PENYATUAN UMMAH: ADAKAH SEKADAR SLOGAN POLITIK ATAU PENYELESAIAN UNTUK RAKYAT JOHOR?

Oleh Iskandar Khoo Kuan Yiaw, Ahli Prowaris

KONSEP penyatuan ummah merupakan satu gagasan yang baik jika matlamatnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam, mengurangkan perpecahan dan membangunkan negara. Namun, persoalan yang perlu ditanya oleh rakyat Johor ialah: apakah maksud sebenar penyatuan ummah dalam konteks pilihan raya?

Adakah penyatuan ummah hanya bermaksud kerjasama antara parti-parti politik Melayu-Islam? Atau adakah ia sepatutnya membawa penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan seluruh rakyat?

Pada pandangan saya, penyatuan ummah tidak boleh diukur semata-mata melalui siapa bekerjasama dengan siapa. Penyatuan ummah yang sebenar mesti diterjemahkan melalui dasar yang memperkukuhkan kehidupan umat.

Jika benar matlamatnya adalah untuk menyatukan umat, maka keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha membina ekonomi umat, menyediakan pekerjaan bergaji tinggi kepada anak-anak muda, meningkatkan mutu pendidikan, memperkukuhkan institusi keluarga, mengurangkan kos sara hidup serta memastikan pentadbiran yang amanah dan cekap.

Sebaliknya, apa yang lebih banyak diperdebatkan dalam kempen politik ialah soal kerjasama politik dan penyusunan parti. Malah, terdapat gesaan supaya penyokong Perikatan Nasional mengundi Barisan Nasional di kawasan yang tidak ditandingi PN atas nama penyatuan ummah.

Sudah tentu penyokong pendekatan tersebut berhak mempertahankannya sebagai strategi politik. Namun rakyat juga berhak bertanya sama ada penyatuan ummah itu sedang digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat atau lebih tertumpu kepada penyusunan kerjasama politik.

Johor hari ini berhadapan dengan cabaran yang jauh lebih besar.

Negeri ini sedang berkembang sebagai hab pusat data terbesar di rantau ini. Pelaburan ini membawa peluang ekonomi, tetapi pada masa yang sama meningkatkan permintaan terhadap bekalan air dan tenaga. Apakah pelan bagi memastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan air kepada rakyat Johor?

Johor juga perlu bersedia menghadapi risiko gegaran gempa bumi serantau yang pernah dirasai beberapa kali sebelum ini. Dengan semakin banyak infrastruktur strategik seperti pusat data, pelabuhan dan kawasan industri dibangunkan, apakah dasar yang dicadangkan bagi memastikan semua pembangunan memenuhi piawaian keselamatan serta mempunyai pelan kesiapsiagaan bencana yang mantap?

Di samping itu, rakyat mahu mengetahui apakah strategi untuk menarik pelaburan bernilai tinggi, mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi, membantu perusahaan kecil dan sederhana, meningkatkan sistem pengangkutan awam, membina lebih banyak rumah mampu milik dan mengurangkan kos sara hidup.

Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi agenda utama pilihan raya.

Pada hemat saya, penyatuan ummah yang sebenar bukanlah penyatuan parti politik, tetapi penyatuan usaha untuk menyelesaikan masalah umat. Jika umat masih bergelut dengan kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, perumahan dan pembangunan ekonomi, maka keutamaan politik seharusnya diberikan kepada penyelesaian terhadap isu-isu tersebut.

Dalam sebuah demokrasi yang matang, rakyat tidak hanya menilai slogan. Mereka menilai keupayaan parti untuk mentadbir, menyelesaikan masalah dan merancang masa depan negeri.

Penyatuan ummah akan lebih bermakna apabila ia diterjemahkan dalam bentuk dasar yang meningkatkan kesejahteraan umat, bukannya hanya menjadi slogan atau strategi politik semasa pilihan raya. Itulah penyatuan yang benar-benar akan memberi manfaat kepada rakyat Johor dan Malaysia.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com