SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP (IV)
Taiwan merupakan wilayah asal China. Namun, Taiwan sekalian lama berusaha untuk membebaskan pulau itu daripada cengkaman Beijing. Walaupun tidak mudah menuntut pembebasan tersebut, bahkan Taiwan menganggap China sebagai penjajah, China membiarkan Taiwan kekal sebagai kawasan ekonomi termaju dengan pentadbirannya sendiri.
Taiwan merupakan pengeluar terbesar chip dan semikonduktor dunia. Amerika Syarikat akan mempertahankan Taiwan, kerana tanpa Taiwan industri teknologi yang dipeloporinya tidak akan dapat mengawal dunia. Salah sebuah syarikat yang membuat chip ialah TSMC dan menggunakan mesin ASML yang sangat moden serta dikawal oleh Amerika Syarikat daripada jatuh ke tangan China. Mesin tersebut adalah keluaran Netherlands (Belanda)
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan, jurutera dan saintis Amerika Syarikat boleh mereka bentuk (design) dan membangunkan teknologi, tetapi tidak mampu untuk mengeluarkannya sebagai produk boleh guna secara massa tanpa pembabitan Taiwan.
Sebabnya, kecekapan pengilangan merupakan kelebihan utama Taiwan, manakala rakyat Amerika Syarikat tidak bersedia bekerja dalam suasana upah yang rendah dan persekitaran kerja yang mengejar masa.
Atas sifat itulah maka muncul tuduhan bahawa Jensen Huang telah memberitahu rahsia rekabentuk chips Nvidia yang canggih kepada Alice Huang, yang mana hubungan antara mereka dilihat sangat intim. Megaspeed merupakan pelanggan terbesar Nvidia di Asia Tenggara. Walaupun kedua-duanya mempunyai nama Huang, ianya tidak ada kaitan kekeluargaan.
Megaspeed telah mengembangkan perniagaan mereka terutama penubuhan pusat data ke Malaysia dan Indonesia (dilaporkan terdapat dua lokasi, Jawa Barat dan Batam). Megaspeed dikatakan telah membeli pelayar komputer yang dihasilkan oleh Nvidia dalam kuantiti besar, dianggarkan melebihi USD$ 5 bilion.
Semasa menguruskan Megaspeed di Singapura, kerajaan Singapura menafikan bahawa beliau menetap di sana. Alice dilaporkan sentiasa berulang-alik antara Taiwan atau Hong Kong dan Singapura. 7Road International asalnya adalah sebuah syarikat permainan komputer dan video, dimiliki oleh pelabur China, sebuah cawangan di bawah 7Road Holding yang ada kaitan dengan Kang Wei.
Apabila dibeli oleh Alice Huang (dengan modal daripada Kang Wei dan Alibaba), ia mula membuka laluan untuk meneroka bidang teknologi awan, yang merupakan prasyarat penting dalam kecerdasan buatan (AI). Alice mula menjalin hubungan perniagaan dengan Jensen Huang, pengasas Nvidia dianggap sebagai penyedia AI yang cukup berjaya dan paling berpengaruh. Nvidia ketika itu berada di puncak teknologi AI manakala syarikat-syarikat AI lainnya lebih menumpukan perniagaan dalam bentuk perisian.
Nvidia lebih memberikan tumpuan penjualan perkakasan bagi membolehkan perisian AI beroperasi dengan lancar dan memenuhi keperluan setiap orang. Walaupun mempunyai persaingan dengan pengeluar chip yang lain misalnya Intel, AMD dan sebagainya, syarikat-syarikat teknologi yang berasaskan perisian melabur dalam Nvidia menjadikannya sebuah syarikat yang mempunyai nilai menjangkau USD$ 5 trilion.
Kedudukan itu dikatakan telah mengatasi banyak syarikat teknologi yang lebih awal mendominasi sektor tersebut termasuk Microsoft, Meta dan Google. Nvidia terus bersaing dengan syarikat- syarikat yang berminat dalam teknologi AI, namun akhirnya Nvidia dianggap sebagai "raja AI" dan mendapat perhatian para pelabur sehingga nilainya cukup besar. Ia merupakan kejayaan Jensen Huang menguruskan Nvidia. Meta dan Microsoft ikut melabur dalam Nvidia.
Bagaimanapun, suatu kesilapan yang dilakukan oleh Jensen Huang ialah tidak mempunyai kawalan terhadap Nvidia, kerana beliau hanya memiliki saham yang hampir sama besarnya dengan pelabur utama seperti BlackRock (kurang 4 peratus). Jensen Huang diarahkan meninggalkan Nvidia oleh keputusan Ahli Lembaga Pengarah pada malam Rabu, 11 November 2011 dan keesokannya, mengumumkan meletakkan jawatan. Ia menyebabkan nilai saham Nvidia di pasaran terus jatuh. Kejatuhan sebanyak 11 peratus menyebabkan nilai Nvidia menyusut sehingga satu trilion dolar.
