KONFLIK IRAN-ISRAEL: BERMULANYA AKHIR ZAMAN?

“Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka merajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.Dan peringatan ini adalah sebuah janji yang pasti ditunaikan.”

- (Surah Al-Israa’, Ayat 5)

Dalam ayat di atas Allah menegaskan bahawa akan datang hamba-hamba yang perkasa atau tangguh yang mampu melakukan serangan hebat.

Tunggu saat dan ketikanya hai yahudi. Tentera Allah akan kembali. Kobarkan perang suci. Bebaskan seluruh negeri, sebuah Ruhul Jadid. Israel sesungguhnya sedang menunggu saat kehancuran.

Hari ini kerosakan yang diperlihatkan oleh Israel benar-benar telah melampaui batas kemanusiaan. Ketahuilah bahawa Allah SWT mustahil terlena, dan janji Allah pasti berlaku dengan kemusnahan dan kehancuran untuk kali kedua kepada bangsa Israel. Namun, isyarat itu belum terlihat, walaupun berlakunya serangan dron Iran ke atas rejim zionis Israel.

Serangan Iran ke atas Israel

Pada 13 April 2024, Iran telah melancarkan beratus dron dan peluru berpandu menuju Israel. Serangan ini berlaku di tengah-tengah genosid rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin, yang kini sudah memasuki bulan ke-6. Ia juga merupakan serangan terbuka pertama daripada sebuah negara Islam Timur Tengah, dalam jangka-masa baru-baru ini.

Serangan ini juga membakar semangat umat Islam sedunia, akibat ketidakupayaan negara Islam lain untuk membalas serangan Israel ke atas Palestin dan Masjidil Aqsa. Terhenti seketika polemik Sunni-Syiah di dalam masyarakat Islam, kerana kelihatan seperti Iran menjadi wira dunia Islam, membela dan membalas dendam demi Palestin. Tetapi adakah ia benar bahawa serangan Iran itu, adalah demi saudara Islam kita di Gaza?

Untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik konflik ini, kita harus merujuk kepada kejadian 1 April 2024. Pada hari tersebut, tentera zionis Israel telah melakukan serangan ke atas konsulat Iran di Syria, dan mengakibatkan 2 orang komander berpangkat tinggi tentera IRGC Iran terkorban. Dan sehari sebelumnya, tentera Israel mendakwa bahawa mereka telah berjaya membunuh seorang komander Hezbollah di Selatan Lubnan melalui satu serangan udara.

Justeru perkembangan yang kita lihat pada hari ini bermula dengan serangan Israel ke atas Syria dan Lubnan, bukannya berpunca daripada pembebasan Gaza, Masjid Al Aqsa, maupun bumi Palestin. Terkini, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pun telah menyatakan untuk tidak mengambil bahagian dalam serangan balas Israel ke atas Iran. Namun kita perlu teliti perkembangan seterusnya di dalam konflik ini, dan berhati-hati dalam membuat andaian.

Tanda-Tanda Akhir Zaman

Kerosakan besar yang terjadi dan dilakukan oleh bangsa yahudi seringkali dikaitkan dengan tanda-tanda kiamat atau akhir zaman. Sebuah hadis yang bersumber dari sahabat Nawwas bin Saman RA ia berkata; “Pada suatu pagi Rasulullah saw menyebut tentang Dajjal. Beliau merendahkan dan meninggikan suara hingga kami mengira Dajjal ada di serumpun pohon kurma.”

Menjawab hal ini, Rasulullah bersabda, “Aku lebih mengkhawatirkan kamu dari fitnah selain Dajjal. Bila Dajjal keluar ketika aku berada di antara kamu maka akulah yang akan melawannya. Dan bila Dajjal keluar dan aku tidak lagi bersamamu, maka setiap orang adalah pelindung bagi dirinya sendiri.

Kemudian Rasulullah meneruskan lagi dengan penjelasan yang lebih terperinci tentang Dajjal. “Dajjal seorang pemuda yang sangat kerinting rambutnya, mata kanannya tidak melihat, aku melihatnya mirip Abdul Uzza Bin Qatan. Barang siapa yang menjumpainya maka bacalah ayat-ayat awal surah Kahfi. Dia keluar dari jalan antara Syam dan Iraq dan berbuat kerosakan di kanan-kiri jalan yang dilaluinya. Wahai hamba allah tetaplah kamu berpegang teguh pada agama Allah.”

Proses berikutnya setelah kemunculan Dajjal adalah turunnya Isa Ibnu Maryam untuk membunuh Dajjal serta pengikut-pengikutnya. Lalu Isa kemudian mendoakan kehancuran Yakjuj dan Makjuj serta memimpin pasukan umat Islam untuk menghancurkan salib. Dalam beberapa riwayat dinyatakan bahawa Nabi Isa AS akan tinggal di dunia selama tujuh tahun, dan ada pendapat menyebut 40 tahun. Setelah itu misinya selesai dan kemudian meninggal dunia, disolatkan oleh umat islam.

Dari hadis riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud;

“Para nabi itu bersaudara kerana beberapa alasan; agama mereka satu, sedang ibu mereka berbeza-beza. Aku adalah orang yang lebih berhak bersaudara dengan Isa Ibnu Maryam kerana antara aku dan dia tidak ada nabi dan dia akan diturunkan. Jika kamu melihatnya hendaklah kamu mengenalinya. Dia berbadan sedang, kulitnya putih kemerahan, berambut lurus, kepalanya seolah-olah menitiskan air walaupun tidak basah, mengenakan pakaian dua potong warna kekuningan. Lalu ia menghancurkan salib, mengorbankan babi, membebaskan pajak dan mengajak orang masuk Islam. Pada zaman Isa AS, Allah menghancurkan semua agama kecuali agama Islam. Dan pada zamannya Allah membunuh Dajjal. Dunia pun dikatakan aman tenteram sehingga unta dapat hidup bersama dengan singa, harimau dengan lembu ternakan, serigala dengan kambing dan anak-anak bermain dengan ular tanpa bahaya. Isa akan berada di bumi selama 40 tahun, kemudian meninggal dunia dan umat islam mensolatkannya.”

Namun hari ini, umat Islam tidak boleh selesa berpangku tangan. Kita harus menjadi hamba-hamba Allah yang hebat untuk melakukan serangan. Tidaklah keduanya kecuali didukung oleh orang-orang dari sebahagian umat Islam yang memiliki keimanan yang tinggi atau paling baik dengan amalan yang tinggi.

Semoga Allah memilih kita dan menjadikan kita bahagian dari pasukan besar yang akan membersihkan kerosakan dan menghancurkan kezaliman.

Catatan: Ummu Khadeejah Abdullah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com