MODEL BERLIMPAH, TELADAN SUKAR DICARI

Saban hari, baik dalam berita di televisyen mahupun cuplikan infografik, video mahupun karikatur "sindir dan marah" di media sosial, seolah-olah tidak lagi boleh dielakkan "banjir rasuah", "salah guna kuasa", "lingkaran fitnah" dan hal-hal yang buruk berlaku.

Akibatnya, ramai di antara kita mula berfikir, siapakah lagi yang boleh dipercayai. Politikus, dengan kehendaknya yang tidak terbatas seringkali menggunakan bahasa "seductive" untuk memperkayakan orang lain, termasuk musuh dalam partinya sendiri. Ada yang tak kena, tetapi tidak juga mengakui silap diri sendiri. Seolah-seolah sedang membina semula reputasi atau mengambil kesempatan untuk berkomentar biarpun komentar yang dibuatnya cukup sempurna untuk ditongsampahkan.

Misalnya, komen ADUN Melor yang akhirnya menjatuhkan reputasinya secara tidak sedar. Sebagai ADUN, beliau sepatutnya tidak mempertahankan "budaya lepak" walaupun asalnya untuk menafikan ada yang "menghisap dadah". Beliau pertahankan kerana beliau juga "kaki lepak".

Saya tidak tahu, lepak itu lepak budaya atau lepak untuk "memahami hati Nurani rakyat yang diwakilinya." Kalau ingin tahu keluh kesah, lepak yang disertainya saya cukup bahagia, sebabnya, cakna rakyat. Tetapi jika lepak budaya, hanya sekadar berhimpun, ketawa dan mencari modal untuk mengecam, ia tidak memberikan faedah kepada awam.

Kita semacam tidak boleh percaya kepada semua orang, dari politikus hinggalah ahli keluarga sendiri. Akhirnya, kita percaya kepada diri kita sendiri, kerana kita adalah segala-galanya, setelah Allah SWT. Kita juga tidak percaya kepada pasukan keselamatan, walaupun kita mengharapkan mereka bekerja yang amanah dan bertanggungjawab, kerana ada perilaku yang memusnahkan kepercayaan itu.

Kita juga tidak percaya lagi kepada penjawat awam walaupun mereka merupakan pelaksana yang bertanggungjawab. Mereka juga buat silap dan kadangkala ditangkap kerana "minta suapan", atau "wang pelincir" untuk mempercepatkan sesuatu urusan.

Mereka juga kadangkala "hilang" apabila kita cuba hadir sebagaimana dijanjikan. Katanya, ada urusan lain di luar, dan tidak sempat balik ke pejabat. Sesekali kita faham, sesekali boleh dimaafkan. Namun, jika seringkali, kepercayaan itu sudah hilang. Minat itu semakin pudar.

Politikus lagi tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja saya dan orang lain. cakap, tetapi sudah ada data tinjauan yang meletakkan mereka sebagai profesyen yang paling tidak boleh dipercayai, bahasa mudahnya, kerap berbohong. Orang agama juga sama. Mereka ada dua hujah, hujah yang mendorong kepada kebaikan dan hujah yang condong untuk membenarkan sesuatu tindakan yang dilihat kontradik.

Semua orang percaya, fitnah itu adalah dosa benar dan fitnah itu boleh menghancurkan sesebuah nilai kemasyarakatan. Tetapi, fitnah semakin berleluasa. Makin membarah bila orang agama ada kecenderungan politik.

Beberapa hari lalu, orang politik dan orang agama mengaku kesal dengan fitnah yang dilakukannya. Maka, muncullah sebuah kredo baharu, parti tentu seperti tidak boleh berpisah dengan fitnah. Muncullah infografik menyenarai siapa dan siapa di antara mereka yang sudah mengakui memfitnah, selain kalah dalam saman fitnah.

Ada ahli politik yang dapat "ganti rugi" yang cukup besar kerana menang dalam perbicaraan tersebut. Ada ahli politik yang "sempit" untuk bayar denda, maka digerakkan tabung bagi melunaskan denda yang cukup tinggi itu. Ada pula yang bukan sekali kalah, tetapi fitnah terus dilakukannya seolah-olah fitnah itu "darah" yang mengalir dalam urat nadinya.

Muncul pula kenyataan menyokong, dalam politik "fitnah boleh dibenarkan". Rakyat marhaen menjadi keliru, apakah fitnah sudah dinormalisasikan? Apakah fitnah hujahnya "cukup ringan" dan sudah dinyah senaraikan sebagai dosa dalam ajaran agama? Sedangkan dalam al-Qur'an ia jelas sebagai tindakan yang melampau dan sangat berdosa, sama besarnya dengan dosa membunuh (al-Baqarah, ayat 191).

