SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP (III)

Megaspeed merupakan sebuah firma teknologi yang diasaskan di Singapura. Ia bermula dengan nama 7 Road International Private Limited pada tahun 2015 sebagai syarikat permainan komputer. Syarikat ini merupakan subsidiari syarikat permainan komputer China, 7 Road Holdings.

Tahun 2023, ia menerima pelaburan daripada seorang wanita China bernama Alice Huang, dilaporkan turut dibantu oleh Kang Wei, dan dinamakan Megaspeed International Private Ltd. Alice Huang dilantik sebagai Pengarah Syarikat sehingga bulan November 2023. Selepas itu, diambil alih oleh usahawan tempatan, Tan Yong Pong melalui syarikat SwiftData, ia berdasarkan ketetapan undang-undang yang berkuatkuasa, memerlukan pegangan rakyat tempatan.

Walau bagaimanapun, Alice Huang masih diberikan peluang untuk merancang pembangunan syarikat dan melaksanakan program latihan. Sebagai sebuah syarikat pembekalan perisian awan, Megaspeed turut mendapat kerjasama kepakaran daripada Nvidia.

"Suami" Alice Huang, Kang Wei berasal daripada keluarga usahawan teknologi dari China. Awalnya, mereka tidak begitu cenderung kepada perniagaan yang berkaitan dengan teknologi AI, hanya sekadar menjadi penjual permainan komputer dan video. Tetapi, Alice Huang menunjukkan minat dalam industri teknologi yang berasaskan AI.

Atas minat tersebut, Alice berjaya mempengaruhi Kang Wei, dan mereka mulakan perniagaan dalam bidang teknologi awan (cloud technology) di Taiwan dan Hong Kong. Alice dilahirkan di Hunan, China pada tahun 1977 dengan nama Huang Le, manakala Kang Wei, yang juga dilahirkan di China, mula menumpukan perniagaan ke Taiwan.

Alice mendapat pendidikan sehingga lulus sarjana dalam bidang sosiologi (pengurusan media) dari Universiti Baptist, Hong Kong. Selepas itu, Alice bekerja sebagai wartawan penyiaran bersama China Central Television (CCTV) dan Hunan TV.

Kemudian, bekerja dalam industri kewangan di HSBC dan CITIC Security. Alice bertemu dengan Kang Wei pada tahun 2015, dan sejak itu perkenalkan Kang Wei sebagai suaminya. Bilakah mereka berkahwin masih menjadi tanda soal. Alice dan Kang tidak pernah mengumumkannya secara rasmi.

Hubungan rapat dengan Kang Wei telah membolehkan Alice menguasai beberapa peranan utama dalam syarikat teknologi milik Kang Wei, dan akhirnya mereka menubuhkan sebuah secara bersama. Setelah beberapa lama, Alice mula berusaha untuk menubuhkan syarikatnya sendiri, mungkin dengan bantuan atau kerjasama Kang Wei. Kang Wei dikatakan mendapat pelbagai sokongan daripada kerajaan China.

Antara syarikat yang ditubuhkan Alice ialah Megaspeed Pte Ltd yang berpengkalan di Taiwan, walaupun Alice adalah penduduk Hong Kong. Atas urusan perniagaan, kerajaan Taiwan memberikan kelonggaran kepada Alice untuk keluar masuk. Namun setelah terbongkarnya skandal bersama Jensen Huang, kebenaran keluar masuk ke Taiwan dihentikan (5 November 2025).

Ada yang mengatakan, Megaspeed mendapat sumber kewangan yang besar daripada Alibaba. Singapura juga turut membatalkan visa kepada Alice bagi memasuki Singapura sejak kontroversi itu. Alice meninggalkan Singapura pada 5 November 2026, dan sejak itu tidak lagi mengunjungi Singapura.

Ada laporan mengatakan bahawa Alice Huang telah pulang ke Beijing dan dilindungi oleh kerajaan China. Namun, dakwaan bahawa Alice Huang adalah ejen perisik telah dinafikan oleh kerajaan China. Ia dianggap "tanpa asas" dan suatu bentuk manipulasi ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Dengan cara menuding jari kepada China, ia akan memberikan tekanan kepada Nvidia untuk menyingkirkan Jensen Huang. Jensen Huang tidak bersetuju dengan sekatan terhadap penjualan chip kepada China. Bagi Jensen Huang, setiap orang seharusnya dapat mengambil bahagian dalam kepesatan teknologi AI secara percuma, dan sekatan kepada China untuk mendapatkan chip canggih adalah satu tindakan yang tidak tepat atau diskriminasi.

Bagi Jensen, ia memerlukan kelonggaran selain menjaga kepentingan perniagaan di China. Nvidia mempunyai rangkaian kerja yang besar di China, termasuk menubuhkan pejabat dan berusaha untuk menyertai suasana kondusif yang disediakan bagi pengembangan teknologi AI selanjutnya. Bagi Jensen Huang, tidak ada sebab Nvidia dilarang beroperasi di China, dan dihalang mengeksport chip.

China lebih terkedepan dalam infastruktur AI dan kerajaannya berusaha bersungguh-sungguh dalam pembangunan teknologi masa depan itu. China mempunyai sumber tenaga muda yang besar dalam pengupayaan keperluan AI.

Kata Jensen Huang, 9 daripada sepuluh daripada saintis teknologi yang hebat ada di China, manakala 80 peratus pengilangan chip canggih difabrikasikan di Taiwan. China mempunyai sumber manusia yang cukup dedikasi dan cenderung mempelajari teknologi. Kesemua tiga faktor tersebut menunjukkan betapa kondusifnya persekitaran AI di China. (https://www.facebook.com/share/r/1HmNSLCA2s/).

(bersambung)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com