NAK PILIIH SIAPA?

Ingatlah dalam ilmu politik ada istilah power tends to corrupt yang bermaksud 'kekuasaan cenderung kepada penyelewengan.' Maknanya pengertian kepimpinan itu sendiri adalah kekuasaan di mana ia boleh membawa seseorang lupa diri sehingga mengabaikan segala yang dijanjikan dan dicita-citakan. Akhirnya kehancuran yang akan diterimanya.

Justeru, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya kepimpinan itu akan menjadi kedudukan yang diperebutkan di antara kamu dan pada hari kiamat kelak hal itu akan menjadikan kamu penuh penyesalan." (Hadis riwayat Bukhari)

Banyak sekali contoh di sekeliling kita pemimpin yang tipikal, memiliki daya dan prinsip masing-masing. Ada pemimpin yang sangat menonjol prestasi kerja dan integritinya, tetapi tidak disayangi oleh pengikutnya kerana kelemahan dalam membina hubungan baik dengan orang lain. Dia seorang pemimpin yang kurang ramah dan tidak peka. Sebaliknya, ada seorang pemimpin yang sangat ramah dan peka serta pandai bergaul namun lembab dan kurang disiplin. Akibatnya, para pengikutnya tidak memiliki semangat juang meskipun dia seorang yang begitu menyenangkan. Bukan senang untuk mencari pemimpin yang benar-benar sempurna, disayangi, dipercayai, berkeperibadian dan kepimpinannya tahan ujian waktu.

Tidak banyak pemimpin yang benar-benar berjiwa besar tetapi lebih kepada besar nafsunya. Yang banyak dibicara ialah tentang projek itu dan ini, isteri berapa, jenis kereta yang dipandu dan yang dikira ialah harta kekayaan yang dimilikinya. Jauh sekali untuk mengambil secebis iktibar daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW yang sekadar tidur di atas tikar walhal baginda merupakan pemimpin besar jazirah Arab yang disegani pihak Rom dan Parsi.

Tuntutan mencintai ini harus berlandaskan ajaran agama, bukan hawa nafsu. Tidak sedikit pemimpin hari ini melaksanakan dorongan fitrahnya melalui jalan yang salah kerana awal-awal lagi niatnya telah salah dan bertujuan untuk kepentingan diri daripada membantu orang yang di bawah pimpinannya.

Bagi pemimpin yang meletakkan kemewahan menjadi matlamat utamanya, dengan sedikit kekuasaan di tangan, dia boleh melakukan 1,001 tipu daya dengan mengeksploitasi rakyat demi kepentingan diri. Dalam keadaan seperti ini rakyat bagaikan lembu dicucuk hidung, ditarik-tarik lehernya ke sana ke mari semahunya. Segala hajat hidupnya dihitamputihkan oleh sekelompok manusia yang disebut Allah SWT sebagai "para penguasa yang melakukan kejahatan, juga kerap disebut sebagai "orang yang hidup mewah". (Maksud al-Quran Surah Al-Isra’, ayat 16)

Pengaruh golongan ini cukup kuat dalam membentuk watak manusia agar menghormatinya. Jika ada siapa yang berani menentangnya maka orang yang berjaya dibelinya itu akan mempertahankannya dan ikut sama menentang. Bahkan tidak sedikit yang rela mati untuk membela tuannya, yang tidak lain para pemeras keringatnya.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan para pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan para ulama mereka menangani hukum dengan adil, juga Allah jadikan harta benda di tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan para pemimpin mereka orang-orang yang berakhlak buruk. Dijadikan-Nya orang-orang bodoh menangani hukum dan keadilan, dan harta benda dikuasai orang-orang yang kedekut." (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Lebih ditakuti lagi ialah peringatan Nabi Muhammad SAW dalam satu sabdanya yang bermaksud, "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana tetapi bila telah turun mimbar, mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk daripada bangkai." (Hadis riwayat At-Thabrani)

Kejayaan seseorang pemimpin sangat ditentukan oleh berapa besar dan luas pengaruhnya serta kesempurnaan kepimpinannya. Begitu banyak pemimpin yang berkaliber serta popular yang dilahirkan di dunia ini, tetapi pengaruh mereka hanya beberapa ketika sahaja. Sedikit demi sedikit pengaruhnya hilang ditelan zaman. Nama-nama seperti Winston Churchill, Jeneral MacArthur, Ronald Reagan, Maharaja Hirohito hanya tinggal kenangan, pengaruhnya boleh di katakan hampir ruyup.

Namun para pemimpin yang diturunkan oleh Allah s.w.t. seperti Nabi Muhammad s.a.w., Daud a.s., Musa a.s, Ibrahim a.s., Isa a.s., pengaruhnya begitu kuat hingga saat ini. Itulah yang disebut pemimpin abadi. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Hendaklah kamu berpegang kepada kebenaran, kerana sesungguhnya kebenaran itu memimpin kepada kebaktian, dan kebaktian itu membawa ke syurga (kebahagiaan), dan hendaklah tetap seseorang itu bersifat benar dan memilih kebenaran hingga dia tertulis di sisi Allah sebagai orang yang sangat benar, dan hendaklah kamu jauhi kedustaan kerana sesungguhnya kedustaan itu memimpin pada kederhakaan, dan kederhakaan membawa ke neraka (kehancuran) dan janganlah seseorang tetap berdusta dan memilih kedustaan hingga tertulis di sisi Allah sebagai pendusta. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kita boleh menyayangi orang lain tanpa memimpin mereka, tetapi kita tidak boleh memimpin orang lain tanpa menyayangi mereka. Kenyataan ini menggambarkan bahawa seseorang pemimpin harus mampu berhubungan secara baik dengan orang lain, dengan cara mencintai mereka. Seorang pemimpin tidak seharusnya hanya menunjukkan prestasi kerjanya sahaja.