Kita juga tidak boleh percaya dengan orang agama, walaupun ceramah dan khutbahnya cukup menarik. Sebabnya, ramai juga yang terlibat dalam aktiviti promo macam-macam, sebagai duta mahupun "anchor" kempen penawar tradisional, makanan tambahan dan sebagainya. Tidak kurang juga gambar, suara mereka digunakan untuk menarik pelaburan yang dikatakan "patuh syariah" sedangkan pelaburan tersebut tidak ada kelulusan. Tetapi, apabila kita mengkritik hal dan perilaku salah "ulama yang mereka percaya", maka kita secara langsungnya dituduh "bencikan ulama".

Teguran atau kritikan dengan apa yang dilihat kurang "betul" bukan bermakna menyerang ulama, ia merupakan teguran yang wajar diterima sebagai "langkah pembetulan". Jika teguran itu tidak tepat, berhijrahlah dengan ilmu bukan "semberono” dan membuat kesimpulan terburu-buru. Itulah maknanya ulama dan kedinamikan intelektual, membetulkan yang silap dan membuang kesilapan sendiri dengan penuh keinsafan. Ia mengingatkan saya kepada tulisan Syed Ahmad Fathi dalam Intelektual Yang Membosankan (2024), kerana sifat azali manusia ialah mencari makna. Makna dicari menerusi ilmu dan dari situlah "manusia cuba memberikan definisi kepada segala hal yang ada di sekeliling".

Beberapa bulan lalu, kita mendapat tahu, seorang yang cukup mahir dengan kewangan syariah ditahan kerana mengaktifkan kegiatan pelaburan tanpa kelulusan. Bila berita itu terdedah, kepercayaan orang ramai terhadap tokoh itu mula pudar bahkan ada yang berkata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Walaupun kes tersebut sedang dibicarakan, perubahan imej terus menjadi igauan ngeri. Usaha untuk membaikinya tidak mudah, bahkan boleh jadi akan terus "hilang dalam hukum” dan proses alam yang selanjutnya". Cuma namanya yang tinggal, dan juga sejarahnya akan dikenang baik atau buruk.

Kenyataannya, apakah yang mendorong orang jujur jadi jahat? Dalam bahasa psikologi, ada istilah Lucifer. Dalam istilah kuno, Lucifer membawa makna "pembawa cahaya". Makna itu kemudiannya berubah, dan pengertian penganut Kristian, ia membawa maksud "malaikat yang berubah menjadi setan". Dalam kajian psikologi, Philip Zimbardo (1933-2004) dalam kajiannya, The Lucifer Effect: How Good People Turn Evil (2008) melihat potensi otak manusia untuk menjadi "jahat" atau berperangai setan walaupun asalnya adalah orang baik, bukan "orang baik-baik", termasuk dalam kalangan orang beragama.

Biarpun kajian itu berdasarkan kerangka dan budaya barat (Kristian), tidak bermakna perubahan kepada budaya setan tidak berlaku dalam kalangan bukan Kristian. Secara sejagatnya, semua manusia baik dalam agama pun tetap ada yang "jahat", dan dalam Islam, fenomena sedemikian cukup terarah kepada "pemenuhan nafsu".

Imam al-Ghazali (1058-1111), ulama klasik yang karyanya terus menjadi malar segar biarpun sudah dihasilkan seribu tahun lalu, terus menjadi bahan yang sangat berguna dalam adaptasi nilai agama dalam kehidupan seharian, selagi manusia itu belum mati. Dalam bab (22 dan 23, atau Bab 2 dan 3 Rubu' al-Muhlikat) "Riyadah al-Nafs wa Tahzib al-Khuluq wa Mu'alajat Amrad al-Qab, kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid 3), yang diterjemahkan oleh Siti Nurul Iman Naim dengan judul "Seni Memiliki Jiwa Yang Dicintai Tuhan" (PTS, 2025) mengatakan:

"Akhlak baik merupakan sifat penghulu segala rasul dan amalan paling utama bagi golongan Siddiq (golongan yang membenarkan segala ajaran Nabi). Hakikatnya, akhlak baik adalah sebahagian daripada agama, hasil perjuangan orang yang bertakwa dan medan latihan orang yang beribadah.

"Akhlak buruk pula adalah racun pembunuh yang membinasakan, kehinaan yang mengaibkan, sifat buruj yang jelas dan perbuatan tercela yang menjauhkan diri dari Tuhan semesta alam. Orang yang berakhlak buruk akan menjerumuskan dirinya ke jalan syaitan.

"Akhlak buruk merupakan pintu-pintu terbuka ke neraka Allah SWT yang menyala-nyala hingga sampai ke hati, manakala akhlak yang cantik pula adalah pintu-pintu terbuka dari hari menuju nikmat syurga dan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Pemurah.

