MAKSIAT SUNGGUH?

Pendedahan Ketua Polis Kelantan tidak mengejutkan kerana peningkatan maksiat sudah beberapa tahun  diperkatakan sedang mencanak naik. Namun, yang menjadi sedikit terkejut ialah apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 telah membuntingkan  sepupunya yang berusia 15 tahun.

Maknanya, akil baligh sudah mulai berlaku begitu awal dalam kalangan kanak-kanak di Kelantan sedangkan pada masa lalu, umur 11 tahun masih belum ada keinginan untuk melakukan hubungan seks biarpun bebas bergaul dengan remaja perempuan sekampung. Boleh bermain macam-macam permainan bersama, termasuk sesekali joint masak-masak.

Setahu saya, pada peringkat tersebut untuk dijodohkan dengan seseorang masih terasa malu. Tetapi kini semuanya sudah berubah. Kanak-kanak tidak segan silu mengakui sudah ada teman perempuan dan tidak juga takut bermaksiat bersama. Saya ingat pada usia hampir 20 tahun pun terus menolak apabila cuba "dijodohkan" sebagai "pengantin olok-olok" dalam salah satu acara tertentu di sekolah menengah. Menolak kerana malu.

Menurut laporan polis, 98 peratus sumbang mahram berlaku atas dasar "suka sama suka". Bermakna istilah rogol semakin kabur pengertian dan ketakutannya. Pola seks remaja sudah berubah, namun yang memedihkan ialah bagaimana orang tua mendepaninya. Bagaimana masyarakat boleh menerimanya, remaja hamil sebelum menikah dan perutnya semakin memboyot?

Mendengar laporan itu, sedikit sebanyak kita akan membuat kesimpulan, apakah yang membantu maksiat meningkat setiap tahun?. Apa yang tak kena dengan Kelantan yang dipimpin oleh kelompok ulama sejak tahun 1990?

Semakin lama bergayut atas politik Islam, pemaknaan dakwah semakin goyah walaupun semakin banyak istilah-istilah berbau Arab-Islamik diperkenalkan. Nampak semacam istilah itu tidak ke mana hanya sekadar retorik dengan tujuan menunjukkan apa yang mereka laksanakan menepati keperluan agama.

Sayangnya, dalam kesibukan membuka dan memperkenalkan istilah, tidak muncul sebarang bentuk program yang membawa kepada pemahaman dan penghayatan istilah itu. Ia hanya sekadar ucapan yang seronok didengar tetapi tidak sampai ke lubuk hati khalayaknya.

Atas nama program pembangunan diri, jiwa dan kemantapan rohani itu hanya bersifat "least resistance approach", yakni sekadar ingin menunjukkan kejayaan daripada ukuran kuantitatif. Ia sekali lagi berjauhan dengan makna "functionally relevance". Kata orang, hanya berdakwah kepada orang yang sudah faham dan melaksanakan aktiviti  mendekatkan diri dengan ajaran Islam. Muncul pula makna "large volume error".

Program yang disusun tidak mendekati kumpulan yang bertentangan ataupun marginal, non-partisan mahupun yang dianggap acuh tak acuh, baik pada tahap pengetahuan mahupun kesedaran dan amalan. Khalayaknya adalah orang yang sama, suku sakat ahli parti dan keluarga mereka.

Beberapa kajian kaitan antara maksiat dan suasana persekitaran kehidupan sudah banyak dilakukan. Hampir kesemua rumusan menjurus kepada kelemahan fungsional dan iklim kemasyarakatan, di mana maksiat itu berlaku. Ia juga ada kaitan dengan bentuk rumah dan sistem kawalan sosial secara tidak langsung.

Seharusnya, rumusan itu menjadi asas dalam pembentukan sesebuah dasar dan penyediaan infrastruktur, termasuk sosialisasi perumahan. Apa yang berlaku, pembinaan rumah menjadi semakin eksklusif dan kadangkala menjadi dorongan maksiat. Di situ lahir pula budaya individualistik, atas kutukan jaga tepi kain sendiri.

Rumah eksklusif - kawalan keselamatan dan individualistik - melumpuhkan kawalan sosial dan isu sebegini tidak banyak berkaitan dengan lokasi perumahan di Kelantan, kecuali ia dibangunkan di kawasan-kawasan tertentu, terisolasi. Kita juga tahu, di sesetengah lokasi petempatan cukup padat, yang hanya dipisahkan dengan lorong kecil pejalan kaki dan untuk laluan motosikal atau basikal. Bahkan jika berlaku kebakaran, pihak bomba sukar memasukinya.

Situasi masyarakat juga turut berubah. Kalau dahulunya si ibu adalah suri rumah, setiap ketika boleh memerhatikan gelagat anak remaja mereka. Sekarang sudah semakin kurang kawalan sebabnya ibu juga sibuk bekerja, mencari rezeki akibat kos sara hidup dan tuntutan kehidupan moden semakin bertambah.

Anak-anak dalam masa-masa lepas sekolah dibiarkan memenuhi masa lapangnya sendirian atau bersama kawan-kawan. Tidak ada usaha untuk membantu mereka dengan pelbagai aktiviti komunikasi dan komuniti yang menjurus kepada gaya hidup terbaik.  Sebahagiannya mengambil peluang bersama-sama kawan, yang akhirnya cenderung kepada aktiviti kurang sihat, termasuk terjebak dengan  maksiat. Komuniti juga tidak ambil kisah, kerana yang dikisahkan ialah bagaimana untuk menyuburkan sokongan dan mempertahankan retorik politik Islam.

Politik Islam tidak diterjemahkan dengan betul. Walhal politik Islam itu sangat terkait dengan kehidupan dan budaya memasyarakatkan setiap ahlinya dalam nilai-nilai hidup Islam. Ia bukan sekadar seruan, kata-kata kekal istiqomah, pilih parti yang ada istilah Islam, sebab parti yang tidak mengambil istilah Islam adalah parti sekular dan membuang Islam.

Membuang istilah Islam bermakna tidak Islam, sedangkan parti Islam sendiri tidak menyuburkan makna Islam sebagai proses pembudayaan dan adaptasi yang memadai, penuh jargon dan retorik. Doktrin itu, masih kekal dan dipertahankan sehingga sekarang. Ideologi dan praktis dua situasi yang berbeza, dan kadangkala cukup jauh berjarak.

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com