PERCONGAKAN PRN JOHOR

Oleh A Kadir Jasin

KALAU ikut tempoh asal, Dewan Undangan Negeri Johor sah hingga April 2027 iaitu lima tahun daripada Pilihan Raya Negeri 2022.

2. Daripada pandangan mata kasar, tidak nampak ada keperluan yang mendesak bagi membubarkan DUN dan mengadakan PRN hampir setahun lebih awal.

3. Kerajaan negeri kuat. Daripada 56 kerusi, Barisan Nasional saja ada 40 (33 Umno, 4 MCA dan 3 MIC). Campur 12 kerusi “confidence & supply” daripada Pakatan Harapan (10 DAP, 1 PKR dan 1 Amanah) jadi 52. Pembangkang ciput. Empat kerusi saja. Bersatu 2, PAS 1 dan Muda 1.

4. Ditambah sokongan padu Istana Johor, Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, adalah harimau tunggal di atas bukit.

5. Namun semalam, 1 Jun, cucu Almarhum Hussein Onn itu mengumumkan pembubaran DUN setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan, Tengku Mahkota Ismail.

6. Kalau kestabilan dan kekuatan kerajaan negeri bukan matlamat utama memanggil PRN lebih awal maka apakah tujuannya?

7. Adakah PRN Johor ini cara Umno dan BN menguji dasar “go solo” (bergerak bersendirian” mereka?

8. Pada 3 Mei lalu, media massa melaporkan yang Presiden Umno merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan Umno dan BN hampir pasti bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16.

9. Boleh jadi Umno-BN bertujuan menjadikan PRN Johor sebagai alasan melafaskan cerai terhadap PH.

10. Johor adalah tempat terbaik melafaskan talak kerana Umno kuat di negeri itu dan rakan kongsi “confidence & supply” dari PH adalah DAP.

11. Selain mendapatkan talian hayat untuk Umno dan Ahmad Zahid selepas kalah teruk dalam PRU Ke-15, persepakatan dengan PH nampaknya merugikan Umno dalam jangka masa panjang.

12. Hal ini terbukti dalam pilihan raya enam negeri pada 2023. Umno dan PKR kalah teruk. Majoriti ahli dan penyokong Umno menolak kerjasama dengan PH di mana DAP adalah parti dominan.

13. Mengenai PRN Johor 2022, daripada 2,539,606 pemilih, hanya 54.92 peratus keluar mengundi. Satu peratusan yang rendah seolah-olah ada gerakan boikot.

14. BN masuk PRN itu sebagai pihak yang kalah dan PH yang menang. Ini adalah kerana dalam PRN 2018, BN menang 19 kerusi dan PH 28. Tetapi BN muncul sebagai pemenang dengan 40 kerusi dan PH tewas dengan memperoleh 12 kerusi saja.

15. Kesimpulannya, PRN Johor kali bukan sekadar manifestasi keyakinan Umno, tetapi boleh berubah menjadi permulaan kepada pengakhiran kerjasama BN-PH.

16. Setidak-tidaknya langkah itu telah pun mencetus perselisihan dalam DAP yang menyaksikan penarikan diri ADUN Skudai, Marina Ibrahim. Semalam beliau mengumumkan tidak akan bertanding walaupun ditawarkan kerusi oleh partinya.

Sekian.

Terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1D8bjDSKgg/?mibextid=wwXIfr

Petikan daripada bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com