MEMBONGKAR AGAMA SESAT AHMADI

Tular satu ajaran agama sesat baharu yang giat menyebarkan fahaman mereka melalui media sosial, khususnya secara langsung di platform TikTok dan YouTube. Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya, sebuah kepercayaan sesat yang menunggang kepercayaan agama Islam, telah berjaya merekrut pengikut dari kalangan rakyat Malaysia sendiri, dan masih aktif mencari pengikut baru. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam, untuk membongkar ajaran sesat ini, supaya dapat membebaskan kebenaran Islam dari kejahilan pemikiran mereka itu.

Menurut laman web rasmi mereka, agama sesat Ahmadi telah diasaskan oleh seorang yang bernama Abdullah Hashem, yang mendakwa bahawa dirinya adalah Mahdi yang ke-2, selepas ‘ayah secara ruh’-nya, Imam Ahmed Hassan, Mahdi yang pertama. Abdullah Hashem dan pengikutnya berpegang kuat kepada hadis palsu dari sumber Syiah yang berbunyi;

“Kemudian akan ada 12 Mahdi sesudahnya, maka jika kematian datang kepadanya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, yang pertama dari Mahdi, dia mempunyai tiga nama, satu seperti namaku dan nama Bapaku, dan dia adalah Abdullah (Hamba Rasulullah). Allah), Ahmad (Yang Terpuji), dan nama yang ketiga ialah Al-Mahdi (Yang Diberi petunjuk).” – Ghaiba Al Tusi

Agama sesat mereka berpandukan sumber primer mereka, iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Abdullah Hashem bernama ‘The Goal of The Wise’ atau ‘Matlamat Mereka yang Arif’. Apabila membaca buku agama ini, seorang pemerhati akan dapat lihat bagaimana mereka mengeksploitasi kepercayaan Islam, dan juga agama-agama lain seperti Kristian dan Yahudi.

Abdullah Hashem melalui agama sesat yang dibawanya, mendakwa seolah-olah pegangan Sunni kita, telah menyelewengkan agama Islam daripada ajaran Nabi SAW yang sebenar. Dia juga mendakwa bahawa sunni Islam yang kita bawa pada hari ini, serupa dengan orang kristian yang telah menyeleweng ajaran Nabi Isa AS.

Dia juga menyatakan dalam bukunya bahawa Quran yang diturunkan kepada umat Islam seluruh dunia adalah tidak sempurna, tidak lengkap. Al-Quran yang lengkap ada bersama 12 mahdi, yang akan datang pada masa hadapan, dia mendakwa. Maka di sini kita boleh lihat bahawa agama sesat Ahmadi menjurus kepada mendewakan 12 imam mahdi mereka, yang menjadi kunci kepada segala kebenaran, mengikut pendapat mereka.

Namun hakikatnya, Abdullah Hashem hanyalah seorang yang narsisistik, dan mempunyai angan-angan tak masuk akal untuk diangkat sebagai Imam Mahdi. Menurut pengikut agama sesat Ahmadi yang kini telah meninggalkan ajaran itu, Abdullah Hashem berminat dengan seni filem, dan mempelajarinya sewaktu muda. Dari situ, beliau mengasah kemahiran dalam penerbitan filem dan dokumentari untuk platform YouTube. Antara karyanya yang menjadi viral sekitar tahun 2008 adalah siri dokumentari The Arrivals, yang menceritakan tentang New World Order, akhiruzzaman, dan kedatangan mahdi. Naratif yang dibawa dalam karya-karyanya jelas menunjukkan kepercayaannya dengan fahaman imam 12 syiah.

Sejarah watak Abdullah Hashem ini juga banyak terkait dengan salah-laku seksual terhadap pengikut-pengikutnya. Beliau terpaksa melarikan diri daripada negara Jerman, kerana tuduhan rogol ke atas seorang bekas pengikutnya yang sudah mempunyai suami. Beliau membuka markas baru di negara Sweden, dan di situ juga terdapat beberapa kes serangan seksual yang dilakukannya, namun belum ada laporan polis terhadapnya lagi. Malah ada bekas pengikut ajaran ini yang mendakwa mereka telah dipaksa melakukan aktiviti homoseks bersama pengasasnya itu.

