KEKUATAN SPIRITUAL MELAWAN MUSUH

Oleh: Mohd Shauki Abd Majid

Bagaimana Rasulullah, Salahuddin & Mehmet Al-Fatih Berjaya?

Definisi Kemenangan Yang Dilupakan

Hari ini, apabila kita bercakap tentang kemenangan, minda kita terus membayangkan teknologi senjata canggih, jet pejuang generasi kelima, A.I., dan strategi ketenteraan yang kompleks. Di atas kertas, umat Islam hari ini kelihatan mustahil untuk menang jika menentang kuasa hegemoni dunia.

Namun adakah sejarah Islam terbina di atas kelebihan angka tentera dan kecanggihan senjata?

Jika kita menelusuri lipatan sejarah, dari padang pasir Badr, bukit-bukau Hattin, sehinggalah ke kubu dan tembok Konstantinopel, kemenangan umat Islam tidak pernah diukur melalui logik matematik. Tidak dinafikan strategi peperangan dan persiapan lojistik ketenteraan itu wajib. Namun wujud 2 faktor utama yang membezakan tentera Islam dengan tentera penakluk - Matlamat Perjuangan dan Kualiti Ibadah.

Perang Badar - Rasulullah Menangis Di Tikar Sejadah

Dari kacamata ahli sejarah orientalis, Perang Badar mungkin dilihat seperti satu misi yang tiada harapan. 313 tentera Muslimin yang serba kekurangan berhadapan dengan 1,000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata dan perisai.

Secara strategik, Rasulullah SAW mempamerkan kecerdasan ketenteraan yang hebat dengan menguasai sumber air di Badar dan menyusun formasi barisan bersaf yang tidak pernah dilihat oleh bangsa Arab sebelum itu. Namun, strategi fizikal ini disusuli dengan strategi langit yang jauh lebih dahsyat.

Pada malam sebelum pertempuran, ketika para sahabat sedang berehat, baginda Nabi Muhammad SAW menghabiskan sepanjang malam dengan bersolat dan berdoa sambil menangis di dalam khemahnya, sehinggakan selendang baginda terjatuh dari bahunya. Baginda merintih: “Ya Allah, penuhilah janjiMu. Ya Allah, jika sekumpulan umat Islam ini binasa pada hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.” Adakah tentera Islam memiliki teknologi tinggi ketika bergegas meninggalkan kota Madinah untuk menyekat petualang dan musuh? Adakah pejuang Muslimin terdahulu memiliki kemajuan sains dan senjata tercanggih pada zaman itu? Mereka meraih kemenangan kerana memiliki ketaqwaan dan keyakinan yang kukuh kepada Allah SWT. Kemenangan Badr mengajar umat Islam bahawa kejayaan di medan perang dimulakan dengan bersujud ke bumi, meminta kepada Yang Maha Berkuasa.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” - Surah Ali-’Imran, Ayat 123

Salahuddin Al-Ayyubi & “Khemah Yang Menang”

Berabad-abad kemudian setelah kemenangan Muslimin di Badar, kota Baitulmaqdis telah jatuh ke tangan tentera Salib. Darah umat Islam mengalir seperti sungai di jalan kota itu, dan umat Islam ketika itu berpecah-belah. Sehinggalah munculnya Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin tahu bahawa beliau tidak boleh membebaskan Al-Aqsa dengan tentera yang lalai. Sebelum melancarkan kempen ketenteraan, beliau menghabiskan bertahun-tahun untuk menyatukan umat Islam secara politik, dan paling penting, menyucikan jiwa tentera-tenteranya. Ketika Sultan Salahuddin mahu berangkat untuk membebaskan Bait al-Maqdis Palestin, beliau ditegur oleh seorang ahli sufi yang soleh: “Pulanglah wahai Salahuddin kerana kamu tidak akan mampu membebaskan al-Quds sehinggalah kamu berjaya membebaskan diri dan hati para pengikutmu dari belenggu hawa nafsu, menyucikannya dari segala kekotoran dan kebencian dengan melakukan dakwah, menghidupkan ibadah malam, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengeratkan hubungan persaudaraan.”

