun penuh kecewa buat PAS atau PAS memutarkan semula strategi politiknya demi "menyirat marah" kepada Muhyiddin yang menjelaskan, Bersatu tidak mengarahkan wakil rakyatnya membuat Akuan Bersumpah. Ia dilakukan secara peribadi, bukan merupakan pendirian parti.

Nampaknya, kalau dahulu SD berjaya menjatuhkan Dr Mahathir, kali ini SD juga telah menjatuhkan PAS di Perlis. SD masih ada pengaruhnya walaupun dalam kes menjatuhkan Kerajaan Madani telah gagal. SD masih menjadi senjata, termasuklah senjata "kawan tikam kawan".

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com