KRISIS POLITIK PERLIS, ANTARA AGIHAN PROJEK DAN GAGALNYA SHAHIDAN

Usaha untuk menyingkirkan Mohd Shukri Ramli sebagai MB Perlis ke-11 sebenarnya sudah lama berlaku walaupun bekas Ketua Pemuda PAS Perlis pernah dianggap calon paling layak sebaik sahaja PN menang besar buat pertama kalinya (PRU 15) dalam sejarah politik negeri terkecil di Malaysia.

Mohd Shukri masih ada kes mahkamah yang belum selesai, begitu juga anaknya, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, yang merupakan menantu Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Kes tersebut menyebabkan banyak pihak melihat PAS sebenarnya tidak lagi boleh mendakwa "sifar rasuah" dan tidak ada masalah perebutan kuasa. Kronisme juga dilihat ada bentuknya, kerana Mohd Shukri dipilih, besan Haji Hadi.

Kita tahu, PAS sentiasa mendakwa bahawa parti itu cukup istiqomah, yakni tidak ada budaya pentingkan diri sendiri. Tetapi, krisis yang berlaku sehingga Mohd Shukri perlu meletakkan jawatan atas apa pun alasan yang diberikan, ia jelas ada persoalan "merampas kuasa". Jika tidak, ia tidak akan menyebabkan lapan ADUN PN berani mengatur langkah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) hilang kepercayaan dan menarik sokongan.

Dalam satu kenyataan, Presiden PAS memberitahu, krisis itu berlaku ada kaitannya dengan pembahagian projek yang diputuskan oleh MB Perlis selaku ketua pentadbir politik di negeri yang mempunyai 15 Dewan Undangan Negeri (DUN). Lapan ADUN yang terbabit ialah lima daripada Bersatu dan tiga daripada PAS. (rujuk: https://www.facebook.com/share/r/1BaDdZENAy/)

PRU lalu, PAS menang 9 kerusi, Bersatu menang 5 dan PH menang satu. Ini bermakna, setelah tiga ADUNnya dipecat, PAS masih ada lima wakil rakyat, yang menurut Presiden PAS ia masih majoriti dan boleh mentadbir dengan empat orang EXCO dan seorang MB.

Bagaimanapun, kedudukan itu akan dilihat tidak stabil, dan mudah digugat sekiranya lima ADUN Bersatu dan satu ADUN PH bergabung tenaga. Atas sebab itu mungkin menjadi sebab Yang di Pertua DUN Perlis mencadangkan agar tiga kerusi yang dianggap kosong diadakan PRK, yang mungkin salah seorang yang disebut akan bertanding ialah Pengerusi PN Perlis, Shahidan Kassim.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan SPR tetapi berdasarkan peraturan, PRK boleh tidak diadakan kerana edah tinggal kurang dua tahun, yakni lebih daripada separuh tempoh kuatkuasa PRU 15. Jika tidak berlaku PRK, ia akan mungkin mengakibatkan PRN untuk Perlis, di mana MB yang bakal dilantik (sekiranya berlaku) melihat kedudukannya tidak stabil, mengemukakan cadangan untuk mebubarkan DUN.

Dua kemungkinan ini tetap ada, kerana Bersatu dan PAS sudah memperlihatkan tanda bahawa mereka sedang berpecah, dan ada juga dakwaan, antara sebab krisis itu berlaku kerana adanya "dalang" yang memainkan peranan di belakang tabir.

PAS sudah melaksanakan tanggungjawabnya, mengenakan tindakan disiplin ke atas tiga ADUN terbabit - Guar Sanji (Mohd Ridzuan Hashim), Bintong (Fakhrul Anwar Ismail) dan Chuping (Saad Seman) - manakala lima lagi ADUN daripada Bersatu - Kuala Perlis (Abu Bakar Hamzah), Titi Tinggi (Izizam Ibrahim), Pauh (Megat Hashirat Hassan), Tambun Tulang (Wan Zikri Afthar Ishak) dan Sena (Marzita Mansor) - belum dikenakan sebarang tindakan.