Sultan Salahuddin menerima teguran itu dan hasilnya, tenteranya menjadi lebih teguh untuk mara dan berjaya menawan semula al-Quds. Imam Ibn Athir (m. 630H) menyatakan dalam kitabnya al-Kamil fi al-Tarikh, bahawa Sultan Salahuddin sering menghadiri pertemuan para ahli sufi pada setiap malam Jumaat, antaranya untuk melakukan aktiviti berzikir, mendengar nasyid dan memuji Rasulullah SAW. Antara usaha yang dilakukan beliau ialah dengan membina khanqah iaitu bangunan khas untuk pengamal tarekat sufi. Beliau menukilkan pandangan Imam al-Maqrizi bahawa begitu ramai umat Islam datang ke Mesir bertujuan untuk mendekati amalan tarekat sufi ini.

Sejarah juga mencatatkan satu kisah yang sangat menggetarkan jiwa. Semasa malam sebelum pertempuran besar, Salahuddin meronda secara rahsia di kawasan perkhemahan tenteranya. Apabila beliau melintasi khemah yang tenteranya sedang khusyuk mendirikan Solat Tahajjud dan membaca Al-Quran, beliau berkata: “Dari khemah inilah datangnya kemenangan.” Tetapi apabila beliau melintasi khemah yang tenteranya sedang tidur nyenyak dan berdengkur, beliau berkata: “Dari khemah inilah datangnya kekalahan.”

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membuktikan bahawa strategi mengepung tentera Salib di tandus Hattin tanpa air adalah taktik yang genius, tetapi kunci utama kekuatan mental tenteranya adalah menyucikan jiwa setiap Muslim melalui jalan Tasawuf, dan hubungan mereka yang tidak putus dengan Allah SWT.

Sultan Muhammad Al-Fatih & Sujud Di Hagia Sophia

Kemenangan yang boleh dianggap paling epik dalam sejarah tamadun manusia, berlaku ketika Pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453. Al-Fatih adalah seorang genius ketenteraan. Pada umurnya 21 tahun, beliau membawa meriam gergasi yang menghancurkan tembok kebal Rom di Konstantinopel, dan menggunakan taktik luar jangkaan dengan memindahkan 72 buah kapal perang merentasi bukit pada waktu malam.

Namun sejarawan Orientalis tidak menulis tentang bagaimana di sisi Sultan Al-Fatih berdirinya seorang guru spiritual, Syeikh Akshamsaddin. Sepanjang 53 hari kepungan yang sangat meletihkan dan hampir mematahkan semangat tentera Uthmaniyyah, laungan azan dan zikir tidak pernah putus di sekeliling tembok Konstantinopel. Sebelum serangan akhir dilancarkan, seluruh tentera diarahkan untuk berpuasa, membersihkan diri, dan mendirikan solat hajat berjemaah yang diimamkan sendiri oleh Sultan.

Perjuangan Sultan Al-Fatih dan tentera Uthmaniyyah bukanlah untuk merampas harta, tetapi untuk membenarkan sabda Rasulullah SAW. Dan sebaik sahaja kota itu ditawan, perkara pertama yang dilakukan oleh Al-Fatih bukanlah berpesta, tetapi mendirikan Solat Jumaat pertama di dalam Hagia Sophia, sebagai tanda penyerahan mutlak kepada Pemilik Segala Kemenangan.

Kemenangan Ummah Hari Ini

Justeru apabila kita melihat penindasan di Palestin, Sudan, Congo dan serangan ke atas Iran, kita melaung-laungkan impian untuk melihat munculnya Salahuddin moden atau Al-Fatih yang baharu. Kita menunggu kedatangan Imam Al-Mahdi, untuk membawa kemenangan Muslimin dan kemusnahan musuh.

