SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP (V)

Amerika syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump menggunakan kelebihan teknologi sebagai senjata, dengan tujuan untuk mengekal dan perluaskan kuasa hegemoni. Sebab itulah Trump sangat mesra dengan teknokrat teknologi, bahkan secara tidak rasmi melantik Jensen Huang sebagai penasihat AI.

Nadi yang menguruskan Nvidia adalah para pelabur, yang setiap daripadanya mempunyai satu undi. Setiap keputusan untuk memaksa Jensen Huang berundur atau diterima kembali akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah, dan Jensen Huang hanya memiliki satu undi. Jensen Huang tidak menjadikan Nvidia sebagai entiti kawalannya, walaupun dua anaknya, Madison Huang dan Spencer Huang adalah staff Nvidia.

Madison mengetuai jabatan pemasaran dan pengurus komunikasi Nvidia. Spencer Huang pula mengetuai bahagian robotik Nvidia. Madison berkahwin dengan Nico Caprez pada tahun 2025. Caprez menyertai Nvidia sebagai eksekutif pada 2024 dan berasal dari Switzerland. Selepas berkahwin dengan Madison, Caprez dinaikkan pangkat sebagai pengarah bagi perniagaan Nvidia di Asia.

Ia berbeza dengan struktur kuasa dalam Microsoft, Google, Meta dan sebagainya. Pengasasnya mempunyai kuasa (kawalan saham terbesar), dan ahli lembaga pengarah tidak berupaya memecat pengasasnya. Mark Zuckerberg misalnya, memiliki 60 peratus saham dalam Meta. Apa pun yang berlaku ke atasnya, beliau tetap mampu mengawal entiti perniagaan di bawah Meta. (https://www.facebook.com/share/v/1Mk7cVrz2Z/)

Struktur pengurusan sedemikian hampir sama digunakan oleh Apple, yang pernah menyingkirkan pengasasnya, Steve Jobs (1984). Steve Jobs kembali menerajui Apple (1997) setelah Apple membeli NeXT (1996) sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Steve Job selepas meletakkan jawatan di Apple.

Seorang lagi pengasas Apple (ditubuhkan 1976), Steve Wozniak mengambil keputusan beralih profesion, menjadi pendidik secara sukarela. Setiap apa yang diperoleh daripada Apple disumbangkan kembali kepada masyarakat untuk membantu kanak-kanak belajar dan kini, sebagai ingatan berkekalan, Apple memberikan USD 50 seminggu kepada Wozniak. Wozniak telah disingkirkan oleh Steve Jobs, walaupun peringkat awal beliau adalah otak yang menghidupkan perniagaan Apple. (https://inet.detik.com/.../steve-wozniak-otak-apple-yang...)

Setelah Steve Jobs kembali menerajui Apple, beliau memulakan reformasi besar-besaran dengan memperkenalkan model telefon iPhone, kemudian siri laptop iMac, iPod dan sebagainya. Kesemua gajet tersebut menggunakan perisian khas yang direkabentuk secara eksklusif, Macintosh. Ia mendapat sambutan dan Apple muncul sebagai syarikat yang paling berharga dan menduduki takhta pertama dalam dunia korporat dunia. Steve Jobs meninggal pada Oktober 2011 akibat kanser, dan kini, Apple dikendalikan oleh Tim Cook. Tim Cook disebut oleh Donald Trump sebagai pengganti Jensen Huang.

Hubungan mesra Jensen dan Alice telah menimbulkan syak wasangka yang akhirnya menggemparkan seluruh dunia ketika ini. Pada tahun 2024, satu siasatan telah dimulakan ke atas Megaspeed sehingga membawa kesimpulan awal bahawa pelayan (server) yang dihantar ke Asia Tenggara oleh Nvidia kemungkinan dieksport semula ke China. Alasannya, Megaspeed telah membeli pelayan dan chip Nvidia melebihi keperluan sebenar.

Pada andaian yang dibuat, kerana perolehan pelayan dan chip itulah China dikatakan lebih cepat dapat membangunkan teknologi AI. Kemunculan perisian atau platform DeepSake turut dikaitkan dengan teknologi Nvidia, sedangkan ketika dilancarkan secara rasmi DeepSake, firma-firma yang berkaitan AI masih belum mempunyai platform tersebut.

Firma-firma perisian Amerika masih dalam peringkat awal pembangunannya, dan ada yang sedang dalam percubaan, belum boleh dianggap sebagai perisian yang sedia digunakan. Ia menimbulkan kecurigaan bagaimana seorang anak muda dari China berjaya melakukannya begitu cepat dan dengan kos yang amat rendah.

Kegemparan itu menjadi semakin meluas sehingga muncul iri hati pihak tertentu terhadap Jensen Huang. Jensen Huang cukup baik dengan Donald Trump, bahkan beberapa kali dikatakan melobi agar chip Nvidia dibenarkan dijual kepada China. Jadi, dari situlah muncul percubaan untuk menjadikan Jensen Huang sebagai "musuh" dan usaha untuk menjatuhkan beliau bermula.

Setahun lamanya Donald Trump berusaha mempertahankan Jensen Huang. Bagi Trump, Jensen Huang tidak mengetahui bahawa Alice Huang adalah agen perisik yang direkrut oleh China untuk mendapatkan chips dan maklumat mengenai teknologi AI yang menjadi teras perniagaan Nvidia.

Pada bulan November 2025, dua agensi Amerika Syarikat melakukan siasatan ke atas Megaspeed. Mereka turut menyoal Alice Huang, namun tidak menemukan bukti pelayan (server) yang dibeli itu telah dieksport semula ke China, sama ada melalui Singapura ataupun ditukar labelnya sebaik sahaja tiba di Singapura.

Selepas disoalsiasat, Alice Huang meninggalkan Singapura. Menurut laporan imigresen Singapura, Alice Huang tidak lagi dibenarkan memasuki Singapura, dan meninggalkan Singapura pada 5 November 2025, selepas selesai soal-siasat.

Jensen dan Alice dikatakan mula bertemu di sebuah restoran makanan Itali, Ristorante da Valentino di Turf Club, Singapura pada bulan Disember 2023. Pertemuan itu tidak menunjukkan hubungan romantik, tetapi putik-putiknya sudah mula muncul apabila kedua mereka dilihat cukup mesra sebagaimana dirakamkan oleh salah seorang kakitangan restoran terbabit.

Gambar kemesraan antara mereka ditularkan setahun selepas itu apabila Jensen Huang membuat keputusan meletak jawatan (12 November 2026). (https://sg.news.yahoo.com). Ada juga aliran menyatakan bahawa Jensen Huang sudah mengenali Alice Huang pada tahun 2015. Kang Wei memperkenalkan Alice Huang kepada Jensen Huang dalam satu majlis makan malam di Taipei, Taiwan.

Cara Jensen Huang menguruskan perniagaan adalah berbeza dengan kebanyakan ketua pengurusan syarikat teknologi. Jensen lebih gemar berbincang dan membuat keputusan perniagaan secara lebih santai, terutama ketika berbincang di meja jamuan. Jensen juga dilaporkan tidak gemar melakukan urusniaga secara formal, sebaliknya, keputusan perniagaan termaktub ketika dua orang berjabat tangan.

Misalnya, keputusan perniagaan antara Nvidia dan TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company ) yang membabitkan pengilangan chips Nvidia bernilai ratusan bilion dolar untuk tempoh 30 tahun.(https://www.facebook.com/share/p/1JH3hSoFMp/).

(bersambung)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com