Diramalkan Bersatu tidak akan berbuat demikian, kerana Muhyiddin mungkin ada sebab untuk 'mengajar' PAS yang semakin menekan dan berhasrat mendominasi PN. Ia juga akan merintis kepada perpecahan PN, sebabnya, Muhyiddin ada pertimbangan yang lebih besar setelah PAS semakin menyombong dengan kedudukan kuasa, menguasai empat buah negeri dan kerusi di Parlimen yang lebih besar. Muhyiddin juga mungkin berhasrat "mengilas" PAS yang sangat terang memberikan sokongan kepada Hamzah Zainudin, sehingga berlaku kemelut dalaman Bersatu. PAS dilihat orang di belakang tabir untuk menjatuhkan Muhyiddin dalam PN.

Dua daripada lima lapan ADUN terbabit -Tambun Tulang (Bersatu) dan Pauh (PAS)- digugurkan dalam barisan EXCO Kerajaan Negeri Perlis pada setahun lalu (25 November 2024).ini bermakna, letusan itu sudah pun ada sejak setahun lalu. Ini ditambah parah apabila Abu Bakar Hamzah (Bersatu Kuala Kedah), Izizam Ibrahim (PAS Titi Tinggi) dan Marzita Mansor (PAS Sena) yang tidak berpuas hati bersepakat menjemukan SD bagi mendesak Mohd Shukri berundur..

Mohd Shukri sudah pun mengemukakan surat peletakan jawatan atas alasan kesihatan. Bagi para pengundi Perlis, ia dilihat sebagai satu bentuk "kompromi politik" kerana ia mungkin akan menyebabkan lebih ramai lagi akan ikut mengambil tindakan yang sama sekiranya beliau dikekalkan. PAS masih boleh mentadbir Perlis, kata Presiden PAS kerana parti itu masih boleh berfungsi dengan baik, masih dominan berbanding Bersatu.

Apa yang menjadi persoalan ialah jika lapan ADUN itu semuanya digugurkan oleh masing-masing parti, ia menjadikan jumlah kerusi PAS tinggal enam. Bersatu menang lima kerusi, ertinya, jika Bersatu mengambil tindakan seperti PAS lakukan, Bersatu akan kehilangan semua kerusinya di Perlis.

Sebab itu kata Presiden PAS, dua nama telah dikemukakan untuk pertimbangan Raja Perlis, atas kapasiti enam ADUN. Bersatu pula dikatakan telah mengemukakan tiga nama, bererti Bersatu tidak akan mengambil tindakan sedrastik yang PAS lakukan, tetap mahu kekalkan kedudukan, lima ADUN.

Jika ditinjau sejarah, kita temui beberapa hal menarik dan ia dapat membuktikan bahawa PAS juga terseret dengan perebutan kuasa. Kita mungkin boleh membaca kenapa dua orang EXCO tidak memperbaharui bai'ah seperti yang diminta oleh MB Kedah dalam krisis politik yang berlaku lebih sedekad lalu.

Dua rundingan yang dirintis oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS (Nik Aziz Nik Mat) tidak mencapai kejayaan, maka Salahudin Ayub dilantik sebagai duta khas untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Ia juga tidak berjaya, hanya sekadar meredakan buat seketika, sehingga PAS mula berusaha meletakkan semula asas perjuangannya kepada kepimpinan ulama.

Tentunya, kita masih ingat komen Presiden PAS terhadap mereka yang enggan memperbaharui ikrar itu. Dikatakan, mereka ada rancangan untuk menjalin hubungan yang lebih besar dengan DAP. Kata Haji Hadi "tidak tahu susur galur" maka, ia kemudiannya membawa kepada perpecahan yang cukup kritikal di mana dalam Muktamar seterusnya, kumpulan bukan ulama tewas, termasuk Mat Sabu, Salahudin Ayub, Dr Hatta Ramli, Husam Musa dan sebagainya. Akhirnya, kekalahan itu membawa kepada tertubuhnya Parti Amanah Nasional (Amanah) dan pecahnya Pakatan Rakyat.

Pada PRU 13 (2013) seterusnya, PAS tewas. BN kembali berkuasa sehinggalah PAS berjaya merampas kembali pada PRU 14 (2018). Persoalannya, apakah "rebutan kuasa" tidak berlaku? Rebutan kuasa sebenarnya berlaku dalam PAS, yang jelas ialah dalam krisis di Kedah (2012). Kali ini, krisis di Perlis memperlihatkan 'tebuk atap dari dalam rumah PAS" sendiri, bukan ketika bersengkokol menjatuhkan PH dalam Langkah Sheraton (2020).