Prinsip Bismillahirrahmanirrahim harus diterap dan diamalkan jika mahu disayangi oleh rakyat mahupun pengikut dan sering berusaha memahami serta menghargai setiap individu, selalu bersikap rahman dan rahim. Berbeza dengan teknik sekarang yang lebih menekankan pada teknik luar, walhal, Nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada kulit tersebut. Baginda mengutamakan `kecantikan dalaman' yang begitu memukau tanpa cacat celanya. Inilah formula kejayaan dakwah baginda melalui teladan dan prinsip kepimpinannya.

Hak setiap orang ditunaikannya. Pandangannya kepada orang yang lemah, terhadap yatim piatu, orang yang sengsara dan miskin adalah pandangan seorang bapa yang penuh kasih, lemah lembut dan penuh mesra. Sikap rahman dan rahim Rasulullah itu yang menjadi landasan pada detik-detik awal perjuangannya. Sikap ini terbukti efektif bagi membangun suatu pengaruh dan sebagai tangga pertama kepemimpinannya. Nabi Muhammad s.a.w. telah melalui tangga ini untuk menjadi seorang pemimpin yang dicintai. Beliau juga adalah seorang yang sangat jujur, sehingga digelar Al-Amin atau orang yang sangat dipercayai.

Siapakah yang telah menjadikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama yang dibaiat atas nama al-Quran dan Sunnah, sehingga para sahabat terharu dan menangis kerananya? Siapakah yang telah menjadikan Umar ibnu Al-Khattab berdiri gagah memakai baju yang sudah compang-camping pada hari Jumaat sedangkan perutnya berbunyi kerana lapar. Kemudian Umar berkata kepada perutnya sendiri, Kamu berbunyi atau tidak, demi Allah kamu tidak akan merasa kenyang sebelum anak-anak kaum Muslim merasa kenyang.Siapakah yang telah menyebabkan Kisra dan Kaisar penguasa dua kerajaan terbesar dunia waktu itu menjadi panik seperti tidak sedarkan diri ketika disebutkan nama Umar ibnu Al-Khattab di istana dan kerajaan mereka.

Pemimpin tidak akan berhasil memimpin orang lain apabila dia belum berhasil memimpin dirinya sendiri. Pemimpin harus menjelajahi dirinya sendiri dan mengenali secara mendalam siapa dirinya yang sebenar. Sebelum dia memimpin keluar, dia harus memimpin ke dalam dirinya. Pekerjaan inilah yang sebenarnya paling berat. Memimpin diri sendiri melawan hawa nafsu adalah satu disiplin diri. Disiplin diri ini adalah bagaimana untuk mencapai apa yang amat diharapkan dengan tidak melakukan hal-hal yang diinginkan.

Musuh yang paling berat sebenarnya adalah diri sendiri, dan seorang pemimpin harus mengenali siapa lawan dan siapa kawan di dalam dirinya. Tanpa pengetahuan tentang hal ini maka dia akan menjadi hamba yang lahir dari janin pemikiran yang diciptakannya sendiri.

Lebih jauh lagi apabila kita menyelusuri al-Quran dan hadis yang menetapkan empat sifat harus dipenuhi oleh para Nabi yang pada hakikatnya adalah pemimpin umatnya. Pertama, Al-Siddiq iaitu melaksanakan kebenaran dan kesungguhan dalam berucap, serta berjuang melaksanakan tugasnya.

Kedua, Al-Amanah atau kepercayaan, yang menjadikan ia memelihara sebaik-baiknya apa yang diserahkan kepadanya - baik amanah daripada Allah mahupun daripada orang yang dipimpinnya.

Ketiga, Al-Fathanah iaitu kecerdasan yang melahirkan kemampuan menghadapi dan menangani persoalan-persoalan semasa.

Keempat, Al-Tabligh iaitu penyampaian yang jujur dan bertanggungjawab serta mengamalkan sikap keterbukaan. Ini ditambah dengan sikap sabar, tabah, mengamalkan kebajikan, menunaikan solat, serta berkeyakinan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pemimpin dan pengikut yang lahir dari tarbiah ini akan selalu memegang prinsip tauhid bahawa ana Muslim qabla kulli syai (saya Muslim sebelum segala sesuatu yang lain),'' sehingga mereka hanya akan menjadikan Islam sebagai satu-satunya acuan dalam setiap pemikiran, langkah dan sikap.

Seseorang pemimpin tidak perlu banyak bicara, cukuplah hanya memberi teladan dengan perbuatan yang mana ia lebih jelas dari perkataan. Keteladanan lebih dalam pengaruhnya dibanding dengan jutaan perintah dan bicara tanpa realisasi. Terpenting lihatlah keteladanannya, barulah kita membuat pilihan yang tepat.

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com