KENAPA CHINA DITAKUTI AMERIKA SYARIKAT DAN AMERIKA SYARIKAT DIBENCI? (III)

China melabur dalam industri pengangkutan awam, pengurusan logistik pelabuhan selain menggalakkan usahawan mereka melabur dalam sektor perkilangan dan pembuatan.

Bagi membolehkan hubungan pengangkutan yang meluas, China mencadangkan Inisiatif Belt and Road (BRI) yang menghubungkan China dengan negara-negara Asia hingga ke Eropah.

Pelabuhan-pelabuhan strategik dunia, turut mendapat perhatian China, dan membimbangkan Amerika Syarikat ialah penguasaan syarikat-syarikat China di Terusan Panama. Israel turut terperangkap dengan tindakan China, yang turut mempunyai saham dalam pembinaan logistik pelabuhan di Israel.

Donald Trump pada permulaan pentadbiran penggal kedua membuat cadangan untuk menukarkan Terusan Panama sebagai Tebusan Amerika, tetapi ia bukan mudah untuk merealisasikannya.

Pelabur-pelabur Amerika Syarikat tidak mudah untuk menguasainya, kerana ia sudah dikuasai oleh syarikat-syarikat China. Untuk mengendurkan tindakan China, Trump mula mengenakan sekatan menerusi Perang Perdagangan.

Perang Perdagangan itu juga bakal menjadi senjata tajam yang akan menikamnya. China mula mengambil langkah beberapa komponen elektronik dan bahan untuk mengeluarkan bateri lithium dihentikan eksport.

Sebelum itu, ekonomi Amerika Syarikat tumbuh secara perlahan, manakala China pada suatu ketika menunjukkan pertumbuhan ke tahap dua angka. Pertumbuhan itu berjaya mempercepatkan China keluar daripada ekonomi tirai besi, dan berjaya mengambil alih kedudukan Jepun sebagai ekonomi perdagangan kedua terbesar dunia hanya dalam tempoh kurang dua dekad sejak membuka pintu pelaburan asing.

Di atas kesungguhan China meraih pasaran yang besar itulah Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump mengehadkan pelaburan firma-firma China. Kini (dasar perlindungan), diperluaskan kepada tarif timbal balas, sebagai langkah mempertahankan ekonominya.

Donald Trump sedar, ketangkasan dan kecepatan ekonomi China akan menyebabkan hagemoninya akan hilang pada suatu ketika. Jadi, beliau wajib menghalang penguasaan China sama ada melalui entiti negara mahupun dalam BRICS.

Trump berharap dengan tarif yang tinggi banyak negara dan syarikat akan kembali melabur di Amerika Syarikat. Lojik Trump itu bagaimanapun terus dipertikaikan kerana bukan sahaja tidak dikenakan tarif akan membantu kos pengeluaran rendah.

Ia bergantung kepada sumber tenaga, kos buruh, bahan mentah dan dasar pengambilan pekerja asing. Ini kerana buruh atau pekerja tempatan tidak cukup menampung keperluan dan dasar buruh yang dikuatkuasakan.

Kehilangan itu akan mengakibatkan China bakal membentuk hegemon ekonomi dan perdagangan dunia meninggalkan Amerika Syarikat. Itulah sebenarnya yang dimulakan oleh Donald Trump mengenai Perang perdagangan dengan China dan kini diperluaskan kepada semua negara sebabnya, produk China sudah menguasai sebahagian ekonomi domestik setiap negara di dunia.

Sejak Amerika menjadi polis dunia, ia merugikan ekonominya sendiri. Perbelanjaan besar ke atas kawalan dan pengurusan pengkalan tentera, menjadikan Jepun dan Korea Selatan menumpukan usaha untuk membangunkan negara.

Kedua negara itu cepat muncul sebagai sebuah negara maju di Asia, kerana kedua negara itu tidak perlu memikirkan sistem pertahanannya, Amerika Syarikat teguh kekal sebagai pengawal.

Hasil yang diraih digunakan untuk meningkatkan kapasiti sumber manusia dan mengarahkan kepada pembangunan industri. Akhirnya, dalam tempoh kurang setengah abad, dua negara itu menjadi flagship ekonomi Asia dan digelar sebagai Harimau Asia.

Bagaimanapun, China secara diam-diam mendapat ilham bahawa ekonomi kapitalisme akan membantunya keluar daripada masalah sosioekonomi rakyat selain membina kekuatannya.

Setelah meninggalnya Mao Tze Dong, walaupun terus kekal di bawah sistem politik komunis, China beralih kepada ekonomi kapitalis, dengan membuka ruang kepada pelabur asing untuk berniaga, tetapi beberapa sektor strategik kekal tidak dibenarkan, misalnya sektor telekomunikasi, media dan utiliti (elektrik dan air).

Kerajaan China mula menghantar anak mudanya ke beberapa buah negara untuk barat untuk melanjutkan pendidikan, selain mencari pengalaman bekerja dan membina kepakaran.

China tidak sedikit pun memberikan petunjuk bahawa mereka akan menakluki dunia menerusi campur tangan politik, tetapi cuba menempatkan diri sebagai perantara dalam mana-mana konflik yang berlaku. Ini terbukti apabila China mampu menamatkan perseteruan antara Iran dan Arab Saudi.

Sebaliknya, kata Jeffrey Sachs, Amerika telah menggunakan helah untuk menguasai dunia termasuk mencari alasan yang wajar untuk terbabit dalam perang dan menjatuhkan sesebuah regim yang memerintah, yang tidak mendokong kehendaknya. (https://www.facebook.com/share/v/1D3eD6Ktdo/).

Ia berbeza dengan Amerika Syarikat, walaupun turut berperanan sebagai orang tengah, diplomasinya lebih mengarah kepada imperialisme dan sistem penaungan, yang dikenali sebagai Amerikanisasi. (Fareed Zakaria, Dunia Pasca Amerika, K.Lumpur: ITBM, 2011; dan Noam Chomsky, Hegemony or Survival: American Quest for Global Dominance, Metropolitan Books, 2003 )....

(Bersambung)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com