PRU 16: RAKYAT WAJIB TOLAK PEMIMPIN PENGECUT

“Kerosakan rakyat adalah berpunca daripada kerosakan pemerintah. Dan kerosakan pemerintah adalah berpunca daripada kerosakan ulama. Manakala kerosakan ulama pula, berpunca daripada kecintaan mereka kepada harta, pangkat, dan kedudukan dunia.”

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

RAIN Rave Water Music Festival telah melabuhkan tirainya pada malam 2 Mei 2026. Ia bukan budaya Malaysia. Ia bukan hiburan warisan. Tetapi ia merupakan kerosakan moral berskala industri yang ditaja kerajaan, di tengah-tengah ibu kota negara kita.

Hari ini, rakyat Malaysia terpaksa menelan satu realiti politik yang memualkan.

Kita sedang melihat satu corak pentadbiran yang menikus. Kita mesti bertanya secara terbuka: Mengapa Perdana Menteri dan keseluruhan jemaah kabinet dan yang paling diharapkan oleh umat Islam Menteri agama seolah-olah hilang arah dan hilang punca, apabila berdepan dengan mentaliti songsang menteri-menteri bukan Islam di dalam kerajaan?

Isu menteri menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan. Isu ADUN mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang penternakan babi. Justeru adakah kedudukan kerusi kerajaan itu terlalu rapuh, sehinggakan kita terpaksa menunduk dan menggadaikan maruah agama?

Pesta hedonistik besar-besaran seperti Rain Rave telah diadakan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan dan sokongan kementerian.

Persoalannya, di manakah suara ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini dikenali sebagai seorang aktivis Islam yang prihatin terhadap naluri umat Islam?

Di manakah Amar Makruf Nahi Mungkar yang sering disyarahkan di majlis-majlis ilmu?

Mengapa PMX dan kabinet pimpinannya tiada kekuatan untuk menegur, jauh sekali membatalkan kerosakan budaya yang dibawa oleh menteri-menteri ini?

Dikatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak hadir untuk menutup acara tersebut. Adakah itu sahaja yang pemimpin Muslim mampu lakukan?

Hal ini bukan soal anti-bukan Muslim, tetapi soal pentadbiran negara. Apabila seorang menteri berfikir bahawa merosakkan anak muda dengan pesta maksiat terbuka adalah satu tarikan pelancongan, itu menunjukkan mentaliti dasar yang senget dan songsang.

Tetapi yang lebih memalukan ialah apabila kepemimpinan tertinggi negara dan menteri agama di dalam kabinet yang sama, memilih untuk diam seribu bahasa hanya kerana takut mengguris hati rakan sekutu politik.

Gagasan Malaysia Madani yang kononnya berpaksikan tamadun dan tata-susila hancur lebur. Tetapi jika menteri kabinet sendiri bebas menaja kelalaian haiwani atas nama hiburan, maka Madani hanyalah sekadar perkataan plastik yang tidak mempunyai sebarang nilai.

Perlukah Rakyat Merusuh? Perlukah rakyat turun di jalanan untuk melalak mendesak program dihentikan? Satu perkara yang sangat konsisten mengenai pentadbiran kerajaan hari ini: Mereka lambat bertindak dan sentiasa bersifat reaktif.

Teguran ulama, Mufti, dan agensi agama seringkali dipinggirkan di atas meja rundingan teratas.

Ia seolah-olah kerajaan ini sengaja menguji tahap kesabaran majoriti umat Islam. Jadi, kita lemparkan persoalan ini secara langsung kepada Putrajaya: Apakah perlu rakyat turun ke jalanan mengadakan demonstrasi yang penuh emosional dan kemarahan, barulah kerajaan mahu menentukan arah dan pendirian?

Adakah menteri-menteri ini hanya akan sedar dan bekerja apabila rakyat mengamuk? Jika teguran berhemah dari Mufti dipandang sepi, dan bantahan rasmi agensi agama tidak dipedulikan, maka apakah pilihan yang tinggal untuk rakyat marhaen bagi melindungi kesucian agama di negara mereka sendiri?

Kerajaan yang hanya bertindak selepas ditekan oleh kemarahan awam adalah sebuah kerajaan yang gagal berfungsi.

Dan hipokrasi ini menjadi lebih menjengkelkan apabila kita melihat realiti ekonomi. Di saat kabinet sibuk merasionalisasikan subsidi, memotong bajet pendidikan dan kesihatan atas nama penyelamatan ekonomi, dan memaksa rakyat ikat perut; di saat itulah juga jutaan ringgit wang beredar, logistik dihabiskan, dan air bersih dibazirkan untuk pesta sia-sia di Bukit Bintang.

Para agamawan pengampu sering mengingatkan rakyat supaya bersabar dengan ujian ekonomi. Tetapi pernahkah mereka bersuara lantang menegur pembaziran ke atas pesta maksiat ini?

Jangan jadi bisu semata-mata demi menjaga kelangsungan politik Perdana Menteri.

Kalian memuji beliau apabila majlis agama dianjurkan, maka berlaku adillah. Pujilah juga “kebijaksanaan” pentadbiran ini dalam meluluskan pesta liar yang merosakkan jiwa bangsa.

Berlaku adillah, wahai para pengampu! Jangan hanya memuji ketika majlis agama, tetapi bisu ketika maksiat dianjurkan.

Kita ingin mengingatkan golongan ini dengan satu amaran dari Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Beliau mencatatkan: “Kerosakan rakyat adalah berpunca daripada kerosakan pemerintah. Dan kerosakan pemerintah adalah berpunca daripada kerosakan ulama. Manakala kerosakan ulama pula, berpunca daripada kecintaan mereka kepada harta, pangkat, dan kedudukan dunia.”

Inilah realiti pahit yang sedang menimpa pentadbiran hari ini. Kabinet dan kepemimpinan hilang arah kerana ulama dan agamawan yang mengelilingi mereka telah hilang keberanian.

Apabila periuk nasi, jawatan rasmi, dan elaun GLC menjadi keutamaan, maka amar makruf nahi mungkar dikorbankan.

Stail kepemimpinan lemah kesopanan dan toleransi umat Islam sentiasa diperkudakan oleh pemimpin politik. Toleransi bukan bermaksud kita menundukkan kepala membiarkan maksiat bermaharajalela di tempat awam.

Rain Rave dan pesta-pesta sewaktu dengannya bukan budaya Malaysia. Ia adalah barah yang merosakkan ketamadunan.

Kepada PMX dan kabinetnya hari ini: Jangan tunggu rakyat hilang sabar. Sudah tiba masanya pimpinan politik negara disental dan digosok mindanya agar sedar, bahawa kalian diundi bukan untuk tunduk kepada desakan hedonistik segelintir elit dan menteri bermentaliti songsang, tetapi untuk mempertahankan agama, moral, dan masa depan generasi ini. Jika tidak mampu, serahkan kerusi itu kepada mereka yang berani.

PRU 16 ini nanti akan menjadi penentu jangka hayat kerajaan perpaduan, sama ada hidup atau mati.

Bukan tiada pilihan lagi, kita wajib menolak seluruh pimpinan-pimpinan najis ini.

Allah SWT hidup, dan Allah memerhatikan semuanya. Mustahil Allah membiarkan bumi-Nya ini diinjak oleh manusia yang kotor, najis yang tak layak menghuni di atasnya.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com