REAKSI DAN KONTROVERSI

Dua minggu lepas meletup pasal tidak berkenannya Sultan Selangor "ternakan babi' di negeri yang dikatakan cukup ramai pemakan daging babi di Malaysia. Sultan Selangor tetap bertegas, tidak akan ada ternakan babi di negeri itu walaupun dilaksanakan secara moden.

Isu ternakan babi di Selangor bukan isu baharu, ia sudah lama diperjuangkan oleh penternak babi, suku sakat mereka dan ahli politik. Lebih menyedihkan bila ada ahli politik kaitkan "makan babi" dengan rasuah. Orang Melayu "tidak makan babi" tetapi ramai yang menerima rasuah. Orang bukan Melayu, makan babi tetapi kecil bilangan penerima rasuah, tetapi tidak pula mereka bertanya, siapakah yang paling ramai memberikan rasuah.

Selepas isu ternakan babi, muncul pula isu "menghina sahabat Rasulullah" sebelum bersyahadah Setiap orang, iaitu ketika masih dalam era jahiliyah. Secara umum, jahiliah itu bermakna jahil dan tidak bebas. Setiap orang tertakluk kepada hukum kabilah sendiri dan kadangkala hukum nafsu.

Boleh berzina, minum arak dan menzalimi golongan yang lemah (ceti), sehingga merampas isteri orang atau "ambil gitu saja anak dara orang".

Kontroversi ini dicetuskan oleh seorang wakil rakyat PAS yang memang sudah lama dilihat celupar dan berceramah tidak menurut hukum ceramah yang baik. Kesendengan jadinya cukup menampakkan kaedah falasi, dengan tujuan menyampaikan rasa benci kepada kerajaan yang memerintah. Namun, setelah dua hari klip video tular, beliau memohon maaf dan memaafkan semua mereka yang memberikan reaksi, mengakui terkhilaf.

Hujung minggu ini muncul satu lagi isu, yang kalau tidak teruskan dengan betul, orang Melayu akan menyalahkan Kerajaan Madani kerana "memberi peluang" pemegang UEC memasuki universiti awam. Sebelumnya, pemegang UEC tidak berpeluang kecuali universiti swasta dan pertimbangan khusus secara "One off" dilatih sebagai calon guru di IPGM.

Bagi masyarakat awam, membuka laluan adalah langkah awal kepada pengiktirafan, sebagai langkah mengkhianati semangat dasar pelajaran kebangsaan. Dengan terbukanya peluang, ada sedikit sinar dalam kamus perjuangan guru-guru dan pelbagai pengurusan sekolah persendirian Cina, yang pada suatu ketika menggunakan pelbagai alasan untuk tidak berada dalam sistem pendidikan arus perdana.

Mereka cukup lantang untuk tidak menerima, kerana mereka tetap mempertahankan penemuan dalam Laporan Fen-Yu, yang diadakan sebagai reaksi balas kepada Laporan Barnes.

Bagi mereka, seseorang itu akan dapat belajar dengan berkesan jika bahasa pengantar adalah bahasa ibunda, bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dalam masyarakat. Laporan itu digunakan sebagai sanggahan untuk menolak cadangan dalam Laporan Razak, dan juga beberapa cadangan dasar selepas itu.

Tahun 1980-an bersama-sama parti politik, mereka mendesak agar kerajaan membenarkan penubuhan Universiti Merdeka, akhirnya ditolak. Walaupun ditolak, ia memberikan ruang penubuhan IPTS yang berteraskan pendidikan berbahasa Cina/Mandarin. Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Kolej Universiti Era dan beberapa buah lagi bagi menampung lulusan sekolah vernakular.

Awal tahun 2000, ketika Malaysia berhasrat menjadikan negara sebagai hub pendidikan serantau, mereka mula memperkemaskan sistem pendidikan Cina, dan melihat satu perubahan besar.

China diramalkan sebagai kuasa ekonomi dunia, dan keperluan mereka yang mahir berbahasa Mandarin cukup terbuka luas. Lantaran itu, mereka giat mencantas apa saja usaha kerajaan untuk menyatukan sistem pendidikan menjadi satu aliran.

Akhir 1990-an, mereka cuba mencantas peluasan Sekolah Wawasan walaupun sebahagian daripada pemimpin politik Cina berada dalam kerajaan. Dalam kabinet mereka bersetuju, tetapi Huatuan menjadi saluran untuk menyuarakan "kemarahan" aktivis pendidikan Cina.

Mereka ikut menentang kemasukan bukan Melayu ke sekolah kebangsaan, dan melabelkan sekolah kebangsaan sebagai wadah menyuburkan Islamisasi. Ini kerana, tuntutan sebahagian besar orang Melayu sendiri untuk mendidik anak-anak dengan pakaian yang menutup aurat manakala ditekankan pelajaran pendidikan Islam bagi membendung masalah sosial yang mula membarah.

Kanak-kanak diajak untuk berjemaah selepas waktu sekolah, sebelum pulang. Atau kanak-kanak yang berada pada sesi petang, datang ke sekolah awal untuk berjemaah zohor dan sebelum pulang solat asar. Pembabitan itu menimbulkan emosi negatif kepada bukan Melayu, kaku menuduh sebagai kaedah Islamisasi.

