NARATIF MAZHAB HANYA DONGENG, YANG DIPERTAHANKAN SEBENARNYA ADALAH TAKHTA

Apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan mengejut ke atas Iran ketika rundingan sedang berlangsung di Geneva, dunia menyaksikan satu tindakan yang amat agresif dan tidak bertanggungjawab. Ratusan jet pejuang digunakan. Serangan itu turut menyasarkan dan membunuh kepimpinan tertinggi Iran termasuk Rahbar, Ayatollah Ali Khamenei.

Lebih menyayat hati, serangan udara tersebut telah mengorbankan kanak-kanak sekolah, dengan laporan menyebut lebih 160 orang terkorban. Dunia menyaksikan bagaimana kuasa ketenteraan terbesar di dunia bergabung dengan Israel melancarkan serangan yang membawa ramai korban awam.

Beberapa jam kemudian, Iran bertindak balas. Keseluruhan kekuatan ketenteraannya digerakkan untuk menyerang Israel dan juga menyasarkan pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah, termasuk di Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, UAE dan Qatar iaitu lokasi yang digunakan Amerika untuk melancarkan serangan terhadap Iran.

Ada pihak cuba menggambarkan konflik ini sebagai peperangan mazhab, kononnya kebangkitan Syiah. Bagi saya, tafsiran itu tidak tepat dan terlalu simplistik.

Jika benar ia soal mazhab, mengapa banyak negara Arab Sunni tidak menyokong Iran dalam konfrontasi ini, sedangkan Israel telah merampas bumi Palestin, melaksanakan Nakba 1948 yang menghalau lebih 700,000 rakyat Palestin dari tanah air mereka, dan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini menyaksikan puluhan ribu nyawa terkorban dalam konflik yang berpanjangan? Rumah, tanaman dan kehidupan rakyat Palestin dimusnahkan, di mana solidariti pemimpin Arab Sunni?

Sejarah telah menunjukkan bahawa isu kuasa sering mengatasi isu mazhab. Syed Qutb, tokoh pemikir Islam, dihukum gantung oleh pemerintah yang juga bermazhab Sunni. Imam Hassan al-Banna ditembak oleh Sunni. Dan apabila Ikhwanul Muslimin memenangi pilihan raya secara demokratik di Mesir dengan Dr. Mohamed Morsi dilantik sebagai Presiden, kerajaan itu digulingkan melalui sokongan dan pembiayaan daripada negara-negara Arab Sunni sendiri.

Jika benar pertimbangan utama ialah isu mazhab, mengapa Ikhwan dan Dr. Morsi tidak dipertahankan? Mengapa gerakan-gerakan Sunni tertentu disekat dan aktivisnya menjadi persona nan grata, dengan tidak dibenarkan masuk ke beberapa negara Arab?

Realitinya, konflik hari ini bukan soal Syiah atau Sunni. Ia soal kepentingan kuasa dan kelangsungan pemerintahan mereka. Umat Islam melihat pemerintah Arab Sunni lebih bimbang kehilangan takhta sekiranya berdepan Israel dan Amerika Syarikat, berbanding mempertahankan prinsip keadilan sejagat.

Sejarah mengajar kita bahawa tidak semua manusia akan bersatu dalam satu pendirian. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri, sebagai contoh terbaik umat manusia, pernah berdepan penentangan dan ancaman pembunuhan.

Oleh itu, menuduh bahawa peperangan Iran–Israel hari ini adalah peperangan mazhab adalah naratif yang tidak tepat. Mazhab hanya dijadikan alasan. Hakikatnya, pertimbangan politik dan kepentingan kuasa lebih dominan daripada sentimen sektarian.

Ingat! ada “Sunni” buatan Britain dan ada “Syiah” buatan Britain. Tujuannya untuk memecah-belahkan umat. Selain isu mazhab, mereka juga mainkan isu komunis dan pengganas untuk terus menakut-nakutkan dan memecah-belahkan umat. Sampai bila umat nak terus terperangkap dalam agenda sektarian ini?

Yang perlu ditegaskan ialah prinsip keadilan dan kemanusiaan, bukan sentimen mazhab yang diputar untuk mengaburkan isu sebenar.

Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara

Sabtu, 14 Mac 2026.

 

Sumber: .facebook.com/ Mohamad Sabu 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com