SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP (II)

Kepimpinan baharu PKC (Parti Komunis China) yang mengambil alih kuasa selepas kematian Mao Tze Tung (1976), Hua Goufeng kekal meneruskan apa yang dilakukan oleh Mao. Namun, dalam PKC muncul sekelompok pemimpin yang berusaha untuk membina semula China dengan acuan yang baharu, iaitu memberi ruang kepada pelaburan asing kerana rangka kerja lama tidak mampu membebaskan rakyat daripada kemiskinan.

Oleh kerana China mempunyai penduduk yang ramai, kerajaan juga terpaksa bertungkus lumus mencari sumber untuk memenuhi keperluan rakyatnya, dan persoalan geopolitik juga menjadi sangat kritikal.

Selepas Perang Dunia II, geopolitik dunia terbahagi kepada dua paksi, iaitu yang berdasarkan ideologi politik demokrasi dan komunis-marxisme. Demokrasi memberi ruang kepada ekonomi kapitalis, di mana setiap orang berhak membina kekayaan dan mengambil peluang dalam bidang ekonomi.

Kerajaan menyediakan kawalan dari segi peraturan, agar bidang ekonomi berkembang dan tidak diresapi nilai-nilai yang dianggap boleh membunuh kapitalisme. Komunis-marxisme menjadikan operasi ekonomi dikawal oleh kerajaan, dan setiap rakyat akan dibantu untuk memenuhi keperluan asas.

Dua kutub ideologi ekonomi politik inilah akhirnya membawa kepada kegelisahan barat kerana mereka sangat mengharapkan sumber kekayaan terus bertambah, dengan eksploitasi kekayaan akan di negara-negara sebelah timur, dalam dua bentuk, sumber bahan mentah dan pasaran produk. Namun, selepas Perang Dunia II, negara-negara di belahan timur mula sedar dengan keinginan untuk menentang penjajahan dan membentuk negara mereka sendiri.

Amerika Syarikat yang menjadi pemenang utama Perang Dunia II terpaksa mencetuskan satu kerangka baharu bagi menjaga sekutunya, yang masih berkuasa sebagai penjajah di kebanyakan negara timur dan Afrika. Muncullah satu idea yang dapat dikaitkan dengan komunis-marxis, yang akhirnya membangkitkan satu doktrin yang dipanggil Perang Dingin/Cold War, sebagai perang terhadap kemaraan komunisme di seluruh dunia.

Setelah itu, Amerika Syarikat memutuskan melibatkan diri dalam perang saudara yang berlaku di Indochina dengan alasan membendung kemaraan ideologi komunis. Muncul sebuah teori yang dinamakan Teori Domino, yang beranggapan jika Indochina jatuh ke tangan komunis China, maka negara-negara Asia Tenggara akan ikut sama jatuh. Komunisme akan mengambil alih sistem pentadbiran kolonial, termasuk Filipina yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Setelah berakhirnya Perang Dingin (1989), Amerika Syarikat mencari ruang baharu dalam penentuan geopolitik dunia. Geopolitik dilihat berubah kepada satu kutub, iaitu demokrasi dan kapitalisme sebagai kerangka yang cukup berpengaruh walaupun masih kedapatan negara tidak dapat menerimanya. Ketika Tembok Berlin diruntuhkan (1989), Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah meraikannya sebagai satu bentuk kemenangan kapitalis-liberal.

Namun, ada satu lagi halangan yang boleh menyebabkan peradaban barat tidak dapat mendominasi, iaitu budaya timur yang bertentangan termasuklah Islam yang semakin menunjukkan pengaruh yang besar setelah berakhirnya rejim diktator di Iran (1979). Amerika Syarikat sangat terkesan dengan peralihan politik Iran disebabkan keperluan terhadap sektor minyak dan gas.

Iran mempunyai telaga minyak yang besar. Sebahagian besar keperluan sumber tenaga itu berada di negara-negara Arab yang kesemuanya adalah negara majoriti penduduknya adalah Islam. Atas sebab itulah Amerika Syarikat berusaha keras untuk "merebut sumber minyak", maka satu perjanjian dibuat dengan Arab Saudi agar setiap urusniaga tersebut dilakukan dengan menggunakan dolar.

Dengan penggunaan dolar yang meluas maka Amerika Syarikat menjadi kuasa ekonomi yang kuat, dan kuasa dolar menjadi cukup berpengaruh. Kedudukan kuasa dolar menjadikan Amerika Syarikat semakin angkuh sehingga dikatakan pencatur dan pengawal geopolitik dunia. Amerika Syarikat menggunakan kedudukan itu untuk mengancam mana-mana negara yang dianggapnya nasionalistik dan mana-mana negara yang bertentangan ideologi dikenakan sekatan.

Akibatnya, negara-negara yang tertekan dengan dasar dan hegemoni Amerika Syarikat mula membentuk kesepakatan baharu dengan harapan dapat mengurangkan tekanan dolar dan merendahkan ego Rumah Putih. Hasilnya, terbentuklah BRICS, sebuah kesepakatan ekonomi yang dipimpin oleh China. Diharapkan China akan dapat mencabar kuasa dolar, maka satu percubaan untuk menyahkan dolar dirintis, terutama perdagangan yang melibatkan negara anggota.

Donald Trump menganggap langkah tersebut sebagai ancaman yang boleh meruntuhkan kuasa dolar dan akhirnya mencari jalan untuk membendungnya. Itulah asas yang menjadi pertimbangan sehingga diumumkan dasar tarif terhadap produk asing akan memasuki Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, sebagai balasannya, Amerika Syarikat menghalang mana-mana negara mengeksport chip ke China, kerana chip dianggap sebagai komoditi terpenting dalam industri teknologi dalam peradaban moden yang perlu dikawal.

