RUMAH TERBUKA SEMUA KAUM

MASYARAKAT Islam di negara kita masih dalam keadaan dan suasana hari raya. Yang berziarah juga masih banyak, yang mengadakan rumah terbuka atau bermaaf-maafan juga belum selesai. Yang demikian ini memang menjadi adat kebiasaan atau tradisi kaum muslimin di tanah air kita, setahun sekali saling maaf-memaafkan. Tradisi ini amat bagus dan perlu dihidupkan terus-menerus, asalkan tidak sampai menjurus sifat pemborosan, sehingga termasuk dalam golongan kaum membazir. Membuang wang secara berlebihan, misalnya mengadakan jamuan makanan atau minuman secara besar-besaran yang melampaui batas agama. Tuntutan atau sunnah ialah mengadakan sesuatu majlis itu secara yang sederhana. Dalam hal berziarah ini,

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ada seseorang yang berziarah ke tempat saudaranya kerana seagama (bolehlah dianggap saudara) dalam suatu desa, lalu Allah mengutus malaikat untuk mendatangi jalan yang dilalui. Setelah bertemu, lalu malaikat bertanya, ke mana saudara akan pergi? Jawabnya, hendak ke tempat saudara saya dalam desa ini. Malaikat bertanya, apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan daripadanya yang akan saudara dapatkan? Jawabnya, tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan keredaan Allah. Kemudian malaikat itu bertanya lagi: Ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan,) bahawa Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu. (Hadis ini sahih dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari sahabat Abu Hurairah)

Selain daripada itu saling memaafkan juga merupakan salah satu tanda ketakwaan seseorang yang telah dibina secara mantap selama sebulan penuh pada bulan Ramadan kerana berpuasa di bulan Ramadan itu bertujuan membina ketakwaan. Dan ciri-ciri orang bertakwa ialah suka memaafkan kesalahan orang lain. Meminta maaf kepada orang lain merupakan suatu kewajipan sebab kesalahan yang belum dimaafkan akan menjadi beban berat di akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang berbuat zalim kepada orang lain, baik yang menyangkut kehormatannya atau orang yang berhubungan dengan miliknya, hendaknya ia segera meminta maaf sebelum datang masanya dirham tidak berguna lagi (yakini berupa hari kiamat. Sebab jika sampai tidak meminta maaf) bila mempunyai amal soleh, maka dosa orang yang zalimi itu akan dibebankan kepadanya sesuai dengan kezaliman yang dilakukannya. (Hadis Riwayat Bukhari).

Jika meminta maaf merupakan suatu kewajiban, maka memberi maaf atau memaafkan kesalahan orang lain merupakan tindakan yang sangat mulia. Kerana itu bukanlah memaafkan bila masih ada sisa bekas luka di hati atau dendam. Itu sebabnya, para pakar berpendapat bahawa seseorang yang meminta maaf dituntut untuk terlebih dahulu menyelesai perbuatannya, bertekad untuk tidak mengulangi serta memohon maaf sambil mengembalikan hak yang pernah diambilnya itu.

Berbalik kepada konsep rumah terbuka di Aidilfitri sebenarnya melambangkan keindahan agama Islam itu sendiri. Di samping dapat menarik rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan para tetamu, jiran tetangga (sekalipun bukan seagama).

Kerana mereka juga manusia makhluk kejadian Allah yang berhak untuk menikmati kemudahan hidup. Inikan pula manusia sedangkan pada setiap daun kayu yang hidup itu pun ada pahala. Sabda nabi yang bermaksud: Pada setiap yang kehijauan (basah) ada pahala.

Satu hadis dari ibnu Umar yang diriwayat oleh Bukhari, Tarmizi,Ahmad dan Ibnu Majah. “Seseorang mukmin yang bergaul dalam masyarakat dengan manusia lainnya dan dia sabar menahankan suka duka dalam masyarakat itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak hidup bergaul dalam masyarakat umum dan tidak pula pernah menunjukkan kesabaran atas suka dukanya masyarakat itu.”

Di negara kita agama menjadi faktor penyatuan kaum iaitu dengan menyederhanakan perasaan taksub dan fanatik agama, perkauman dan budaya serta adat resam melampau bagi sesuatu kaum dan bangsa di negara ini. Perasaan yang melampau tentang perkauman dan agama diredakan oleh semangat tolak ansur, setia kawan, menyambut hari raya melalui rumah terbuka ini dapat menghapuskan rasa taksub yang melulu terhadap adat resam dan budaya sendiri sehingga membenci dan mengutuk budaya kaum lain.

Agama yang kita warisi sebagai agama yang menyatupadukan umat manusia, agama yang menghormati sesama manusia, memuliakan tamu mulai digugat peranannya oleh ketandusan ilmu pengetahuan yang sebenar tentang Islam. Allah berfirman yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dalam keadaan sama, dari satu asal: Adam dan Hawa. Lalu kalian kami jadikan dengan keturunan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kalian saling mengenal dan saling menolong. Sesungguhnya orang yang paling mulia darjatnya di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kalian. Allah sungguh maha mengetahui segala sesuatu dan maha mengenal, yang tiada suatu rahsia pun tersembunyi bagi-Nya. (surah al-Hujurat ayat 13).