Namun bagaimana kita mengharapkan bantuan malaikat seperti di Perang Badar, jika saf solat Subuh di masjid kita seperti padang jarak padang tekukur? Bagaimana kita mahu menjadi generasi pembebas, jika kita sendiri tewas untuk mendirikan solat berjemaah, hatta di dalam rumah sendiri sekalipun?

Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” 

Hari ini, ramai umat Islam yang bersedia dan melaungkan janji untuk membela agama Allah apabila terasa Islam itu terancam. Namun kekuatan rohani yang dipupuk melalui solat dan amalan Tasawuf tidak menjadi keutamaan. Walaupun strategi, persediaan, dan ekonomi itu wajib, tetapi tanpa Solat, tanpa niat berjuang ikhlas kerana Allah SWT, dan tanpa hubungan spiritual dengan Yang Maha Pencipta, kita hanya akan menjadi tentera yang bertarung tanpa roh. Kemenangan Islam tidak diukur dengan suara yang lantang dan kemarahan semata-mata, tetapi ia bermula di atas sejadah. 

Bagaimana Rasulullah, Salahuddin & Mehmet Al-Fatih Berjaya?

Definisi Kemenangan Yang Dilupakan

Hari ini, apabila kita bercakap tentang kemenangan, minda kita terus membayangkan teknologi senjata canggih, jet pejuang generasi kelima, A.I., dan strategi ketenteraan yang kompleks. Di atas kertas, umat Islam hari ini kelihatan mustahil untuk menang jika menentang kuasa hegemoni dunia.

Namun adakah sejarah Islam terbina di atas kelebihan angka tentera dan kecanggihan senjata?

Jika kita menelusuri lipatan sejarah, dari padang pasir Badr, bukit-bukau Hattin, sehinggalah ke kubu dan tembok Konstantinopel, kemenangan umat Islam tidak pernah diukur melalui logik matematik. Tidak dinafikan strategi peperangan dan persiapan logistik ketenteraan itu wajib. Namun wujud 2 faktor utama yang membezakan tentera Islam dengan tentera penakluk - Matlamat Perjuangan dan Kualiti Ibadah.

Perang Badar - Rasulullah Menangis Di Tikar Sejadah

Dari kacamata ahli sejarah orientalis, Perang Badar mungkin dilihat seperti satu misi yang tiada harapan. 313 tentera Muslimin yang serba kekurangan berhadapan dengan 1,000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata dan perisai.

Secara strategik, Rasulullah SAW mempamerkan kecerdasan ketenteraan yang hebat dengan menguasai sumber air di Badar dan menyusun formasi barisan bersaf yang tidak pernah dilihat oleh bangsa Arab sebelum itu. Namun, strategi fizikal ini disusuli dengan strategi langit yang jauh lebih dahsyat.

Pada malam sebelum pertempuran, ketika para sahabat sedang berehat, baginda Nabi Muhammad SAW menghabiskan sepanjang malam dengan bersolat dan berdoa sambil menangis di dalam khemahnya, sehinggakan selendang baginda terjatuh dari bahunya. Baginda merintih: “Ya Allah, penuhilah janjiMu. Ya Allah, jika sekumpulan umat Islam ini binasa pada hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.” Adakah tentera Islam memiliki teknologi tinggi ketika bergegas meninggalkan kota Madinah untuk menyekat petualang dan musuh? Adakah pejuang Muslimin terdahulu memiliki kemajuan sains dan senjata tercanggih pada zaman itu? Mereka meraih kemenangan kerana memiliki ketaqwaan dan keyakinan yang kukuh kepada Allah SWT. Kemenangan Badr mengajar umat Islam bahawa kejayaan di medan perang dimulakan dengan bersujud ke bumi, meminta kepada Yang Maha Berkuasa.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” - Surah Ali-’Imran, Ayat 123

Salahuddin Al-Ayyubi & “Khemah Yang Menang”

