RIBUT POLITIK MAKIN KENCANG, PH BOLEH 'TERKANGKANG"

Lagilah parah PH; tindakan penangguhan yang boleh menyebabkan rakyat menganggap ia adalah campur tangan PMX, melalui Jabatan Peguam Negara.

Penangguhan tersebut akan membawa kepada tafsiran terhadap kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agung setelah titah dibuat pada 18 September lalu.

Keputusan itu adalah "pengampunan bersyarat" (18 September 2026), iaitu perlu membayar denda RM50 juta yang sudah ditetapkan sebelumnya (diskaun yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agung sebelumnya, Sultan Abdullah melalui Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024). Denda asal yang dikenakan ialah RM210 juta. Najib juga dikenakan hukuman penjara selama 12 berhubung kes SRC International. Hukuman penjara turut dikurangkan kepada 6 tahun.

Sebelumnya, Najib tidak boleh menjalani baki tahanan di rumah selagi tidak membayar denda RM50 juta. Bayaran denda telah dibuat, tetapi kenapa hendak ditangguhkan. Hukuman penjara selama enam tahun itu dijangka akan berakhir pada 22 Ogos 2028. Ini bermakna, Najib akan menjalani baki hukuman "tahanan di rumah" kurang dua tahun. Najib telah menghabiskan hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022

Malangnya, keputusan itu ditangguhkan sementara setelah semuanya persiapan "tahan di rumah" selesai diatur. Ia ditangguhkan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, berkonvoi dari Penjara Kajang oleh anggota penjara dan pihak polis. Jam 5 petang (Jumaat, 6 November 2026), Anthony Loke membuat Sidang Media, dan berkata: Peletakan jawatannya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan berkuat-kuasa serta merta, sebaik sahaja Najib sampai di rumah di Langgak Duta.

Najib dan keluarga tidak mampu membayar denda tersebut, semua aset dan akaun milik mereka dibekukan. Atas inisiatif yang diambil oleh UMNO dalam semangat sayangkan Bosskur, mereka menubuhkan dana bagi membantu.

Walaupun kritikan muncul bertalu-talu, akhirnya kutipan dana yang dibuat mencukupi. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi semalam mengeluarkan kenyataan media, tabung itu ditutup dan denda yang dikenakan ke atas Najib sebagai syarat menjalani "tahanan di rumah" telah dibayar.

Jumaat semalam tersebar berita Najib sudah dibawa keluar daripada Penjara Kajang sekitar jam 3.27 petang. Sebelum dibenarkan pulang ke rumah, Najib dikatakan menjalani pemeriksaan kesihatan, tetapi malangnya, selepas selesai, sekitar jam 7.15 malam, diberitakan bahawa Najib dibawa semula ke Penjara Kajang.

Lebih sebulan lalu, kenapa tidak dibuat semakan undang-undang yang dikatakan boleh membawa pelbagai implikasi. Pada persepsi rakyat, penangguhan itu jelas membuktikan satu percubaan agar Najib terus kekal berada di Penjara Kajang.

Dalam perkembangan selanjutnya, Najib sudah berpatah balik ke Penjara Kajang.

PMX terkilan dengan pendirian UMNO yang membantu membayar wang denda sebagai syarat Najib boleh menjalani tahanan di rumah.

Anthony Loke membuat sidang media bahawa kuat kuasa peletakan jawatannya bermula sebaik sahaja Najib tiba di rumah di Langgak Duta.

Ini bermakna Anthony Loke masih lagi kekal sebagai menteri kerana Jabatan Peguam Negara menangguhkan "tahanan di rumah" dan konvoi yang membawa Najib terpaksa berpatah balik ke Penjara Kajang.

Akhirnya rakyat awam melihat kronologi "tahanan rumah" terhadap Najib sebagai satu permainan politik yang licik atas sebab: (1) syarat dah ditunaikan, tetapi "tahanan rumah ditangguhkan; (2) PMX berdrama apabila mengecam UMNO yang membantu membayar denda; (3) Tony Pua dipersoalkan kerana meminta derma yang dikumpulkan oleh UMNO diaudit; (4) Anthony Loke bermain wayang, maka beliau dilihat sebagai orang yang cemburu dengan "tahanan rumah" yang bakal dijalani Najib; dan (6) sehingga kini, di mana suara dan pendirian Menteri Undang-Undang dari UMNO masih belum memberikan reaksi berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara menangguhkan "tahanan rumah".

Namun, secara jelasnya, peluang PH untuk memenangi PRN Melaka dilihat semakin tipis di atas perkembangan tersebut. Ia mungkin akan meraih momentum yang sama dalam PRN Sarawak, yang bakal berlangsung Disember nanti. Ia muncul ketika BN dan GPS mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan PH dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak.

DAP mungkin akan tersedut impak tersebut dengan kemungkinan besar akan kehilangan kerusi yang dimenanginya di Melaka. Juga, hasrat untuk kembali mempamerkan taringnya di Sarawak akan semakin tumpul.

Sesekali, terfikir juga permainan ini macam scammer; duit dah bayar, "barang yang dibeli tak sampai." Kalau ada masalah (implikasi undang-undang), tanya puteri kesayangan Najib, Nooryana "Kenapa terima wang RM50 juta?".

Benar, wang itu boleh dikembalikan, tetapi bagaimana dengan maruah yang tercemar? Wang itu adalah derma orang awam, maka orang awam akan lebih lantang bersuara, "Apa dah jadi dengan sistem ini? Apa dah jadi dengan Jabatan Peguam Negara, dan kenapa "menderhaka terhadap perkenan Yang di-Pertuan Agong"?

Sama ada benar atau tidak, Jabatan Peguam Negara akan tetap dilihat tidak bebas, kekal "terkongkong" dan dikawal oleh elit politik yang berkuasa. Sedangkan episod sebegini sudah lama dibahas, dibincang dan juga disandiwarakan oleh politikus, reformasi undang-undang dan pentadbiran kehakiman, tetapi yang kekalnya, siapa yang berkuasa, dialah yang akan mengawal semuanya.

Demokrasi hidup semasa mengundi, tetapi selepas menang, demokrasi hampir dikembirikan. Elit politikus yang berkuasa dengan aspirasi politiknya, kekal berkuasa. Namun, dua PRN yang menanti (PRN Melaka dan PRN Sarawak) akan memberikan jawapannya, setelah tiga PRN mereka gagal (PRN Sabah, PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan) mencapai hasrat.

Terkangkang mungkin adalah jawapannya buat PH. Kalau terkangkang kali ini, PRU 16 akan berhadapan dengan keputusan yang sama, malah mungkin "terkoyak kedua belah peha" kerana "kangkang lebih had", selepas terhencut-hencut melakukannya di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com