KEMELUT POLITIK PERLIS

Oleh A Kadir Jasin

Pada tahun yang akan berakhir ini, 2025, penduduk Perlis dianggarkan kira-kira 297,800 orang.

2. Sehingga 23 Disember 2025, bilangan pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah 199,718 orang.

3. Maka, dari aspek politik dan demografi Perlis adalah petite région – negeri kecil.

4. Logiknya, sebuah negeri yang kecil, aman dan damai mudah ditadbir.

5. Tetapi, buat masa ini, logik itu tidak berlaku. Politik Perlis dalam gelora dan percikannya telah merebak hingga ke ibu negara.

6. Silap-silap, gabungan Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) boleh hancur dan Melayu-Islam tambah pecah belah.

7. Saya tidak pasti hantu, jembalang, polong dan iblis manakah yang telah merasuk tubuh badan Ahli Dewan Undangan PN di dawlah saghirah itu.

8. Boleh jadi roh manusia prasejarah yang tengkoraknya ditemui di Bukit Keteri dan Semadong telah bangkit menuntut pembelaan.

9. Apapun mitos dan teori konspirasinya, tsunami politik di kalangan 14 orang Ahli Dewan Undangan PN Perlis itu telah menjerumuskan kepimpinan PN dalam krisis.

10. Dewan Undangan pun tidaklah besar mana. Ada 15 orang ahli saja. PN 14 (sembilan PAS dan lima Bersatu) dan PH/PKR satu.

11. Kita boleh faham kekecewaan PAS. Mereka adalah majoriti, tapi Menteri Besar dari parti mereka, Mohd Shukri Ramli telah ditekan untuk bersara, kononnya atau sebab kesihatan.

12. Logiknya, lantiklah seorang Adun PAS yang lain yang sihat. Sebaliknya, wakil Bersatu, Abu Bakar Hamzah, dengan pantas diangkat sumpah jadi Menteri Besar. Tidak peliklah kalau PAS kecewa dan tidak mahu terima lantikan Exco.

13. Lima Bersatu campur tiga Adun Pas yang belot dan dipecat, ada lapan.

14. Di Kuala Lumpur, Muhyiddin Md Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN pusat mulai 1 Januari 2026 dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut tegar beliau.

15. Laporan media arus perdana memetik Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sebagai berkata, PAS bersedia untuk menerajui PN.

16. Kesimpulannya, kalau inilah pratayang kepada apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti, orang Melayu boleh lupakan saja slogan dan impian perpaduan Melayu-Islam.

Terima kasih.

Petikan: https://www.facebook.com/share/p/17jN5syPdt/?mibextid=wwXIfr

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com