‘KETIKA UMNO BERPECAH, MUHYIDDIN MEMILIH PERPADUAN, BERJIWA BESAR MENYATUKAN UMNO JOHOR’

Oleh Ghafar Mohamad

ADA satu kisah penting dalam sejarah politik Johor yang wajar dikenang.

Ketika UMNO dilanda krisis besar pada 1987, parti berpecah kepada Team A dan Team B.

Dr Mahathir memimpin Team A, manakala Tun Musa Hitam menjadi antara tokoh utama Team B.

Pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) ialah Menteri Besar kerajaan negeri Johor.

Bos beliau di peringkat kerajaan ialah Perdana Menteri, Dr Mahathir.

Tetapi sebagai Menteri Besar, tanggungjawab TSMY bukan sekadar mempertahankan satu kem politik.

Beliau perlu memastikan kerajaan Johor terus stabil dan UMNO Johor tidak hancur akibat perpecahan.

Keadaan ketika itu sangat serius. Sentimen anti-Mahathir begitu kuat.

Datuk Shahrir Samad keluar UMNO dan bertanding di Johor Bahru sebagai calon Bebas.

Beliau menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.

Kemudian berlaku pula pilihan raya kecil Parit Raja dan Tempatan.

Perkembangan ini menunjukkan betapa seriusnya perpecahan yang berlaku dalam UMNO ketika itu.

TSMY melihat bahaya yang lebih besar: perpecahan UMNO boleh membawa kepada perpecahan orang Melayu.

Di sinilah terserlah jiwa besar TSMY.

Walaupun beliau berada dalam Team A dan Dr Mahathir ialah bosnya, TSMY tidak memilih untuk terus bermusuh dengan Team B.

Sebaliknya, beliau mencari jalan untuk merapatkan semua pihak.

Beliau bekerjasama dengan sahabat-sahabat seperjuangan dan menganjurkan Perhimpunan Melayu Johor sebagai usaha menyatukan kembali orang Melayu Johor.

TSMY memilih perpaduan daripada perebutan kuasa.

Johor ialah tempat lahir UMNO.

Ketika UMNO hampir terkubur akibat perpecahan orang UMNO sendiri, TSMY berjiwa besar membantu menyatukan semula UMNO Johor.

Itulah kepimpinan TSMY yang wajar dikenang: bukan membesarkan perpecahan, tetapi menyatukan yang telah berpecah demi UMNO dan Melayu.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com