Pengikut agama sesat ini juga menyebarkan kepercayaan mereka bahawa Kaabah yang sebenar terletak di Petra, dan di Petra jugalah agama Islam diturunkan kepada Nabi SAW. Mereka percaya bahawa pada tahun 64 Hijrah, perang saudara Khilafah Umayyah antara Yazid Ibn Muawiyah dan Abdullah Ibn Zubayr, menyebabkan Ibn Zubayr membawa lari Ka'bah ke Mekah di selatan. Maka hari ini, seluruh umat Islam menghadap kiblah yang salah, dan sepatutnya menghadap kota Petra.

Hakikatnya, hipotesis mengarut ini telah dibawa oleh seorang penulis sejarah bernama Daniel Gibson, seorang warga Canada. Tesis Dan Gibson ini berasaskan penyelidikannya sendiri, yang sangat tidak boleh dipercayai. Beliau tidak merujuk kepada sumber sejarah yang sahih, tetapi hanya berhipotesis menggunakan arah kiblat tapak masjid zaman kerajaan Umayyah, yang terletak di Andalusia dan Afrika Utara.

Justeru memang terserlah bahawa pengasas agama sesat ini, mempunyai sifat-sifat narsistik dan megalomania, serta pandai memanipulasi pengikut-pengikutnya. Beliau hanya menggunakan ketakutan manusia, dengan menciptakan satu naratif di mana majoriti umat Islam tersesat, dan hanya golongan yang bersama dengannya adalah orang-orang yang terpilih. Apabila sudah mencabar fundamental kepercayaan Islam, beliau akan berselindung di sebalik alasan telah dianiaya oleh orang Islam.

Ini adalah strategi yang seringkali digunakan oleh kumpulan ajaran-ajaran sesat, dengan menunjukkan bahawa mereka sebenarnya adalah mangsa.

Di dalam satu kenyataan media, menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama), Dato’ Setia Dr. Naim Mokhtar menjelaskan bahawa perlu jalin kerjasama antara JAKIM, JAWI, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penguatkuasa di setiap negeri, untuk membanteras ajaran agama Ahmadi di media sosial.

Kini, MCMC telah pun memantau dan menyekat ajaran itu, yang disebarkan melalui sosial media. Jelas Dr. Naim juga, adalah penting untuk kandungan mereka diturunkan segera kerana tidak semua orang mempunyai ilmu agama dan bimbang mudah terpengaruh. Beliau berkata ada sesetengah masyarakat yang akan keliru dengan kalimah-kalimah bahasa Arab akibat ilmu agama yang cetek, dan bimbang mereka menyanjung tinggi ajaran sesat itu kerana merasakan itu orang agama.

Akidah atau tauhid adalah sesuatu yang paling berharga kepada umat Islam. Nabi SAW diutus untuk membawa manusia kepada akidah yang sebenar. Pastinya benih tanaman akidah yang suci dan bersih ini dapat melahirkan bunga-bunga perpaduan dan kasih sayang, keikhlasan dan ketakwaan serta pengorbanan.

Namun realitinya pula, terdapat gerakan-gerakan ideologi tertentu yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada agama Islam itu sendiri, sehingga menyeleweng ayat-ayat Quran dan hadis demi memanipulasi pengikut-pengikutnya. Akibatnya, kita dapat melihat begitu banyak sekali penyelewengan fikiran dan fahaman baik besar dan kecil tanpa disedari oleh orang awam.

Dalam isu agama sesat Ahmadi ini, sudah tentu ketua serta pengikut-pengikutnya telah terkeluar daripada agama Islam. Ini kerana mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa Quran yang ada pada hari ini adalah tidak atau belum sempurna. Ia jelas bertentangan dengan rukun Iman seorang muslim.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com