SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP
[Saya sengaja menggunakan istilah asal bahasa Inggeris merujuk cip, iaitu "chip" kerana persoalan itulah yang menjadi hal cukup penting dan kritikal dalam dunia masa depan yang sangat bergantung kepada teknologi]
Skandal yang membabitkan pengasas bersama Nvidia, Jensen Huang pelopor dalam pembangunan chip berteknologi tinggi (artificial intelligence atau AI) dan pemilik Megaspeed, Alice Huang telah berkembang menjadi isu keselamatan yang cukup besar.
Minggu kedua November lalu, muncul satu laporan bahawa hubungan romantik antara Jensen Huang (CEO Nvidia) dengan Alice Huang (Huang Lee, pemegang saham terbesar Megaspeed) terbongkar hasil pengintipan panjang agensi penyiasatan bebas Amerika Syarikat tentang chip berkuasa tinggi itu telah dieksport ke China melalui rangkaian Nvidia dan Megaspeed.
Pentadbiran Rumah Putih sejak melaksanakan perang perdagangan dengan China membuat keputusan, chip berteknologi tinggi itu tidak boleh dieksport ke China atas alasan boleh menjejaskan penguasaan Amerika Syarikat. Ia akan menjadikan China sebagai saingan terbesar dan paling menakutkan, produk berteknologi tinggi milik firma Amerika Syarikat tidak berkeupayaan menyaingi kos dan skills kerja industri China.
Kita sedia maklum, kerana China berjaya mengeluarkan banyak produk bermutu tinggi dengan kos yang lebih murah, menyebabkan produk keluaran Amerika Syarikat tidak laku di pasaran, selain nilai tambahnya lebih besar. Itulah kecekapan usahawan China dalam mengalihkan tumpuan pembelian produk, yang akhirnya produk Amerika Syarikat tidak laku.
Sejarah juga menunjukkan bahawa produk Amerika Syarikat semakin kurang diyakini disebabkan keupayaan memenuhi citarasa pengguna.
Ia menyebabkan produk keluaran China lebih mendahului pemenuhan citarasa pengguna yang berusaha membentuk gaya dan aspirasi dengan lebih cepat dan tangkas., terutama produk yang berkaitan teknologi dan fesyen. Acuan produknya lebih berorientasikan pengguna manakala produk Amerika Syarikat kepada acuan kemewahan atau status sosial.
Persoalan kemerosotan pasaran produk turut berlaku terhadap produk Eropah dalam pelbagai bidang. Misalnya, Jerman semakin kehilangan daya saing pasaran automotif, atas masalah kos pengeluaran..Mercedes dilaporkan akan menutup beberapa kilangnya di Jerman, kerana tidak mampu mengurangkan kos buruh dan kos pembangunan teknologi automotif. Industri automotif dari China berjaya mengatasi jualan kereta Mercedes di Eropah. Ketika ini, 5.1 peratus jualan kereta dikuasai oleh China manakala Mercedes di tahap 5.2 peratus. Automotif China dijangka mengetepikan automotif Jerman. (https://www.facebook.com/share/p/1DyRDh3aFj/).
Kebimbangan kebolehpasaran produk industri itulah sebenarnya menjadi punca kenapa Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump cenderung melakukan sekatan, dengan cara yang berbeza daripada presiden-presiden Amerika Syarikat sebelumnya. Donald Trump sedar, jika sekatan tidak dilakukan, kedudukan Amerika Syarikat sebagai gergasi utama ekonomi dunia akan terancam. Itulah sebabnya diperkenalkan dasar tariff baharu, walaupun tidak dapat dilaksanakan setelah ditolak oleh mahkamah.
Dalam tempoh kurang 30 tahun lagi, jika tidak dikenakan pelbagai halangan, China yang kini menduduki tangga ekonomi dunia kedua terbesar mampu melakukannya. Ini kerana, hampir semua produk dikeluarkan di China dianggap akan memusnahkan pertumbuhan industri domestik.
Jika Amerika Syarikat ingin mempertahankan industri mereka, terpaksa melakukan tindakan menekan, walaupun kurang berkesan. jika tidak, semakin banyak perbelanjaan perlu disalurkan bagi membolehkannya bernafas. Misalnya dalam sektor pertanian, penternakan dan barangan keperluan rumah tangga.
Eksport kacang soya Amerika Syarikat semakin kurang mendapat sambutan akibat produksi daripada China yang harganya, 30 hingga 40 peratus lebih murah. Dalam bidang teknologi, China sudah begitu maju dalam pemprosesan bahan nadir bumi yang menjadi asas pembangunan teknologi. Ini dapat dilihat apabila China menghentikan penjualan semikonduktor dan chip untuk automatif, pengeluaran kereta di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat terkesan. China mengawal lebih 80 peratus sumber nadir bumi dan kemampuan menghasilkan bahan terurai daripadanya.