Kemudian, ketika KPM sibuk memperkemaskan sistem pendidikan, menamatkan PPSMI, muncul pula reaksi menentang kerana seluruh kurikulum akan diajar dalam bahasa kebangsaan. Mereka menentang MBMMBI, dan menyebabkan take-off sepenuhnya menjadi lambat.

Namun, ketika muncul PPPM 2013-2025, mereka melihat penambahan waktu pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah vernakular sebagai suatu strategi untuk menenggelamkan sastera dan bahasa Mandarin.

Asasnya tidak mereka ingin faham dengan baik. Tujuan waktu belajar bahasa kebangsaan ditambah ialah untuk menyediakan para pelajar tidak akan menduduki jelas-jelas pemulihan setelah tamat sekolah rendah. Ini kerana, sekolah menengah semua mata pelajaran dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan.

Hasilnya, muncul kompromi untuk diadakan DLP, dual language programme di sekolah, tetapi ia merupakan "blanket approval" dan di senja sekolah. DNA DLP dianggap sama atau mirip dengan PPSMI.

Namun, setiap sekolah yang bercadang melaksanakan DLP perlu memohon, dengan persetujuan PIBG. Hanya satu kelas sahaja dibenarkan bagi setiap sekolah yang diluluskan. Sedikit sebanyak memberikan kelegaan, namun muncul pula DLP dalam bahasa Mandarin di sekolah menengah kebangsaan. Jadi, DLP ada dua versi, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Sebahagian besar pelajar DLO adalah bukan Melayu. Pelajar Melayu juga tetap ada, namun hasilnya, mereka lebih mahir berbahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan.

Tahun lalu, DAP yang lantang memperjuangkan pengiktirafan UEC terduduk malu apabila dihukum oleh pengundi Sabah dengan kekalahan besar. Dalam PRN Sabah, walaupun isu UEC tidak menonjol, tetapi dilihat sebagai tanda amaran buat DAP. Sebab itulah DAP berjanji akan mendapat pengiktirafan mengenainya, dan mengancam akan keluar daripada kerajaan madani jika gagal. DAP memberikan tempoh dalam masa enam bulan.

Jadi dengan "membuka peluang" untuk kemasukan ke universiti awam dengan syarat lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah dalam SPM dilihat memberikan sedikit cahaya. Dua subjek itu merupakan syarat asas kepada semua rakyat Malaysia, sama ada mereka mengikut sistem pendidikan arus perdana, sekolah antarabangsa, sekolah-sekolah agama mahupun sekolah apa pun.

SPM tetap menjadi asas atau prasyarat yang tidak dapat dikompromi. Ini bermakna tanpa SPM seseorang rakyat Malaysia tidak diterima kemasukan ke universiti awam.

SPM tetap menjadi teras yang diambilkira. Jadi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, ia tidak bermakna UEC diiktiraf, ia hanya "membuka laluan". PMX tetap dengan pendirian, SPM kekal menjadi penilaian wajib untuk dipertimbangkan ke universiti awam. Tanpa SPM, siapa pun tidak berpeluang memasuki universiti awam, kecuali pelajar antarabangsa.

Namun apa yang dibimbangkan ialah ada di antara pelajar Malaysia yang tidak mempunyai SPM, tetapi mendapat ijazah daripada universiti luar negara, terutama universiti-universiti yang diiktiraf oleh JPA.

Mereka ini, setelah beberapa tahun berada di luar negara, setelah mendapat beberapa peringkat ijazah, pulang ke Malaysia. Kemudian, universiti awam menerima mereka sebagai kakitangan universiti, sama ada sebagai kakitangan pengurusan, penyelidik mahupun jawatan pensyarah. Di sinilah dilihat masih ada kelemahan yang perlu diatasi, walaupun mereka kemudiannya muncul sebagai pakar bidang.

Ia ibarat seperti seorang guru yang tidak pernah menduduki STPM kemudiannya diterima sebagai guru di tahap tersebut. Bagaimana mereka akan menyesuaikan diri tanpa pengalaman menduduki STPM, tetapi mengajar di tingkatan enam. Mereka mungkin bekas pelajar matrikulasi, pra sains mahupun A Level atau International Bacalaurette.

Apa yang menjadi kebimbangan awam ialah "membuka laluan" akan menjadi "titik kematian" bagi dasar pendidikan kebangsaan, walaupun ahli politik bertegas menafikan. Kenapa dianggap sebagai "titik kematian"? Jawabnya, dasar pelajaran kebangsaan sudah dilentur pada peringkat asas dan feeder, dan mungkin akan dikompromikan lagi beberapa tahun akan datang.

Kita tahu, sejak sekalian lama aktivis pendidikan vernakular dan segelintir ahli politik semakin kendur, semangat mereka kendur, tambahan kerana mengharapkan sokongan pengundi bukan Melayu untuk berkuasa. Mengharapkan sokongan orang Melayu, sudah semakin sukar kerana politik orang Melayu semakin berantakan.

Dalam keadaan sukar itulah pengundi Melayu dilihat semakin bersatu, dan mereka sedia menawarkan sokongan dengan syarat, kedudukan mereka tidak dicabar dan kehendak yang diperjuangkan dipenuhi. Bukan Melayu tetap tidak mahu "miliknya dikongsikan bersama, tetapi milik orang lain akan menjadi milik mereka."

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com