MASALAH NEGARA PALING UTAMA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN

Oleh: Ibnu Majid

Tahun 2050. Bayangkan satu garis masa di mana anak atau cucu kita terpaksa menghabiskan masa 12 jam sehari di atas jalan raya sebagai buruh gig ekonomi, memeras keringat sebagai runner semata-mata untuk kelangsungan hidup sekadar kais pagi makan pagi. Sementara itu, di sekeliling mereka, sektor ekonomi formal, industri strategik, dan peluang perniagaan domestik megah dikuasai oleh koloni warga asing.

Naratif distopia ini bukanlah rekaan sastera semata-mata. Jika barisan pelakon politik dan birokrat hari ini terus mengekalkan dasar yang lemah dan terputus daripada realiti marhaen, kita sebenarnya sedang menggali kubur ekonomi untuk masa depan anak bangsa sendiri. Impak keruntuhan ini tidak memerlukan ratusan tahun, tetapi ia mungkin akan mula bernanah dan meranapkan struktur sosio-politik negara dalam jangkamasa terdekat.

Realiti Masalah Kedaulatan Negara

Di Malaysia, kira-kira 9.9% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini atau 3.4 juta terdiri daripada penduduk bukan warganegara yang berdaftar. Namun masalahnya timbul dari golongan PATI atau Pendatang Asing Tanpa Izin.

Mengapa kedaulatan kita seolah-olah dicoblos dengan begitu mudah? Di manakah penjaga amanah yang telah diberikan mandat? Realitinya, kita sedang menyaksikan satu bentuk sabotaj terancang di dalam sistem. Apabila menteri dan pegawai tinggi kerajaan memandang isu pekerja asing, PATI, dan pelarian sebagai keluhan bermusim rakyat, mereka sebenarnya sedang bersekongkol dengan kaum oportunis.

Baik pelabur asing mahupun pemodal domestik, golongan oportunis ini sengaja meminggirkan anak bangsa dalam rangka menciptakan supremasi baharu di tanah air kita sendiri.

Apakah kita perlu mengadakan dasar afirmatif atau affirmative action berulang kali, semata-mata kerana ada kelompok oportunis di dalam dan luar kerajaan yang sengaja mensabotaj dasar kemajuan negara demi kantung poket mereka sendiri? Di manakah visi jelas penjaga amanah dalam memelihara masa depan anak bangsa dalam semua bidang?

Politik Toksik Punca Masalah

Kelesuan dasar dan kelumpuhan penguatkuasaan ini sebenarnya berakar umbi daripada landskap politik tanah air yang semakin menyempit, rendah nilai, toksik, penuh kemunafikan, dan berpaksikan agenda Machiavellian. Ambil iktibar daripada apa yang tercalit dalam celah-celah ceramah politik semasa PRN Negeri Sembilan yang akan datang ini. Pilihan raya menyajikan satu cerminan yang sangat memalukan tentang bagaimana rapuhnya perpaduan ummah dan kesejahteraan masa depan rakyat apabila dirobek oleh kepentingan politik kelompok.

Kita melihat keterpecahan yang parah di setiap lapisan. Bermula daripada pengundi Melayu-Islam yang keliru dengan identiti perjuangan, hinggalah kepada pengundi muda dari kali pertama, kedua, dan ketiga mengundi yang kehilangan kompas serta hilang kepercayaan kepada sistem. Ditambah pula dengan parti yang bertanding yang sanggup menggadaikan prinsip, serta para pemikir, pempengaruh media sosial, dan penganalisis politik yang menularkan naratif palsu demi habuan. Malah, kita juga melihat institusi agamawan, pelakon elit politik, sehinggalah kepada penaja politik yang menyuntik dana dengan kepentingan peribadi atau organisasi, masing-masing bersekongkol meranapkan masa depan negara demi takhta kekuasaan.

