NAMPAK PANDAI, TAPI TIDAK CERDIK

Menduduki peperiksaan SPM dan dibuang sekolah dua perkara yang berbeza..

Hukuman "buang sekolah" adalah tindakan yang paling tegas dalam sistem pendidikan ke atas para pelajar yang melanggar disiplin.

Menduduki peperiksaan awam adalah HAK yang dijamin untuk setiap orang, walaupun calonnya adalah mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dalam undang-undang jenayah. Hatta, dalam kamus pendidikan di Malaysia, ada banduan digalakkan untuk belajar hingga ke peringkat pendidikan tinggi walaupun dihalang oleh jeriji besi untuk ke sekolah atau ke universiti.

Jadi, kekesalan Ketua Pemuda PAS terhadap pelajar, calon SPM yang dilaporkan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dibenarkan mengambil peperiksaan ternyata satu gesaan yang cukup bodoh dan tidak menghormati yang dijamin oleh undang-undang negara.

Ia bukan keputusan baharu membenarkan mereka yang didakwa atau mereka yang bersalah menduduki peperiksaan awam. Hak itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, walaupun pelajar itu dikenakan tindakan buang sekolah.

Jadi, sebelum buat gesaan dan merasa kesal dengan apa yang telah diputuskan, rujuklah terlebih dahulu kepada peraturan-peraturan dalam Akta Pendidikan, bukan buat keputusan berdasarkan emosi semata-mata. Memang, setiap orang marah bila kejadian rogol berlaku dalam kelas, bahkan di luar sekolah juga setiap daripada rakyat Malaysia akan mengecamnya.

Tetapi, apakah setiap daripada kita bersedia mengambil tanggungjawab penuh bagaimana untuk memperbaiki keadaan atau mengawalnya? Apakah setiap daripada kita sudah cukup baik bertindak dan memenuhi makna kehidupan bermoral? Apakah kita berfikir dan bertindak sesuai dengan ajaran agama, lantas menjadi pengawal dan pendidik yang kompeten dalam menyemai gaya hidup sebagai seorang agamawan, baik pada ucapan dan juga tindakan?

Apakah setiap daripada kita melakukan tanggungjawab untuk memugar nilai dan budaya yang kita sendiri anggap tidak patut dan bertentangan dengan agama atau budaya atau norma baik sosial?

Kata bekas seorang pendidik, kejadian rogol di sekolah atau bilik darjah boleh dihalang sekiranya para guru rajin meronda-ronda sekitar sekolah, termasuk di setiap bilik darjah. Ini kerana dengan cara itu, guru dapat mengesan lebih awal perihal yang boleh mendatang syak wasangka.

Guru akan mengenali perwatakan seseorang walaupun pelajar terbabit bukan ahli kelas yang dijaganya; juga mampu mengesan petanda awal terhadap sesuatu yang dianggap menyimpang.

Sebelum pulang, guru pastikan bahawa setiap kelas atau bilik darjah kosong, kecuali bagi sekolah yang melaksanakan sistem dua sesi. Bilik darjah itu wajar dikunci.

Namun, bila Ketua Pemuda PAS bertindak sedikit kejam, setiap daripada kita merasa marah, sebabnya, menduduki peperiksaan tidak ada kaitannya dengan perlakuan jenayah. Tindakan buang sekolah adalah hukuman akibat perlakuan yang melanggar disiplin, juga berkaitan jenayah. Dalam undang-undang negara, walaupun seseorang itu bersalah, dihukum penjara haknya untuk mendapat pendidikan tidak boleh dinafikan, dibenarkan menduduki peperiksaan awam walaupun tidak lagi bersekolah, sebagai calon persendirian.

Bahkan, dalam penjara disediakan kemudahan bagi banduan untuk belajar, dalam keadaan terkawal dan bukan bebas sebagaimana pelajar biasa. Kita mungkin pernah dengar konsep "belajar dari jeriji besi" atau "sekolah dalam penjara" mahupun mendapat pendidikan tinggi menerusi "jarak jauh", secara dalam talian dan sebagainya.

Nampaknya, Ketua Pemuda PAS cuba menjadi 'hero' dengan percibaan untuk menjadikan hak seseorang itu mendapat pendidikan hanya kerana ada kaitan dengan perlakuan jenayah, yang dikatakan "dosa besar" itu. Seolah-olah mereka yang melakukan 'dosa besar" tidak ada tempat dalam kehidupan, atau membaiki hidupnya pada masa depan, walhal dalam bingkai agama masih terbuka jalan untuk pendosa untuk kembali ke pangkal jalan.

Dengan pendidikan, asuhan dan keinsafan yang muncul kemudiannya, ia mungkin menjadi lebih baik, jadi peluang untuk seseorang itu berubah tetap ada, kecuali dihukum mati. Hukuman mati sudah hampir tidak ada lagi. Ini bermakna, setiap orang berpeluang untuk belajar, atau menduduki peperiksaan awam jika ada kemahuan, kerana tidak ada syarat bahawa untuk mengambil peperiksaan awam itu bebas daripada pertuduhan jenayah; juga mesti merupakan seorang pelajar sekolah.

Kalau tak tahu, carilah pengetahuan sebelum bercakap tanpa semberono, nanti dianggap nampak pandai tapi tidak cerdik. Dibenarkan menduduki peperiksaan SPM bukan bermakna "menghina maruah bangsa" dan "memberikan gambaran seolah-olah jenayah rogol boleh dimaafkan atas alasan pendidikan."

Nampak benar beliau cukup beremosi dan bercakap sangat politis. Ini kerana beliau adalah cukup "kecewa" dengan apa yang berlaku ketika menterinya adalah daripada parti yang menjadi musuh politik, yang sedang dikeronyokkan. Namun, setakat ini, tindakan mengecam belum berjaya menjatuhkan kerajaan walaupun menjadi peneraju utama "Turun Anwar" bulan Julai lalu.

Oleh kerana emosi politiknya cukup bencikan kerajaan, maka apa sahaja akan diserangnya walaupun serangannya tidak tepat. Kali ini, serangan yang dibuatnya cukup terserlah "semberono" dan menampakkan dirinya tidaklah "cukup pandai" tetapi berusaha untuk "memandai-mandai".

Kebenaran menduduki peperiksaan SPM bukan bermakna "tidak ada apa-apa" dan "sembunyi sampah bawah karpet". Proses menghukum pesalah bukan tanggungjawab KPM, ia adalah proses undang-undang di luar tanggungjawab KPM. KPM tidak "sembunyikan sampah", kekal memberikan kerjasama pihak bertanggungjawab melakukan siasatan dan mendakwa mereka yang dituduh tersebut.

KAMARUN KH

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com