Sebagaimana Rasulullah menghormati jenazah orang munafik yang melalui depannya dan beliau berdiri memberi satu perhormatan walaupun beberapa sahabat menegahnya.

Kita hendaklah menjalinkan silaturahim sekalipun dengan mereka yang berlainan agama kerana mereka juga ada beberapa haknya seperti hak kewarganegaraan, kejiranan dan kekeluargaan. Firman Allah yang bermaksud: tidak boleh ada paksaan dalam (memasuki) agama (kerana) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah. (al- Baqarah 11: 256).

Dalam kehidupan di dunia ini, ada dua unsur yang menentukan. Pertama, nilai-nilai kebaikan, yang pada umumnya menciptakan kebahagiaan, kenikmatan, kerukunan dan lain-lain hal yang bersifat positif. Kedua, nilai-nilai kejahatan yang boleh menimbulkan kerosakan, sengketa dan kehancuran. Seseorang yang mengakui nilai-nilai kebaikan itu dengan hati nuraninya, tentulah akan berusaha sebaik mungkin menerapkan nilai-nilai itu dalam kehidupan.

Melalui silaturahim ini hubungan antara manusia semakin rapat dan tiada kebaikan yang lebih cepat mendapat pahala selain silaturahim dan tiada kejahatan yang lebih cepat mendatangkan azab Allah selain memutuskan silaturahim dan tiada yang dapat mengubah takdir selain doa dan tiada yang dapat menambah umur selain kebaikan menjalinkan hubungan silaturahim. Di sinilah silatulrahim perlu dibudayakan. Seiring dengan kemajuan teknologi silatulrahim boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui sms, surat atau telefon.

Kita lihatlah aneka macam peristiwa dalam sejarah Islam yang mempamerkan praktik dari toleransi Islam ini, baik di zaman Nabi sendiri, mahupun di zaman pemerintahan khalifah yang empat (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), baik di zaman pemerintahan dinasti-dinasti Umaiah dan Abbasiah mahupun pemerintahan-pemerintahan Islam di Sepanyol, Portugal, Iran, India, Aceh dan sebagainya. Di zaman Nabi terjadi satu peristiwa di mana seorang Anshar bernama Al-Husayn (dari suku Bani Salim) yang telah masuk Islam dengan kemahuannya sendiri, ingin hendak memaksakan dua orang anaknya yang masih beragama Masihi supaya juga masuk Islam. Ketika keinginannya itu disampaikannya kepada Rasulullah, maka beliau dengan tegas sekali telah melarangnya.

Di sinilah turunnya wahyu yang telah juga kita sebutkan di atas, yaitu La ikraha fiddin (Tiada paksaan dalam agama). Di dalam biografi Rasulullah terdapat contoh-contoh dari toleransi Islam ini, Antara lain bagaimana beliau menunjukkan sikap bersahabat terhadap para pemeluk agama-agama lain, betapa beliau datang menjenguk keluarga-keluarga yang kematian (takziah) yang berlainan agama, menghadiri pesta-pesta kenduri mereka dan menjenguk orang-orang sakit mereka, bertamu kepada mereka dan menghormati mereka, dan lain-lain peristiwa lagi .

Malah pada suatu ketika di kala Nabi dikunjungi oleh utusan kaum Nasrani dari Najran, beliau telah membentangkan serbannya dan mempersilahkan mereka duduk di atasnya. Rupa-rupanya perbuatan Nabi ini telah merupakan dakwah tersendiri dalam bentuk non- verbal, kerana tiada lama sesudah itu utusan-utusan ini .semuanya masuk Islam dengan keinginan sendiri.

Kemudian ada peristiwa pula di mana Nabi meminjam dari seorang ahlul kitab sejumlah wang tunai dan menggadaikan kepada mereka sebahagian perabot sampai beliau wafat, sedang sebuah baju besi beliau (dir'un) masih saja di tangan seorang Yahudi di Madinah sebagai cengkeram. Hutang tersebut belum sempat lagi dibayar sampai beliau berpulang ke rahmat Allah dan baru kemudian dibayar oleh khalifah beliau. Apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah bukanlah kerana para sahabat beliau tidak berkesanggupan meminjamkannya. Tidak, di antara mereka terdapat tidak sedikit yang kaya-kaya dan malah yang siap sedia mengorbankan jiwa dan harta mereka kepada Rasulullah. Tetapi beliau telah berbuat demikian semata-mata sebagai pendidikan, pengajaran dan petunjuk bagi umatnya.

Maka umat Islam dari semasa ke semasa pun telah mengikuti jejak langkah Nabi mereka dan bergaul dengan umat-umat lain yang bukan Muslim, tetapi tergolong ke dalam ahlul milal wan nihal dengan penuh kejujuran dan kehangatan. Contoh-contoh cukup banyak dari sejarah Islam bawaan Muhammad yang telah meliputi lebih kurang 21 abad lamanya. Namun kita hanya akan mengemukakan contoh dari zaman Rasulullah sendiri kerana beliau adalah sebaik-baik contoh buat seluruh umat manusia.

Oleh : Mohd. Shauki Bin Abd. Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com