Mengenai krisis PAS di Kedah, menurut Mohd Sayuti Omar, kejatuhannya disebabkan masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan, bukan kerana kekuatan tekanan UMNO/BN.

"Kerajaan PAS Kedah mungkin tidak akan tumbang dalam pilihan raya yang lalu [2013] kalau kesatuan dan perpaduannya utuh dan teguh. Kekalahan dan kejatuhan kerajaan PAS Kedah bukan faktor luaran (external) semata-mata, hasil adakan UBN [UMNO/BN] berterusan, tetapi kerana faktor dalaman (internal) juga, perbalahan dan krisis sesama sendiri yang gagal diselesaikan.

"....krisis atau kemelut dalaman bermula apabila hubungan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak dengan EXCO kanan yang juga timbalannya dalam badan Perhubungan PAS, Phahrolrazi Mohd Zawawi bermasalah. Selepas berjaya membentuk kerajaan [2008], mereka sudah tidak berjalan sekali dan duduk bersama.

"Irama dan lagu yang sebelum ini didendangkan bersama sudah menjadi sumbang. Menghairankan, sebelum memperolehi kerajaan, mereka boleh bekerjasama dan berganding bahu mempertahankan serangan musuh siang dan malam. Hubungan mereka rapat bagaikan isi dengan kuku. Tetapi kebersamaan itu lerai apabila kemenangan sudah diperolehi." (Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah, 2014, hal. 31-33).

Perlis kini terjangkit dengan kemelut yang sama setelah tiga tahun mencapai kejayaan besar di Perlis. Krisis di Kedah juga berlaku dalam tempoh yang sama, setelah setengah penggal berkuasa. Ini menunjukkan PAS juga berhadapan dengan masalah "rebutan kuasa". Apakah masalah ini akan terjangkit ke Terengganu? Sudah ada desas-desus yang tidak bersetuju dengan kepimpinan MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Jika kita melihat kepada krisis dalaman PAS di Perlis ini sebagai bentuk "rebutan kuasa", ia sudah menjadi hal yang lumrah dalam politik. Dan, kerana itu PAS walaupun di peringkat pusat boleh dilihat tidak menjurus kepada persoalan tersebut di peringkat negeri ia tetap berlaku sebagaimana berlaku di Kelantan sebelum PRN lalu.

Kepimpinan PAS pusat berjaya meredakan situasi apabila membuat keputusan bahawa kepimpinan baharu akan digandingkan antara agamawan dan teknokrat, dan ia melemahkan kelompok Nik Mohd Amar yang dilihat cukup ghairah untuk dilantik sebagai MB Kelantan. Jika isu itu tidak berjaya ditangani ketika kempen PRN, ia boleh menyebabkan PAS tidak akan menang besar, meskipun kekal mentadbir Kelantan.

Jadi, masalahnya, seperti pernah dikatakan oleh Allahyarham Nik Aziz, parti itu perlu "buang buah busuk" dan tiga buah busuk di Perlis sudah pun dibuang. Namun, buah busuk yang dibuang itu mungkin akan tumbuh dengan lebih garang, mencabar kepimpinan PAS dan juga PN kerana ada yang mengandaikan Shahidan Kassim berhajat untuk kembali sebagai MB Perlis. Sudah ada spekulasi yang mengatakan beliau ada harapan untuk kembali memimpin Perlis. (https://share.google/71ffhgFsJOOUzsR64).

Apa pun, ia bergantung kepada keputusan SPR sama ada perlu atau tidak PRK diadakan. Jika tidak perlu, PAS akan terus goyah, kerana wakil rakyat Bersatu tidak akan berdiam diri. Bersatu akan menyusun strategi, kecualilah jika salah seorang daripada tiga calon Bersatu diterima sebagai MB Perlis yang baharu, mengisi kekosongan yang berlaku. Tetapi, cabarannya cukup besar, wakil rakyat PAS akan terus menggoncang sebagaimana PAS menggoncang kepimpinan PN di peringkat pusat.

Secara zahirnya, krisis yang berlaku membuktikan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PN Perlis gagal, maka kegagalan tersebut membawa kepada tafsiran yang lain, apakah Shahidan berada di belakang tabir? Apakah Shahidan bersedia membuktikan dirinya tidak gagal?. Kalau tidak gagal kenapa "bersepai' selepas dua bulan memimpin PN Perlis?

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com