MALAM NISFU SYA’BAN

Assalamualaikum. Salam satu Akidah, Salam bulan Sya’ban yang penuh keberkatan.

Kita Semakin menghampiri 15 Sya’ban yang penuh keberkatan dan kemuliaan dan In sya Allāh seterusnya kedatangan pula bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Perbanyakkan lah amalan- amalan dalam bulan Sya’ban ini dengan ilmu yang benar serta ikhlas kepada Allāh. Dan semulia-mulia amalan secara mutlaq ialah beriman kepada Allaah dan RasulNya-Hadith, dan untuk mendapatkan semulia-mulia amalan ini(beriman kepada Allāh dan Rasul) adalah dengan cara menuntut ilmu agama secara Talaqqi dan Sanad yang sohih hingga akhir hayat.

Semoga Allāh memelihara kita dalam bulan Sya’ban ini agar negara Malaysia kita dan bumi Palestin khasnya dan seluruh Dunia amnya aman damai, harmoni, saling bertolak ansur, tidak membidah sesat kan amalan-amalan umat Islam seperti Sambutan Malam nisfu Sya'ban, Maulidurrasul, Tahlil, Talqin dan lain-lain.

Marilah sama-sama kita menghidupkan bulan Sya'ban ini dengan mempertingkatkan lagi amalan ketaatan kita kepadaNya terutama pada malam Nisfu Sya'ban yang bakal menjelma, dan Rasulullaah‎ﷺ telah memperingatkan bahawa ramai manusia lalai dan lupa untuk memuliakan serta memperbanyakkan ketaatan kepada Allāh dalam bulan Sya'ban yang mulia ini bahkan pada bulan Sya'ban ini ada satu malam (malam Nisfu Sya'ban) yang di mustajabkan doa oleh Allāh. Aameen

عَنْ أُسَامَةَ بنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ، قَالَ "ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ" أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ فِى شُعَبِ الإيِمَانِ.

Mafhumnya: Dari Usamah b. Zaid Radiallaahu 'anhu berkata: Aku bertanya: Ya Rasulallaah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan pada bulan-bulan yang lain kecuali engkau berpuasa pada bulan Sya'ban. Baginda‎ﷺ bersabda: Sya’aban adalah bulan kebanyakan orang melupainya, iaitu antara bulan Rejab dan Ramadhan. Sya’aban adalah bulan yang diangkatkan/di perlihatkan amalan-amalannya terus kepada Allaah, maka saya amat menyukai amalan saya diangkat dalam keadaan saya berpuasa”.

Rasulullâh ‎ﷺ turut bersabda dalam hadith yang di riwayatkan oleh Ibn Majah:-

"إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا"

Mafhumnya: Apabila bertemu dengan malam Nisfu Sya'ban maka dirikan lah malamnya(solat,selawat,berdoa, membaca al-quran, bersedekah, tasbih, tahmid, takbir dan lain-lain) dan berpuasalah pada siangnya.

Dan turut menjadi amalan para Ulama Ahlussunnah waljamaah sejak dahulu lagi dari kalangan salafussoleh At-tabi'in dari ahli Syam dan seluruh dunia seperti Khalid b. Ma'dan,Makhul,Luqman b. 'Amir dll mereka sangat memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ibadah pada malam tersebut dan Imam Al-Ghazali sendiri turut juga menceritakan keutamaan malam Nisfu Sya'ban dan beramal dengannya.

Telah berkata Imam Al-Syafie Rahimahullaah di dalam kitab Al-Um:-

إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مَنْ رَجَب، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ"

Sesungguhnya Doa itu di mustajabkan pada 5 malam:-

1-Malam Jumaat

2-Malam Aidil Adha

3-Malam Adil Fitri

4-Awal malam bulan Rejab.

5- Malam Nisfu Sya'ban

Rasulullâh ﷺ turut bersabda bahawa di ampun kan sebahagian dosa pada malam Nisfu Sya'ban kecuali dua jenis manusia:-

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ". وَرَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الأَوْسَطِ وَالْبَيْهَقِيُّ

Allāh menganugerahkan / memberikan keistimewaan bagi hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang MUSYRIK dan orang yang BERGADUH/BERMUSUHAN benci membenci, dengki sesama muslim dalam urusan dunia”-Riwayat At-Thabrani dlm Awsat dan juga Al-Baihaqi.

Peringatan! Ada beberapa perkara penting berkaitan AKIDAH yang perlu di ambil perhatian dan serius berkaitan pegangan dan amalan dalam bulan Sya'ban/Malam Nisfu Sya'ban/sepertiga malam.Dan perkara-perkara tersebut turut akan di berikan pencerahan oleh Penceramah jemputan kita nanti secara detail dan ilmiah mengikut acuan ilmu Ahlussunnah Waljamaah Salaf, Khalaf, Asyairah & Maturidiyyah. Antaranya ialah:-

1) Pencerahan detail Berkaitan Hadith Sohih yang di sebut sebagai حديث النزول dan makna Nuzul/Turun, iaitu Allāh memerintahkan Malaikat agar turun ke langit dunia/Rahmat Allāh yang turun dan BUKANNYA Dzat Allāh yang bersifat Turun... Barangsiapa yang beriktiqad bahawa Dzat Allāh itu bersifat turun maka dia telah menyamakan Allāh dengan makhluk, Na'uzubillah.

2)Wajib beriman bahawa Taqdir Allāh tidak berubah-ubah sebagaimana semua sifat-sifat Allāh yang lain tidak berubah kerana berubah itu adalah sifat حدوث/ baharu bagi makhluk itu lah sebesar-besar tanda Makhluk.

3)-Tidak boleh samasekali meminta kepada Allāh agar mengubahkan taqdirNya/KetentuanNya yang azali.Kita hanya di suruh oleh Allāh untuk berdoa dan meminta kepadaNya agar di berikan kebaikan dan di jauhkan dari kejahatan dan bukan meminta agar Allāh memadamkan apa yang telah di tetapkanNya di Ummul Kitab.

4) Amanahlah dengan ilmu agama terutama ilmu dari al-quran dalam surah Ad-Dukhan ayat 3&4 ini:-﴿إِنَّا أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ﴾ [الدُّخَان: 3، 4]

Ayat tersebut menceritakan tentang al-quran yang di turunkan pada malam lailatul al-qadr dan bukan nya menceritakan tentang malam Nisfu Sya'ban sebagimana yang di sebut oleh Turjuman al-quran Abdullāh bin Abbas dan Jumhur ulama-ulama.

Serta banyak lagi perkara-perkara berkaitan akidah dan amalan-amalan seperti doa dll yang wajib bagi kita beramal dengan ilmu sebelum diamalkan dan sebelum di sebarkan kepada masyarakat.

Jauhi golongan Dan fahama Ekstrem, Radikal dan sesat seperti Salahpi Jihadi IS Daesh Wahhabi Wahhabi, Khawarij Qutbiyyah, Jahalah Mutasawwifah Batiniyyah Hululiyyah Wahdah Mutlaqah, Syiah Hizbuttahrir, Liberal, Plural dll

Semoga Bermanfaat demi ummah Dan sebar-sebarkan kerana Allāh

Sumber: Ustaz Haji Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy – facebook.com

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com