MENGOTAKAN JANJI

Rasulullah saw diakui dunia sebagai seorang pemimpin yang jujur. Bila berjanji kepada masyarakat yang dipimpinnya, ia tunaikan janji sesuai dengan tuntutan Allah swt

Berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw pernah berjanji kepada Jabir. Kata Jabir, “Rasulullah saw berjanji kepadaku, ‘Nanti kalau harta dari Bahrain datang, kau akan kuberi sekian dan sekian’. Ternyata harta yang disebutnya itu tidak kunjung datang sampai Rasulullah saw wafat.”

Dan ketika harta dari bahrain itu datang (setelah Rasulullah saw wafat), Abu Bakar menugasi seseorang menyampaikan pengumuman, ‘siapa yang pernah diberi janji oleh Rasulullah saw atau meminjamkan sesuatu kepadanya, segeralah menghubungi kami’. Maka aku (Jabir) segera datang menghubungi Abu bakar dan menyampaikan janji Rasulullah saw kepadaku. Lalu aku mengambil dua genggam tangan penuh, setelah dihitung ternyata ada 500 (lima ratus). Akhirnya Abu Bakar menyuruh aku mengambilnya dua kali lipat ganda.”

Itulah contoh janji pemimpin besar umat Islam. Sebenarnya Rasulullah saw telah bebas dari pertanggungjawaban itu, kerana dia telah wafat sebelum datang apa yang menjadi syarat untuk melaksanakan. Tetapi Abu Bakar sebagai ahli warisnya memandang perlu janji itu dipenuhi, kerana saling menghormati janji yang dibuat Rasulullah saw.

Dari peristiwa di atas, dapat difahami bahawa Islam membenarkan umatnya berjanji memberi atau mengerjakan sesuatu kepada seseorang atau orang banyak kerana keberhasilannya mencapai sesuatu.Namun janji Rasulullah saw itu tidak ada kaitannya dengan pencalonannya sebagai pemimpin.

Janji untuk memberi atau melakukan sesuatu ke satu pihak dikaitkan dengan pemilihan peminpin,dianggap sebagai sebuah usaha merebut kekuasaan. Ingat kata Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra, “Sungguh kamu akan berebut pengaruh atau jabatan atau kedudukan dalam pemerintahan, kelak di hari kiamat hal itu menjadikan kamu penuh penyesalan.”

Besarnya tanggungjawab terhadap sebuah janji mengingatkan umat Islam agar hati-hati membuat janji. Jangan asal berjanji agar apa yang dituju dapat tercapai dan setelah itu janji tinggal janji.

Cukup banyak contoh negatif di tengah masyarakat akibat seseorang atau sekelompok orang memungkiri janjinya. Tidak kurang dari kerugian orang yang menepati janji, yang berjanji mungkir pun dapat menerima risiko atau nasib buruk. Kepercayaan orang boleh hilang, harga diri menjadi pudar.

Ingatlah Firman Allah swt dalam surat Al-Ma’idah ayat 1 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah setiap kamu berjanji.” Kekeliruan Bani Israel pada zaman Nabi Musa antara lain adalah sikap memungkiri janji.Sesungguhnya umat Islam Harus berwaspada.“Tanda orang munafik ada tiga. Pertama, apabila berkata ia dusta. Kedua, bila diberi kepercayaan ia khianat. Ketiga, bila berjanji ia ingkar.”

Catatan : Aminah Shauki

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com