Berabad-abad kemudian setelah kemenangan Muslimin di Badar, kota Baitulmaqdis telah jatuh ke tangan tentera Salib. Darah umat Islam mengalir seperti sungai di jalan kota itu, dan umat Islam ketika itu berpecah-belah. Sehinggalah munculnya Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin tahu bahawa beliau tidak boleh membebaskan Al-Aqsa dengan tentera yang lalai. Sebelum melancarkan kempen ketenteraan, beliau menghabiskan bertahun-tahun untuk menyatukan umat Islam secara politik, dan paling penting, menyucikan jiwa tentera-tenteranya. Ketika Sultan Salahuddin mahu berangkat untuk membebaskan Bait al-Maqdis Palestin, beliau ditegur oleh seorang ahli sufi yang soleh: “Pulanglah wahai Salahuddin kerana kamu tidak akan mampu membebaskan al-Quds sehinggalah kamu berjaya membebaskan diri dan hati para pengikutmu dari belenggu hawa nafsu, menyucikannya dari segala kekotoran dan kebencian dengan melakukan dakwah, menghidupkan ibadah malam, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengeratkan hubungan persaudaraan.”

Sultan Salahuddin menerima teguran itu dan hasilnya, tenteranya menjadi lebih teguh untuk mara dan berjaya menawan semula al-Quds. Imam Ibn Athir (m. 630H) menyatakan dalam kitabnya al-Kamil fi al-Tarikh, bahawa Sultan Salahuddin sering menghadiri pertemuan para ahli sufi pada setiap malam Jumaat, antaranya untuk melakukan aktiviti berzikir, mendengar nasyid dan memuji Rasulullah SAW. Antara usaha yang dilakukan beliau ialah dengan membina khanqah iaitu bangunan khas untuk pengamal tarekat sufi. Beliau menukilkan pandangan Imam al-Maqrizi bahawa begitu ramai umat Islam datang ke Mesir bertujuan untuk mendekati amalan tarekat sufi ini.

Sejarah juga mencatatkan satu kisah yang sangat menggetarkan jiwa. Semasa malam sebelum pertempuran besar, Salahuddin meronda secara rahsia di kawasan perkhemahan tenteranya. Apabila beliau melintasi khemah yang tenteranya sedang khusyuk mendirikan Solat Tahajjud dan membaca Al-Quran, beliau berkata: “Dari khemah inilah datangnya kemenangan.” Tetapi apabila beliau melintasi khemah yang tenteranya sedang tidur nyenyak dan berdengkur, beliau berkata: “Dari khemah inilah datangnya kekalahan.”

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membuktikan bahawa strategi mengepung tentera Salib di tandus Hattin tanpa air adalah taktik yang genius, tetapi kunci utama kekuatan mental tenteranya adalah menyucikan jiwa setiap Muslim melalui jalan Tasawuf, dan hubungan mereka yang tidak putus dengan Allah SWT.

Sultan Muhammad Al-Fatih & Sujud Di Hagia Sophia

Kemenangan yang boleh dianggap paling epik dalam sejarah tamadun manusia, berlaku ketika Pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453. Al-Fatih adalah seorang genius ketenteraan. Pada umurnya 21 tahun, beliau membawa meriam gergasi yang menghancurkan tembok kebal Rom di Konstantinopel, dan menggunakan taktik luar jangkaan dengan memindahkan 72 buah kapal perang merentasi bukit pada waktu malam.

Namun sejarawan Orientalis tidak menulis tentang bagaimana di sisi Sultan Al-Fatih berdirinya seorang guru spiritual, Syeikh Akshamsaddin. Sepanjang 53 hari kepungan yang sangat meletihkan dan hampir mematahkan semangat tentera Uthmaniyyah, laungan azan dan zikir tidak pernah putus di sekeliling tembok Konstantinopel. Sebelum serangan akhir dilancarkan, seluruh tentera diarahkan untuk berpuasa, membersihkan diri, dan mendirikan solat hajat berjemah yang diimamkan sendiri oleh Sultan.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV

vid

Facebook

Dhomir

Baca topik

Terkini

Aktiviti

Dhomir

IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com