‘MELAYU MEMALUKAN MELAYU, TAPI MELAYU TAK MALU’ — IBRAHIM ALI

Oleh Dato’ Dr Ibrahim Ali

SUDAH terlalu lama orang Melayu disogok dengan slogan besar. Kononnya demi Melayu. Kononnya demi Islam. Kononnya demi penyatuan ummah. Kononnya demi masa depan bangsa. Tetapi apabila tiba bab kuasa, kerusi dan jawatan, semuanya berubah. Yang bergaduh Melayu. Yang tikam belakang Melayu. Yang pecahkan saf Melayu. Yang jatuhkan sesama sendiri pun Melayu. Akhirnya yang memalukan Melayu bukan musuh Melayu, tetapi pemimpin Melayu sendiri.

2. Saya sudah lama dalam politik. Saya tahu apa yang berlaku di depan pentas dan apa yang berlaku di belakang pentas. Di depan rakyat bercakap soal perjuangan. Di belakang rakyat bercakap soal kerusi. Di depan rakyat bercakap soal penyatuan. Di belakang rakyat sibuk mengira siapa jadi calon, siapa jadi menteri, siapa jadi ketua dan siapa mesti disingkirkan. Jangan buat muka suci. Rakyat bukan bodoh. Rakyat nampak. Rakyat dengar. Rakyat tahu siapa yang bercakap lain dan membuat lain.

3. PUTRA tidak pernah berubah pendirian terhadap DAP. DAP ialah parti rasis yang mesti dilawan habis-habisan. Tetapi jangan jadikan DAP kambing hitam setiap kali pemimpin Melayu gagal menjaga saf sendiri. Mulut siang malam wirid lawan DAP, tetapi DAP makin kuat, Melayu pula makin berpecah. Itu bukan salah DAP semata-mata. Itu salah pemimpin Melayu yang gagal menyatukan Melayu. Kalau benar mahu lawan DAP, Melayu mesti bersatu. Bukan saling menikam, saling menjatuhkan dan saling membuka jalan sampai akhirnya DAP tepuk tangan melihat Melayu berbalah sesama sendiri.

4. Saya hendak tanya secara terbuka kepada semua parti Melayu. Jika benar perjuangan Melayu, mengapa Melayu terus dipecahkan? Jika benar perjuangan Islam, mengapa akhlak politik semakin buruk? Jika benar mahu penyatuan ummah, mengapa langkah pertama yang dibuat ialah bergaduh sesama sendiri? Jangan jadikan Islam sebagai topeng politik. Jangan jadikan Melayu sebagai tangga kuasa. Jangan jadikan rakyat sebagai penonton kepada sandiwara yang semakin hari semakin memualkan.

5. Lebih meloyakan tekak, ada pemimpin Melayu yang siang malam bercakap kononnya mempertahankan Melayu dan Islam, tetapi dalam masa yang sama sibuk mengira kerusi, sibuk berunding jawatan dan sibuk mencari jalan menjatuhkan kawan sendiri. Di depan rakyat bercakap soal perjuangan. Di belakang rakyat bercakap soal kuasa. Jangan berlakon jadi pejuang kalau hakikatnya pemburu jawatan. Jangan bercakap soal pengorbanan kalau akhirnya yang diperjuangkan hanyalah kedudukan sendiri.

6. Saya hendak cakap terus. Melayu hari ini bukan kalah kerana DAP terlalu kuat. Melayu kalah kerana terlalu ramai pemimpin Melayu yang kuat bercakap tetapi lemah akhlak, kuat berjanji tetapi lemah amanah, kuat menuduh tetapi gagal melihat keburukan diri sendiri. Jangan salahkan orang lain kalau rakyat semakin muak. Yang menjatuhkan maruah Melayu hari ini bukan musuh Melayu. Yang menjatuhkan maruah Melayu ialah pemimpin Melayu yang menjadikan perjuangan sebagai topeng dan kuasa sebagai matlamat.

7. Cukuplah sandiwara ini. Cukuplah drama kononnya semua orang pejuang bangsa. Kalau benar pejuang, tunjukkan dengan tindakan. Kalau benar ikhlas, hentikan permainan kuasa. Kalau benar mahu selamatkan Melayu, berhenti daripada memecahkan kekuatan Melayu setiap kali cita-cita politik sendiri tidak tercapai. Bangsa Melayu tidak perlukan lebih ramai jaguh pentas. Bangsa Melayu perlukan pemimpin yang tahu malu apabila bangsanya sendiri dimalukan.

8. Lantaklah siapa hendak berkawan dengan siapa, hendak bergaduh dengan siapa, hendak bersekongkol dengan siapa atau hendak menikam siapa. Itu urusan mereka. Tetapi jangan lagi jual nama Melayu dan Islam untuk menutup kerakusan politik sendiri. Jangan lagi berlakon jadi pejuang kalau hakikatnya pemburu jawatan dan kebendaan. Jangan lagi bercakap soal maruah bangsa kalau diri sendiri yang sedang memalukan bangsa. PUTRA akan terus melawan DAP dan konsisten tolak DAP (sebab itu saya tidak menjadi ahli Bersatu di awal penubuhannya kerana Bersatu menyertai PH yang ada DAP bersama dan saya tidak hipokrit) dan saya teguh dengan perjuangan mempertahankan Islam, membela orang Melayu dan memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira siapa kawan atau lawan. Yang salah tetap salah walaupun memakai serban, songkok atau baju Melayu.

DATO’ DR IBRAHIM ALI
Presiden Parti PUTRA
13 Jun 2026

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1KpTQ5kwAn/

Petikan daripada bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com