SIAPA YANG GAGAL?

Desakan agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meletakkan jawatan nampaknya tidak surut walaupun PMX sudah memberikan jaminan untuk menggubal Akta Anti-Buli dalam tempoh segera. Menteri Pendidikan juga berhasrat untuk melaksanakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi mendapat input bagi merangka kertas dasar mengenainya sebelum boleh dijadikan Rang Undang-Undang.

Nampaknya, segelintir kelompok yang tidak puas hati dengan tindakan itu telah berhimpun di Bangunan KPM hari ini bagi menyerahkan memorandum untuk dilaksanakan dalam tempoh 30 hari, jika gagal, Fadhlina perlu meletakkan jawatan. Siapakah yang menjadi kumpulan pendesak itu?

Mereka ialah digerakkan oleh GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia) dan HARAM (Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia). Antara perkara yang dituntut ialah menyediakan talian aduan 24 jam bagi membolehkan mangsa buli mengadu, memberikan latihan kepada guru dan warden berkaitan "post trauma" buli, menyediakan sokongan psikososial dan meningkatkan nisbah kaunselor-pelajar.

Tuntutan-tuntutan itu boleh dilaksanakan, tetapi ia memerlukan masa dan juga persiapan, yang tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh 30 hari sebagaimana dipinta. Untuk menyediakan "roadmap" atau perancangan, ia mungkin boleh dibuat berdasarkan kepakaran dalaman, sebabnya KPM mempunyai sumber terlatih yang mampu menzahirkannya.

Namun, persoalannya ia cukup mudah untuk digesa, pelaksanaannya tidak boleh berlaku semalaman. Ia melibatkan banyak persiapan, latihan semula fasilitator dan juga jadual latihan. Ia melibatkan perbelanjaan yang besar, yang tentunya akan mengheret pengagihan semula bajet yang sedia, atau memohon bajet tambahan. Ia turut melibatkan kos pengangkutan kerana guru-guru dan warden yang terbabit dimobilasikan, yang tentunya, menjadi satu lagi "krisis" setelah lama isu "beban tugas guru" tidak beres hingga kini.

Tentunya, beberapa hari lalu ada berita mengatakan lebih 19,000 guru memohon bersara awal sejak tahun 2022. Permohonan itu, walaupun dikatakan faktor utama ialah "sudah tidak lagi berminat" dengan kerjaya itu, yang turut bercelaru dengan "beban tugas guru", yang pernah dianggap "melakukan kerja-kerja pengkeranian" dan tugas di luar bilik darjah.

Sesekali, apabila menyemak tentang nisbah guru lelaki dan perempuan, ternyata bilangan guru perempuan jauh lebih besar. Ini bermakna, ada ketidakseimbangan gender dalam kerjaya perguruan, yang tentunya memberikan sedikit lojik mengenai pengurusan disiplin di sekolah-sekolah dan asrama. Bagi tugas warden, Majlis Amanah Rakyat misalnya, sudah mula melantik warden dalam kalangan bekas anggota tentera. Tujuannya adalah jelas, menerapkan sedikit sebanyak unsur disiplin kendiri dan bagaimana mengesan tanda-tanda buli di peringkat awal.

Namun, MARA juga perlu melatih semula warden baharu itu dengan elemen psikologi dan keagamaan, agar tidak dilihat keras dan "tulang yang bengkok menjadi patah". Rasionalnya, kita tahu, pelajar merupakan kelompok remaja yang sedang berkembang dan mereka sedang menerima pelbagai asakan nilai dari persekitaran dan media.

Tentunya juga, untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak, ia bukan menjadi tugas guru atau sekolah semata-mata. Di luar sekolah dan dunia maya cukup kuat menerjah jiwa dan pemikiran. Dan, tentunya, kita seharusnya mampu mendidik anak-anak dengan kesedaran dan asas nilai, sebagai usaha memugar gejala negatif. Di sinilah munculnya persekitaran komuniti yang cukup berwibawa dan berupaya menjadikan suasana di luar sekolah lebih prihatin dan cakna.

Suatu ketika, gejala ponteng sekolah ada kaitannya dengan premis-premis hiburan dan permainan yang berdekatan dengan kawasan sekolah. Ada kedai snoker, ada cyber cafe, ada tarikan untuk keluar daripada sekolah dalam masa bersekolah. Ia menjadi lebih menarik berbanding cara guru mengajar, atau sebagai "pelarian" daripada sikap guru yang keras dan tegas.

Atas sebab itu, untuk melahirkan masyarakat bebas buli, orang tua atau ahli masyarakat sebenarnya yang patut menyekat gejala buli, termasuklah buli politik yang setiap hari berlaku. Buli berlaku di mana-mana, termasuk dalam keluarga sendiri dari seorang suami terhadap isteri dan anak-anak. Antara anak-anak, buli tetapi berlaku sama ada secara terbuka atau tertutup. Kumpulan yang hadir mendesak Fadhlina Sidek meletakkan jawatan juga boleh dianggap sebagai pembuli, kerana mereka hadir dengan prasangka dan desakan, bukan dengan hasrat berunding dan memberikan sumbang saran untuk membantu menghaluskan gejala buli.

Secara umumnya buli membawa maksud: tindakan agresif dan berulang untuk menyakitkan orang lain, sama ada dalam bentuk fizikal, mental dan emosi. Ini bermakna, jika anda datang untuk menyerahkan memorandum sebagai bentuk teguran, cadangan atau penambahbaikan, ia adalah sesuatu yang wajar. Tetapi, anda tidak sepatutnya meletakkan desakan agar Fadhlina berundur jika gagal melaksanakan apa yang anda mahukan dalam tempoh 30 hari. Anda juga adalah pembuli.

Benar, anda berhak untuk melakukan apa yang fikirkan baik, tetapi anda juga telah gagal menunjukkan sikap dan nilai yang baik dengan mendesak orang lain. Sudah diberikan penjelasan, ia memerlukan banyak masa dan lihat urus kerana Fadhlina juga benci kepada perilaku buli.

MONOSIN SOBRI

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com