Setelah China mengubah dasar membenarkan kemasukan pelaburan asing, syarikat-syarikat besar barat berlumba-lumba untuk membina kilang pemasangan produknya di China. Syarikat multinasional juga bersedia melakukan kontrak dengan pekilang China berkaitan sesuatu produk, dari situ usahawan mereka meraih keuntungan yang lumayan. Ada laporan mengatakan, usahawan China yang mendapat kontrak asing itu cuba meniru (copy) produk dan mengeluarkan produk yang sama di kilang yang berbeza. Akhirnya, bukan saja produk berkaitan ditiru, bahkan menjadi saingan produk asal.
China juga cukup agresif menghantar anak muda belajar di barat, termasuk Amerika Syarikat. Mereka kemudian bekerja dalam pelbagai firma teknologi sama ada sebagai penyelidik, perancangan pembangunan produk, sektor kewangan, dan sebagainya. Ada di antara mereka yang semakin terikut-ikut dengan budaya kapitalisme, akhirnya melepaskan taraf kerakyatan China dan menjadi rakyat negara terbabit. Namun, disebabkan prejudis masyarakat kulit putih, akhirnya sebahagian kecil pakar ketirisan China membuat keputusan untuk kembali ke China.
Mereka telah membawa balik pengetahuan dan pengalaman, kemudian membina produknya sendiri. Ada juga diambil oleh kerajaan untuk membangunkan pelbagai produk strategik sehingga China mampu mengeluarkan pelbagai jenis peralatan perang dan senjata supersonik yang canggih. Bahkan ada senjata canggih China berjaya mengatasi beberapa senjata canggih milik Amerika Syarikat.
Inilah yang dapat kita saksikan ketika Iran berjaya menangkis peluru berpandu Israel dan serangan menggunakan pesawat Amerika Syarikat. China secara diam-diam membangunkan kesemuanya dengan mengambil kepakaran Barat daripada rakyatnya yang belajar dan membina pengalaman di sana. Sebahagian peralatan perang dan senjata dibekalkan kepada Iran kerana Iran bersedia menjual minyaknya dengan harga yang murah. Minyak cukup diperlukan untuk menggerakkan industri.
Generasi China seterusnya beradaptasi dengan budaya dan kehidupan negara berkenaan, kemudiannya berjaya membangunkan syarikat mereka sendiri. Ada di antara mereka berkahwin dengan rakyat tempatan, dan fenomena ini semakin berkembang dalam kalangan elit ekonomi di barat, termasuk Amerika Syarikat. Sebab itulah Amerika Syarikat cukup kuat menekan pemilik TikTok agar bersedia menjualnya..jika terus ingin mempertahankan, TikTok tidak akan dibenarkan beroperasi di.Amerika Syarikat. Akhirnya, Amerika berjaya melakukannya.
Jensen Huang adalah salah seorang daripada generasi imigran China yang berhijrah ke Amerika Syarikat dan menerima pendidikan dalam rangka kapitalisme. Setelah mendapat pengalaman, beliau akhirnya membangunkan syarikat rekabentuk chips yang diperlukan dalam persekitaran teknologi kecerdasan buatan (AI).
Jensen menjadi orang kedua terkaya selepas Elon Musk. Elon Musk juga merupakan imigran, dan kerana itu, bila beliau mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam agar tidak meneruskan perniagaan di Amerika Syarikat serta kembali ke Afrika Selatan. Generasi imigran semakin menguasai kekayaan di Amerika Syarikat, kerana mereka melihat ada peluang terbuka selepas beberapa tahun diterima sebagai warganegara, dan menghabiskan pendidikan di Amerika Syarikat.
Mereka muncul sebagai teknokrat yang gigih dan cekap berusaha, merebut peluang dan membaca keperluan masa depan. Generasi muda Amerika sendiri semakin hilang semangat mencipta kerana mereka merasai semakin selesa apabila orang tua mewarisi kekayaan.
Setelah beberapa tahun beroperasi, Jensen Huang akhirnya muncul sebagai orang kedua terkaya di dunia berdasarkan perkiraan kepemilikan aset dan saham, walaupun taksirannya dianggarkan setengah daripada aset dan saham yang dipunyai Elon Musk. Musk menjadi manusia terkaya di planet bumi ketika ini.
Kalau Elon Musk dikatakan sebagai pelopor dalam teknologi pembinaan kereta elektrik (Tesla), Jensen Huang adalah bapa industri teknologi AI. Ertinya, nilai hidup Jensen Huang lebih besar daripada Elon Musk. Sebab itulah apabila Jensen Huang mengumumkan peletakan jawatan sebagai CEO Nvidia, ramai pelabur mula memikirkan semua kedudukan saham mereka.