Amerika Syarikat boleh mengawal kerana mempunyai kepakaran dalam penciptaan chip tetapi mempunyai kelemahan dari segi pengeluaran disebabkan faktor kos dan budaya kerja. Akhirnya pengilangan chip dan semikonduktor bertaburan di seluruh dunia termasuk Malaysia, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan China. Namun China dan Taiwan mempunyai kekuatan dari segi kos dan dedikasi para pekerja.

Sejak berjaya dengan dasar tersebut, Amerika Syarikat muncul sebagai hegemoni politik dan ekonomi dunia. Atas kepentingan mempertahankan kedudukan itu, Amerika Syarikat akan melakukan apa sahaja, sehingga dianggap sebagai "polis dunia".

China kemudiannya berjaya memaksa Hua Goufeng berundur, dan Deng Xiaoping dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981. Xiao Peng kemudian mengubah dasar pembangunan China, mula membenarkan pelabur asing melabur dengan menawarkan upah yang lebih rendah.

Sebab itulah China menjadi destinasi pelaburan yang semakin berkembang, dan pada tahun 1990-an ia muncul sebagai perniagaan dan pembuatan yang sangat besar, banyak firma-firma multinasional memindahkan operasi kilang mereka daripada negara Asia Tenggara ke China.

Ia sampai kepada keadaan negara Asia Tenggara yang juga perlukan pelaburan asing berhadapan dengan krisis yang sangat parah, di mana kapitalis membuat serangan ke atas matawang, kerana tidak mahu negara-negara Asia Tenggara muncul sebagai negara membangun, kekal sebagai negara sedang membangun. Ini kerana pertumbuhan ekonomi di beberapa buah negara Asia Tenggara dilihat cukup tinggi, dan jika tidak disekat, ia akan menyebabkan lebih banyak firma dari barat akan meninggalkan negara asal melabur di negara luar.

Sejarah itu cukup memberikan kesan kepada Donald Trump. Jadi, dengan dasar menaikkan tarif tanpa asas yang logik, Trump memberikan signal bahawa firma-firma Amerika Syarikat hendaklah berhenti melabur di negara luar, tumpukan ke dalam negeri, dan enggan, produk berkenaan akan dikenakan tarif yang sangat tinggi. Ia menjadi suatu kebimbangan, yang dikaitkan dengan kos pengilangan dan upah buruh. Jika kembali membuka kilang dalam negara, produk yang sama akan menjadi sekali atau dua kali ganda mahal.

Bagaimana Jensen Huang membina kekayaan melalui Nvidia?

Jensen Huang atau nama asalnya, Jen-Hsun Huang dilahirkan pada 17 Februari 1963 di Taipei, Taiwan. Sebelum keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat, mereka tinggal di Thailand. Keluarga Jensen berhijrah kerana kesempitan hidup di Taiwan dan berusaha mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Semasa muda, Jensen melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari wang, termasuk bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran. Namun, Jensen merupakan seorang lelaki yang sangat cekal, dan berinisiatif tinggi.

Beliau mendapat pendidikan di Universiti Oregon, dan kemudian menyambung pengajian di Universiti Stanford. Selepas tamat pengajian sarjana, beliau bersama-sama Chris Malachowsky dan Curtis Prem mengasaskan sebuah syarikat permainan video bernama NVidia pada tahun 1993. Modal awal syarikat tersebut ialah USD$40,000. Ia diasaskan di sebuah restoran di San Jose, California.

Setelah permainan videonya mendapat sambutan, NVidia memperkenalkan GPU (Graphics Processing Unit) pada tahun 1999. Ia merupakan unit memproses grafik dalam permintaan video, manakala CPU (Computer Processing Unit) adalah unit pemprosesan komputer. Tanpa kebolehan memproses grafik, sistem permainan video tidak dapat digerakkan.

Tahun 2006, dilancarkan pula sebuah platform komputer yang dipanggil NVidia yang serasi dengan CUDA (Computer Unified Device Architecture), yang menjadi kuasa utama kecerdasan buatan (AI). Dari situlah bermulanya peningkatan infrastruktur sehingga membentuk generasi komputer yang sangat cekap dan menjadi asas kepada infrastruktur AI.

Perkembangan selanjutnya membawa Nvidia kepada pembangunan Pusat Data (Data Centre), yang digabungkan dengan perisian awan (cloud software, yang menjadi kerangka penting ChatGPT, yang kita kenali ketika ini. Nvidia kemudiannya berjaya membangunkan komputer berkuasa tinggi (supercomputer) yang dinamakan Nvidia DGX CPU Grace menggunakan rangkaian berasaskan ARM (Advanced RISC Machine).

Beberapa produk kain yang disediakan oleh Nvidia ialah NVLink, InfiniBand dan DPU BlueField. Perisian awan yang dibangunkan telah menjadi ejen kepada pengoperasian AI (agentic AI) . Bagi membolehkan kesemua grafik berserasi antara satu sama lain dengan lebih cepat dan serasi dengan keperluan industri, diperkenalkan Nvidia Omniverse berasaskan simulasi 3D dan kembar digital (twins digital).

Konsep kembar digital bermakna salinan serupa dalam bentuk simulasi realiti maya (virtual reality), daripada keadaan sebenar (fizikal). Apa yang lebih kita kenali ialah tentang Nvidia ialah permainan video dan PC Gaming yang menggunakan nama pemprosesan NVIDIA GeForce, yang dipasang dalam komputer generasi baharu. (https://www.facebook.com/share/v/19DgGDePif/)

Kesemua kecekapan dan kepantasan tersebut merupakan aset yang sangat berkait dengan Jensen Huang. Beliau dikatakan mempunyai aset berjumlah antara USD$135 hingga USD$155 bilion.

(bersambung)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com