"Akhlak keji adalah penyakit hati dan jiwa, penyakit yang menghilangkan kehidupan abadi. Penyakit yang menghilangkan nyawa badan tidaklah sama seperti penyakit yang boleh menghapuskan diri dan jiwa." (hal. xxiii-xxiv)

Itulah indahnya Islam, agama yang berpaksikan akhlak dan tauhid. Akhlak membawa makna perbuatan atau tingkahlaku yang baik (Amar Makruf) manakala perilaku yang buruk sangat ditegah (nahi mungkar). Ertinya, akhlak yang buruk membawa manusia ke dalam kediaman yang sangat menakutkan, yakni neraka. Tentunya, setiap umat Islam mengharapkan balasan syurga, tetapi, bukan semua yang mampu menggapainya, kecuali mereka yang bertaqwa.

Mereka yang bertaqwa bukan bermakna seluruh kehidupannya melajukan ritual ibadat, kerana Islam turut menetapkan hubungan horizontal yang wajib dilaksanakan, iaitu berbuat baik dengan setiap makhluk dan apa yang ada di dalam semesta. Setiap orang yang bertaqwa, tidak akan melakukan tindakan mengkhianati dan memusnahkan hak orang lain, jujur dan bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikerjakan, baik percakapan mahupun pertuturan.

Kebaikan itulah yang akan dikenang, manakala keburukan akan dikecam walaupun pelakunya telah meninggal dunia. Sebab itu manusia memerlukan insan yang boleh dijadikan teladan, namun insan begitu terlalu kurang berbanding manusia yang berfungsi sebagai model. Model, kadangkala semakin membentuk profesyen, profesyen yang melanggar prinsip akhlak. Tetapi, model sebegitulah cukup popular sehingga menjadi idola orang lain, termasuk generasi selanjutnya. Cuba kita tanya anak-anak kecil, siapakah orang yang mereka "ingin jadi".

Tentunya, ada yang menyebut ingin popular seperti artis mahupun selebriti. Tidak ada yang bertekad untuk berkata: Rasulullah adalah teladan kami. Kenapa? Sebahagian daripada ibu bapa pun tidak tahu dengan baik mengenai Rasululullah SAW. Kalau pun tahu, hanya sekadar seorang nabi, utusan Allah SWT dan melalui bagindalah Islam diturunkan.

Selainnya, mungkin hanya tahu tentang Rasulullah SAW sebagai pengamal poligami, kerana itulah yang dipopularkan oleh sebahagian lelaki, dan menjadi bahan kontroversi dalam kalangan masyarakat yang berfahaman perempuan (feminis). Sedangkan masih banyak sisi yang wajib diteladankan daripada Nabi Muhammad SAW, antaranya sikap dan perilaku baginda yang berjaya menyampaikan amanah Allah untuk membaiki akhlak manusia, mendisiplinkan manusia agar berbuat baik dengan setiap orang selain membebaskan diri daripada prasangka dan kegaduhan dalam diri.

Rasulullah adalah manusia, yang ada perasaan dan keinginan, tetapi perasaan dan keinginannya dipenuhi dengan hemah, tidak merosakkan orang lain. Baginda juga seorang dermawan, dan berjuang dengan adil, tidak mengambil hak orang lain, juga melakukan perbuatan rasuah dan menggunjing. Itulah sepatutnya setiap umat Islam lakukan, kerana rasuah dan menggunjing adalah dosa besar. Itulah yang wajib kita teladani, bukan bermodelkan kebendaan dan mencari jalan bagaimana mengumpul kekayaan tanpa ada rasa bersalah terhadap aturan dan susila.

Pesan Imam al-Ghazali: Hati manusia itu lemah. ia lebih cepat meniru daripada menimbang. Maka, hati-hatilah. Kerana, siapa yang dekat denganmu, dialah yang akan membentuknya."

Dan, kerana itu, al-Ghazali menjelaskan, "Yang menghalang daripada kemahuan pula ialah tiada keimanan.

"Punca tiada iman ialah tiada orang yang memberi petunjuk yang memperingati, para ulama Allah yang menunjukkan kepada jalan-Nya dan orang yang mengingatkan mengenai kehinaan dan kehancuran dunia serta kebesaran dan kekekalan urusan hari Akhirat. Manusia itu kalau, adakalanya begitu asyik dalam syahwatnya, tenggelam dalam tidurnya dan tiada pula ulama agama yang mengingatkan mereka." (Seni Memiliki Jiwa Yang Dicintai Tuhan...hal.169-170)

Kemudian, Jalaludin Rumi (1207-1273) penyair sufi terbesar yang pernah dilahirkan dalam "jiwa Islam" menasihatkan: Tidak ada suatu kehilangan yang menyakitkanmu, selagi tidak hilang kedudukanmu di sisi Allah."

KAMARUN KH

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com