Kini mereka sedang bekerjasama dengan pekerja Nvidia menuntut agar Jensen kembali bekerja. Jika tidak, mereka bersedia menarik balik saham yang dilaburkan dan ia akan menyebabkan kehebatan Nvidia menjadi sejarah sebagaimana hilangnya beberapa produk Amerika yang pernah menguasai dunia. Kemegahan jenama mereka pudar kerana jenama lain juga sedang giat berusaha menyaingi. Jensen Huang dianggap sebagai otak utama yang menggerakkan Nvidia.
Jensen Huang merupakan seorang yang cukup berseberangan dengan dasar dan sekatan terhadap penjualan chip berteknologi tinggi ke China. Jadi, bagi Jensen Huang, jika chip AI yang direkabentuk oleh firmanya dibenarkan dieksport ke China dan Rusia, dalam tempoh kurang sedekad mampu merampas kedudukan Elon Musk sebagai manusia terkaya di planet bumi ini.
Nvidia tidak mengeluarkan chips yang dilarang dieksport ke China dan Rusia. Nvidia merupakan pembuat chips berteknologi tinggi terbesar dunia, dan kerana itulah Amerika bimbang dengan kepakaran yang dimiliki Jensen jatuh ke tangan China, ia akan mengancam keselamatan termasuk menggagalkan matlamat Amerika Syarikat untuk menakluki dunia menggunakan AI.
Sebab itulah, walaupun Jensen Huang dikaitkan dengan skandal hubungan romantisnya dengan Alice Huang yang didakwa sebagai agen perisik China, Donald Trump tetap mempertahankan dengan berkata: Jensen tidak sedar bahawa Alice Huang adalah seorang perisik. Perisikan bebas itu cuba mendedahkan Jensen seorang ketua yang tidak mempedulikan pekerjanya. Setelah Jensen berundur, pekerja Nvidia bangun mengatakan kebenaran, Jensen merupakan seorang ketua yang baik dan sangat menyayangi subordinatnya.
Kebimbangan itu ada asasnya. Jika Jensen Huang keluar dari Amerika Syarikat, ia berkemungkinan akan mengusahakan pengeluaran chips di negara lain, termasuk di China. Jika ini berlaku, Amerika Syarikat akan kehilangan seorang genius AI yang boleh merugikan industri masa depan.
Untuk memahami persoalan kebimbangan tersebut, kita mungkin boleh belajar daripada sentimen dan dasar Amerika Syarikat yang menjadi laungan Donald Trump semasa berkempen, yakni Make America Great Again (MAGA), yang ikut membawa konsep white supremacy, keunggulan masyarakat kulit putih. Mereka bencikan sesiapa sahaja, kecuali keturunan barat yang digelar orang kulit putih.
Walaupun orang keturunan China berkulit putih, mereka tetap dianaktirikan, dipandang penuh curiga dan prejudis. Ini dapat kita lihat bagaimana kebencian itu berlaku ketika COVID-19 muncul, masyarakat Amerika Syarikat menendang sinis kepada keturunan China biarpun mereka adalah rakyat Amerika sendiri.
Kenapa Amerika Syarikat mahu menekan China? Sebab China menguasai banyak perkara, termasuk perdagangan dunia dalam tempoh yang sangat singkat. Beberapa tahun awal Abad ke-21, China berjaya merampas kedudukan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar dunia.
Dalam tempoh kurang 50 tahun daripada kejayaan merampas kedudukan Jepun, China bertekad untuk menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia dan mengalahkan Amerika Syarikat.
Bagaimana China membina wawasan tersebut? China menggerakkan seluruh rakyatnya untuk bekerja keras, menimba pengalaman dan memungut pengetahuan daripada negara barat. Kepakaran itu kemudiannya dibawa balik, atau dikongsikan bersama dengan membangunkan usahasama dengan syarikat di China.
Kerajaan China pula menyediakan iklim pelaburan dan pembangunan lokasi mesra industri. China mempunyai kelebihan dari segi sumber manusia, kerana mempunyai penduduk yang besar, kedua tertinggi di dunia. Sebelumnya, menduduki tangga pertama tetapi dekad kedua Abad 21, India mengatasinya.
China tidak melakukan dasar gaji minimum, dan tidak bersedia menaikkan nilai mata wangnya walaupun sudah berkali-kali ditekan oleh Amerika Syarikat dan operasi badan kewangan antarabangsa bagi membolehkan mata wang Amerika Syarikat dilihat mampu bersaing.
Bagaimana China begitu cepat berkembang? Dasar buka pintu menjadi acuan pembinaan masa depan China selepas berlakunya perubahan kepimpinan Parti Komunis China.
Perlu diingat, China menjadi sebuah negara komunis ialah pada tahun 1949, iaitu selepas Mao Tze Tung yang memimpin Parti Komunis China berjaya menjatuhkan Parti' Kuomintang yang bersifat nasionalis. Mao kemudiannya mengisytiharkan negara yang dipimpinnya sebagai Republik Rakyat Komunis China.
(bersambung)
MONOSIN SOBRI
