KENYATAAN RONNIE LIU MENGENAI MALAYSIA BUKAN TANAH ASAL MELAYU CETUS PERDEBATAN

CYBERJAYA — Bekas Ahli Parlimen DAP, Ronnie Liu, mencetuskan perdebatan di media sosial selepas memuat naik kenyataan di akaun Facebook rasminya pada 26 Julai lalu yang menyentuh isu asal-usul etnik di Malaysia.

Dalam hantaran tersebut, Malaysia Gazette memetik, beliau mendakwa bahawa setiap kumpulan etnik di Malaysia mempunyai asal-usul dari luar tanah ini, kecuali masyarakat Orang Asli yang disifatkannya sebagai satu-satunya penduduk asal negara ini.

Menurut beliau, orang Melayu, seperti juga masyarakat Cina dan India, berasal daripada nenek moyang yang berhijrah dari luar Semenanjung Tanah Melayu.

Kenyataan itu kemudiannya mendapat perhatian meluas dan dilaporkan oleh beberapa media, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Ada netizen yang mempersoalkan, tamadun Kedah Tua sudah 2,700 tahun, “hang ni mai mana Ronnie oiii”.

Mereka juga mempersoalkan mengapa kenyataan sebegitu bukan dikategorikan sebagai 3R oleh pihak berkuasa?

Dari sudut sejarah dan antropologi, umum mengakui bahawa masyarakat Orang Asli merupakan komuniti terawal yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, terdapat pandangan bahawa hakikat tersebut tidak semestinya membawa kepada kesimpulan bahawa orang Melayu bukan penduduk asal Tanah Melayu.

Pemerhati turut membangkitkan bahawa jika hujah mengenai asal-usul nenek moyang digunakan sebagai asas menentukan status sesuatu kaum, maka pendekatan yang sama perlu diterapkan secara konsisten kepada negara lain.

Sebagai contoh, China mengiktiraf 56 kumpulan etnik, termasuk masyarakat Han, Tibet, Uyghur, Mongol, Zhuang, Miao dan Yi, yang masing-masing mempunyai sejarah panjang di wilayah berkenaan. Namun, kewujudan pelbagai kumpulan etnik itu tidak pernah dijadikan asas untuk menafikan hubungan sejarah masyarakat Han dengan China.

Perbahasan mengenai asal-usul, identiti dan kedudukan sesuatu kaum terus menjadi topik yang kompleks, melibatkan perspektif sejarah, antropologi, perlembagaan dan pembentukan negara bangsa.

Netizen turut bimbang “kepercayaan DAP” ini boleh membawa bencana kepada negara seperti mana bangsa Melayu di Singapura dinafikan asal-usul sejarah mereka oleh pemerintah PAP.

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com