KENAPA CHINA DITAKUTI AMERIKA SYARIKAT DAN AMERIKA SYARIKAT DIBENCI? (VI)

Kebanyakan negara sudah tidak tahan lagi dengan karenah dan kelentong Rumah Putih yang tidak menghormati perdagangan bebas dan kesaksamaan walaupun pernah menjual demokrasi (Wilsonisme).

Demokrasi di Amerika Syarikat adalah demokrasi yang sangat buruk kerana dikawal oleh oligarki dan kapitalis Yahudi. Sebab itulah semakin banyak negara mula bersuara, walaupun India bersikap hipokrasi (kenyataan terbaharu dalam Sidang Kemuncak BRICS), Amerika Syarikat sedang menuju ke negara pariah, selagi tidak melihat setiap negara ada hal dan kedaulatannya.

Amerika Syarikat juga akan terus terpasong dalam kendalian politik yang gagal selagi tidak menghentak Israel untuk meninggalkan bumi Palestin, dan mengakui kejahatannya secara terbuka.

Semakin banyak negara bersedia menjarakkan diri dengan Israel, bererti cuba memisahkan diri dengan Amerika Syarikat selagi terus menjadi pendokong genosid dan pengacau geopolitik antarabangsa.

China tidak melakukan itu semua, seperti kata Jeffrey Sachs, pakar ekonomi dan pernah menjadi penasihat Rumah Putih dan ekonomi PBB, China belum pernah menyerang mana-mana negara, sedangkan Amerika Syarikat mempunyai sejarahnya yang panjang, dari Afrika, Timur Tengah hinggalah ke Asia. Amerika Syarikat dikatakan menjadi pengacau untuk menukarkan pemerintah sebanyak 70 kali di seluruh dunia.

Kekacauan di Libya sehingga tumpasnya Muammar Gadafi merupakan tindakan CIA dan Pentagon, dengan memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada puak pemberontak. Benarkah, Amerika Syarikat dibenci, kerana sikapnya yang "gila perang" dan "gila kuasa"; semuanya mahu dikuasai walhal setiap negara ada hak dan kedaulatannya yang tidak boleh dicabuli secara membuta tuli. Kebencian membuak-buak kerana Trump melihat kaedah pentadbiran dan pengurusan negara seumpama program realitinya, The Apprentice, semuanya "YOU'RE FIRED".

Lagak itulah yang sedang berlaku sekarang, yakni sebaik sahaja Donald Trump berkuasa semula untuk penggal kedua selepas terputus selama empat tahun (sepenggal, 2020-2024).

Sebaik sahaja menduduki Rumah Putih pada 20 Januari 2025, Trump membawa harapan baharu kepada Israel di tengah-tengah desakan masyarakat antarabangsa untuk menanyakan genosid ke atas rakyat Palestin.

Trump mengumumkan bantuan segera untuk Israel di mana sebahagian besar bekalan senjata disekat oleh Joe Biden tatkala Israel menyerang balas Hamas. Bekalan yang tertangguh itu dihantar oleh Trump sebagai reaksinya ke atas keputusan ICJ mengeluarkan waran tangkap ke atas dua orang pemimpin Israel, PM Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant pada bulan November 2024.

Trump turut memansuhkan USAID yang sejak ditubuhkan menjadi saluran untuk menguasai negara-negara tertentu dan membantu kumpulan pemberontak menentang pemerintahan yang tidak disenangi oleh Rumah Putih. Trump juga turut mengeluarkan sekatan ke atas beberapa pegawai PBB yang membuat keputusan mengeluarkan waran tangkap (hakim) dan seorang ketua jurulapor PBB, warganegara Itali, Francesca Albanese yang menyediakan laporan genosid di Palestin.

Lebih membingungkan ialah tindakan Trump keluar daripada keanggotaan beberapa pertubuhan di bawah PBB, dan hal itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya jika Amerika Syarikat benar-benar ingin kekal sebagai sebuah adikuasa. Pada penggal pertama, Trump membawa Amerika Syarikat keluar daripada UNESCO dan kali ini, keluar daripada WHO.

Trump bukan sahaja dibenci oleh masyarakat antarabangsa, bahkan dalam kalangan rakyatnya sendiri. Bantahan demi bantahan, sama ada hadir dalam bentuk tunjuk perasaan, atau sanggahan terhadap pendekatan dasarnya semakin mempengaruhi persepsi masyarakat dunia.

Ketika ini, Amerika Syarikat menggunakan sekatan perdagangan untuk menekan hampir semua negara yang mengeksport produknya menerusi kadar tarif timbal balas. Awalnya (2017) ia sekadar menekan China, tetapi kaki ini ia cukup meluas sebagai tindakan untuk melumpuhkan BRICS....

(Bersambung)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com