KHINZIR OH KHINZIR BANJIR OH BANJIR DI SELANGOR

Oleh Ibnu Majid

DI dalam satu kenyataan rasmi bertarikh 6 Mei 2026, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, telah menyangkal pandangan serong dan negatif daripada sebahagian pemimpin politik yang menganggap titah baginda telah mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri, dan telah melanggar konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Kenyataan rasmi ini dipercayai berkenaan dengan isu ternakan babi di Selangor, yang dibahas oleh ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki. Susulan daripada titah Tuanku Sultan Selangor yang tidak setuju dengan pembinaan kawasan penternakan babi moden berpusat di Bukit Tagar, muncul beberapa hantaran media sosial yang menghina Sultan Selangor secara terang-terangan. Apakah yang sedang terjadi kepada negara ini, hinggakan institusi Diraja seolah-olah tidak lagi dihormati?

Keangkuhan sesetengah ahli politik yang ditegur Sultan Selangor merupakan realiti landskap masyarakat hari ini. Pada 20 April 2026, Baginda Sultan meluahkan rasa dukacita kerana terdapat pihak yang ingkar akan titah baginda mengenai peraturan penternakan babi di Selangor. Titah D.Y.M.M. Sultan adalah sangat jelas.

Namun seolah-olah memekakkan telinga atau mencabar kedaulatan Sultan, ADUN Seri Kembangan mencadangkan penternakan babi secara moden dibenarkan di Selangor. Menurutnya, sebagai wakil rakyat yang dipilih, menjadi tanggungjawab beliau untuk membawa dan menyuarakan isu berkaitan ke Sidang DUN Selangor.

Justeru adakah kejahilan beliau hingga ke tahap memohon perkara yang jelas bercanggah dengan titah Baginda Sultan, sedangkan Baginda baharu sahaja menitahkan rasa dukacita? Ataupun memang sengaja memberikan satu isyarat biadab demi menguatkan sokongan daripada pengundi tegar parti beliau?

Dalam Surah Al-Ma’idah ayat 60, Allah SWT telah merakamkan amaran keras tentang kaum terdahulu yang dilaknat dan disumpah rupa bentuk mereka menjadi kera dan babi kerana kedegilan mereka, mencabar perintah Tuhan.

Jangan sampai sikap melampau membela najis mughallazah ini mengundang murka Allah, sehingga sekurang-kurangnya, jiwa dan wajah mereka disumpah menjadi sehina haiwan yang mereka perjuangkan.

Persoalan timbul jika wakil rakyat sudah sah tergolong sebagai penderhaka kepada Raja dan Perlembagaan, maka apakah jenis hukuman yang layak dijatuhkan? Jika di zaman dahulu, orang sebegini sudah pasti berdepan hukuman diusir keluar terus dari bumi negeri didiaminya. Golongan yang sudah besar kepala dan ‘naik tocang’ tidak boleh lagi diberi muka.

Sebelum ini, DYMM Sultan Selangor juga telah membangkitkan isu banjir di Selangor. Baginda bertitah bahawa isu banjir ini bukan perkara baharu, malah telah berpuluh kali ditegaskan agar diselesaikan segera. Nasihat Baginda termasuk mencadangkan supaya kerajaan negeri merujuk kepakaran luar seperti dari Belanda bagi mendapatkan kaedah terbaik.

Bagaimanapun menurut baginda, nasihat tersebut seolah-olah tidak dipedulikan dan diibaratkan seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ apabila masalah itu masih berlaku sehingga kini.

Tragedi banjir berulang di Hulu Langat dan kawasan sekitarnya bukanlah semata-mata bencana alam, tetapi ia menelanjangkan hakikat kegagalan total pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar. Ironinya, Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia, namun kekayaan itu gagal dimanfaatkan untuk kesejahteraan Ummah. Di saat rakyat dihimpit malapetaka, kepemimpinan dilihat lebih mengutamakan kelangsungan ‘periuk nasi’ dan kedudukan politik masing-masing.

Malah, peranan institusi seperti Zakat Selangor turut menjadi persoalan di peringkat akar umbi. Sejauh manakah dana yang menggunung itu benar-benar pantas turun menyantuni mangsa bencana yang kehilangan segalanya?

Kepemimpinan yang bongkak dengan kemewahan negeri harus mengambil iktibar.

Allah SWT telah merakamkan kemusnahan kerajaan yang kaya-raya di dalam Surah Saba’. Akibat keangkuhan pemimpin yang enggan berkhidmat untuk rakyat, Allah hancurkan kemewahan mereka dengan banjir besar Empangan Ma’rib. Inilah amaran keras Tuhan; sehebat mana pun sesebuah pentadbiran, ia pasti hancur jika pemimpinnya khianat.

Terbaharu, Istana Selangor telah meletakkan titik noktah yang muktamad terhadap kedegilan dan kebiadaban politikus ini. Menerusi Kenyataan Media rasmi bertarikh 7 Mei 2026, D.Y.M.M. Sultan Selangor bertitah mengekalkan pendirian tegas Baginda sejak 10 Februari 2026. Titah Baginda amat jelas dan tidak boleh diputar belit lagi: Baginda sama sekali tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Penolakan Tuanku ini bersandarkan rasional sains dan perlindungan awam yang gagal dijiwai oleh sesetengah wakil rakyat. Baginda menzahirkan kebimbangan yang amat serius mengenai risiko pencemaran tanah, udara, dan sumber air sungai melalui pelepasan sisa kumbahan babi. Adakah ahli politik sanggup menggadaikan kesihatan dan nyawa jutaan rakyat semata-mata demi memenuhi tuntutan segelintir penternak?

Malah, bidasan Baginda merobohkan terus hujah “penternakan moden” yang dijaja ketika ini. Tuanku Sultan dengan rasional menitahkan bahawa kaedah tersebut menelan kos yang amat tinggi, tidak praktikal, dan membazirkan sumber tanah Selangor yang sangat terhad serta bernilai tinggi. Tanah negeri sewajarnya dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi yang memberi kebaikan kepada masyarakat secara menyeluruh. Singapura sebagai contoh negara maju yang tidak menternak babi di tanah mereka sendiri tetapi mengimportnya.

Tuanku juga telah memberikan satu isyarat amaran tertinggi dengan menitahkan agar isu ini dititik-noktahkan. Keputusan ini dibuat demi mengelakkan keresahan dan memastikan keamanan serta keharmonian rakyat terus terpelihara.

Tiada lagi ruang untuk perdebatan. Tiada lagi usul provokasi di Dewan Undangan Negeri. Mana-mana ahli politik yang masih membangkitkan isu ini selepas titah Sultan Selangor, terbukti merupakan penderhaka tulen yang wajib ditolak oleh seluruh rakyat Selangor.

Tuanku Sultan Selangor sedang menggalas tanggungjawab yang seolah-olah dipinggirkan oleh pemimpin politik hari ini, iaitu membela nasib rakyat. Istana bersuara bukan seperti ahli politik, dengan slogan dan “janji-janji kosong”.

Kepada sesiapa sahaja ahli politik, ADUN atau pihak-pihak yang cuba mempertikaikan hak D.Y.M.M. Sultan Selangor, letak jawatan dan keluarlah, jika kalian tidak mahu menghormati kedaulatan tanah ini.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Petikan daripada bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com