Di sebalik tabir perebutan kuasa ini, politik umat Islam dan Melayu telah diseret ke lembah pengkhususan ke atas kejahilan. Kita terperangkap dalam budaya politik yang sangat keji; iaitu politik hasad, dengki, dendam, kebencian, dan budaya pendedahan aib sesama sendiri. Akibatnya, hari ini tiada lagi pemimpin atau sosok Muslim yang terpelihara martabatnya, kerana semuanya diserang, diaibkan, dan disembelih di pentas politik toksik, demi memuaskan konsep psikologi iaitu rasa puas melihat kejatuhan seseorang. Sama sekali tidak ada usaha untuk menjaja atau menaja seseorang di kalangan muslim yang baik untuk dihormati oleh rakyat. Akhirnya, agenda pembunuhan karakter kini mengatasi semua naratif fundamental, dan diangkat sebagai strategi terulung bagi setiap parti yang bertanding.

Secara tidak langsung kita mengamalkan budaya ketam yang sengaja menarik turun mana-mana anak bangsa yang ingin naik. Kita dengan sukarela memilih untuk menjadi hulu kapak yang menebang pokok bangsa sendiri. Kita bertindak seperti penembak mabuk yang menembak kaki sendiri, kemudian mendabik dada kononnya mahu menjadi sang kancil yang cerdik. Namun hakikatnya, kecerdikan politik itu hanyalah atas dasar eksploitasi dan membohongi bangsa sendiri. Isu perpaduan negara dan kemajuan masa depan rakyat lebur begitu sahaja.

3 Permintaan Pragmatik Setiap Rakyat

Wacana ini bukan sekadar luahan prejudis atau emosi murahan. Ia adalah desakan intelektual terhadap keluhuran undang-undang dan maruah ekonomi. Menjelang pilihan raya yang bakal tiba, rakyat wajib membersihkan landskap yang toksik ini dengan menekan kerajaan sedia ada mahupun bakal kerajaan untuk membentangkan dasar dan mekanisme pelaksanaan yang konkrit dalam tiga aspek pragmatik.

Pertama, reformasi total pasaran buruh pekerja asing. Hentikan ketagihan industri terhadap buruh asing kos rendah secara berfasa. Kerajaan wajib membentangkan mekanisme perancangan pengurangan yang jelas untuk membina semula tenaga kerja dalam negara. Paksa pemain industri utama beralih kepada automasi dan digitalisasi, serta naikkan standard gaji sektor 3D agar anak muda kita dapat keluar daripada jerangkap samar ekonomi gig ke sektor formal yang lebih bermaruah.

Kedua, dasar tegas mengusir dan membendung pendatang tanpa izin. Penguatkuasaan tidak boleh sekadar bermusim menangani sang kuli di bawah, tetapi mesti menghantam jerung di atas. Kita menuntut mekanisme pelaksanaan yang tuntas, termasuk pengenalan hukuman berat yang mandatori serta sitaan aset secara agresif, bukan sahaja ke atas PATI, tetapi ke atas majikan, pemilik premis, dan petualang tempatan yang menjadi tangan ghaib pelindung mereka.

Ketiga, dasar yang jelas dan tegas terhadap pelarian. Negara ini tidak boleh terus dibiarkan menjadi lubuk transit tanpa had yang akhirnya mengganggu sensitiviti penduduk tempatan serta mencetuskan ancaman sosial dan jenayah yang membimbangkan. Kerajaan wajib memperkemas mekanisme kerjasama dengan agensi antarabangsa untuk memastikan proses penempatan semula ke negara ketiga berjalan dengan garis masa yang konkrit, dan mengehadkan ruang eksploitasi ekonomi mereka agar tidak menjejaskan kebajikan penduduk tempatan.

Undi dan suara kita selepas ini bukan lagi sekadar sekeping kertas penentu kemenangan parti politik, melainkan sebuah memorandum bantahan terhadap kelembapan sistemik dan retorik elitis. Kita tidak boleh lagi berkompromi dengan barisan menteri dan birokrat yang out of touch daripada realiti marhaen, iaitu mereka yang melihat isu lambakan warga asing ini sekadar keluhan kosong.

Masa depan generasi anak bangsa dibentuk oleh keberanian kita hari ini untuk menolak politik munafik, menghumban politik toksik, menolak kaum oportunis, dan menuntut tadbir urus yang berpaksikan kompetensi serta integriti. Umat Islam harus bangkit dan tuntut dasar yang jelas, atau kita akan terus menyaksikan tanah air ini digadaikan demi keuntungan jangka pendek golongan elitis.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com