Keputusan itu mendapat reaksi pelbagai, sehingga muncul pengumpulan petisyen untuk Ahli Lembaga Pengarah memikirkan semula keputusan, iaitu membawa balik Jensen Huang atas kepentingan Nvidia.
Namun, Donald Trump memberikan pandangan bahawa Nvidia perlu mencari pengganti baharu di luar Nvidia. Buat sementara, Colette Kress, yang memimpin bahagian kewangan Nvidia diarahkan menjalankan tugas sebagai CEO.
Colette menyertai Nvidia pada tahun 2013 dan sebelumnya bekerja di Texas Instrument, Cisco dan Microsoft. Tahun 2025, Colette termasuk dalam senarai bilionair Amerika Syarikat.
Reaksi pelabur juga berbeza. Mereka mahukan Jensen Huang kembali menerajui Nvidia, jika tidak, mereka mungkin akan menjual saham yang dibelinya, atau tidak akan menambahkan lagi jumlah pelaburan. Bagi mereka "Nvidia adalah Jensen Huang, dan Jensen Huang adalah Nvidia.'
Nvidia tidak akan dapat berkembang lebih jauh tanpa Jensen Huang yang dianggap sebagai "otak Nvidia". Antaranya, Leo Ko Guan, pelabur dari Singapura. Beliau sudah melabur sejumlah USD$1.3 bilion dalam Nvidia. ( https://www.straitstimes.com/.../who-is-leo-koguan-the...).
Setakat ini, petisyen mendesak Jensen Huang kembali menerajui Nvidia sudah melebihi 190,000. Ia dilakukan secara online meliputi kakitangan Nvidia, pelaburan dan teknokrat. Elon Musk bersedia untuk mengambil Jensen Huang menerajui salah satu syarikatnya, turut menandatangani petisyen tersebut.
Rusia pernah bersedia menawarkan jawatan kepada Jensen Huang sekiranya beliau berminat. Jensen Huang boleh menubuhkan syarikatnya di Rusia. Rusia akan membantunya.
Reaksi Jensen Huang terhadap petisyen itu menunjukkan petanda positif, bersedia untuk kembali sekiranya Lembaga Pengarah bersetuju. Bagaimanapun, setakat ini, Lembaga Pengarah sukar menerimanya kembali walaupun khidmat dan asas yang dikembangkan oleh Jensen Huang kepada Nvidia diakui.
Mereka sedang mencari pengganti Jensen Huang di luar Nvidia. Jensen setakat ini masih belum berhasrat keluar Amerika Syarikat, malah tetap menyayanginya kerana di situlah dirinya membesar, belajar dan membina kekayaan.
Antara nama yang disebut ialah Dr Lisa Su, CEO AMD. Lisa Su mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Jensen Huang, walaupun semasa kecil mereka tidak pernah bergaul. Dalam satu laporan, ibu Jensen Huang ialah adik bongsu bapa Lisa Su. Mereka sama-sama berasal dari Taiwan. Lisa dan Jensen Huang dilaporkan pernah bertemu beberapa kali, biarpun antara keduanya merupakan "musuh perniagaan".
Itulah perjalanan seorang pengasas yang membawa Nvidia dari sebuah syarikat kecil, dimulakan di sebuah restoran tempat Jensen Huang bekerja sebagai pencuci pinggan (Denny's), pernah berhadapan masalah membayar gaji kakitangan, bakal diisytiharkan muflis (1995) bangkit menjadi sebuah syarikat yang memberi harapan besar kepada perkembangan teknologi AI, yang diharapkan dapat memimpin ekonomi Amerika Syarikat.
Jensen Huang mahukan AI yang menjadi sumber ekonomi masa depan terus bersaing secara sihat kerana tanpa persaingan, kesejahteraan teknologi AI tidak akan dinikmati oleh setiap negara, masyarakat dan individu.
( https://www.facebook.com/share/r/1FTqrbK7dL/)
Sebuah syarikat permainan video Jepun, Sega dianggap sebagai penyelamat apabila bersedia melabur sebanyak USD 5 juta dalam Nvidia pada tahun 1996. Pelaburan itulah menghidupkan semula Nvidia setelah berjaya mencipta grafik permainan video yang menonjol, GeForce.
(bersambung)
MONOSIN SOBRI
