SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP (VI)

Ketika tempoh penggal pertama, Trump melakukan beberapa sekatan terhadap dua syarikat teknologi China yang dilihat sebagai ancaman syarikat teknologi Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Trump bukan sahaja mengharamkan produk Huawei dan Z'tronic malah akan menghukum mana-mana firma yang bekerjasama dalam teknologi 5G.

Ini kerana, jenama telefon Huawei semakin mendapat sambutan dan berjaya mengatasi jualan Samsung. Jika tidak dibuat sekatan, jenama iPhone akan terkesan teruk. Ia membawa kesan lebih buruk terhadap jenama Amerika Syarikat setelah Ford yang pernah menjadi kebanggaan semakin mengecil pasarannya.

Jika jenama besar Apple tidak lagi semegah sekarang, terutama dicabar oleh Huawei, Amerika Syarikatnya mungkin dianggap sebagai satu bentuk penghinaan. Itulah juga yang dilakukan oleh Trump untuk menyekat TikTok untuk memperluaskan pasaran di Amerika Syarikat. Jika pemilikan TikTok tidak dipunyai oleh rakyat tempatan, TikTok akan disekat. TikTok begitu popular malah dalam beberapa hal ia sudah mengandungi kedudukan Facebook sebagai media sosial popular.

Untuk meyakinkan rakyat Amerika Syarikat, Trump mendakwa Huawei dan Z'tronic melakukan operasi yang bersangkutan dengan pemindahan data pengguna kepada kerajaan China, dan data itu akan dijadikan sebagai maklumat strategik perisikan. Beberapa orang pegawai Huawei, termasuk anak perempuan pemilik syarikat teknologi tersebut telah ditahan atas dakwaan melakukan pengintipan.

Jadi, apabila ada laporan mendakwa bahawa Alice Huang adalah seorang perisik teknologi oleh China, ia membuatkan Donald Trump berubah perspektif tindakan. Dalam jawapan dakwaan tersebut, Trump memberitahu bahawa Jensen tidak mengetahui Alice adalah seorang perisik. Trump tetap mempertahankan Jensen Huang, kerana Trump sedar terlalu besar risikonya bila CEO Nvidia itu ditekan atau dikenakan tindakan undang-undang.

Trump ada hubungan yang baik dengan Jensen Huang, walaupun Jensen tidak menganggotai mana-mana parti politik. Jensen lebih tumpukan kepada pembinaan empayar perniagaan Nvidia, dan beberapa kali memberitahu Trump bahawa dirinya tetap setia dengan Amerika. Jensen berkahwin dengan rakyat Amerika, Lori Mills (1985) dan mereka mempunyai dua orang anak, Spencer dan Madison.

Tidak mudah Jensen meninggalkan Amerika kerana dua orang anak lelakinya adalah warganegara Amerika manakala Lori adalah orang yang mencintainya sebelum berstatus bilioner. Kedua mereka mula berkenalan dalam satu projek di makmal semasa masih belajar dalam bidang kejuruteraan elektronik. Kedua-duanya merupakan pelajar kejuruteraan elektronik di Universiti Oregon (1980). Ketika itu, usia Jensen 17 manakala Lori Mills 19 tahun.

Bahkan ada naratif mengatakan Lori Mills sanggup menjual barang-barang kemas miliknya untuk membantu Jensen membayar gaji pekerja di peringkat awal penubuhan Nvidia. Jensen menyifatkan intelek Lori adalah lebih hebat daripada dirinya. Ketika skandal itu terdedah, Jensen secara terbuka memohon maaf kepada isteri dan seluruh kakitangan Nvidia. Jensen dan Lori berkahwin sebelum Nvidia ditubuhkan.

Ketika awal penubuhan Nvidia, Lori menjadi salah seorang kakitangan. Sehingga kini, belum ada tanda-tanda mereka akan bercerai setelah hidup sebumbung selama 41 tahun. Dua hari selepas meletakkan jawatan, Lori dan suaminya berpegangan tangan di hadapan kakitangan Nvidia, seolah-olah tidak merasa terbeban dengan skandal yang melibatkan suaminya.

Jensen Huang juga turut dikaitkan dengan seorang kakitangan Nvidia, iaitu Kimberley Powell. Kimberley berasal dari Pulau Rhodes dan menyertai Nvidia pada tahun 2008. Tahun 2017 dilantik sebagai naib pengerusi pembangunan perniagaan bagi kesejahteraan perkakasan dan perisian komputer serta kesihatan analitik (healthcare analytic). Ketika menyertai Nvidia, jumlah pekerja adalah sekitar 1,500 hingga 2,000 orang. Kini seluruh pekerja Nvidia menjangkau 42,000 orang di 38 buah negara.

New York Times pada 11 November 2026 mendedahkan bahawa Kimberley dan Jensen mempunyai hubungan terlarang pada awal tahun 2026 di sebuah hotel di San Jose, California. Ia berlaku pada bulan Mac 2026 ketika berlangsungnya persidangan GTC (GPU Technology Conference). Kimberley (48 tahun) dan Jensen Huang masing-masing sudah pun berkeluarga.

GTC merupakan persidangan tahunan Nvidia yang mempertemukan semua ketua jabatan dalam operasi dan penciptaan produk Nvidia. Kimberley merupakan eksekutif yang melapor secara langsung kepada Jensen Huang.

Chip Nvidia yang dibekalkan ke Singapura itu dilaporkan telah dieksport semula ke China. Sebagaimana dilakukan oleh Singapura dalam pelbagai transaksi perdagangannya, mengeksport semua produk yang dibelinya. Bagaimanapun, Singapura berusaha keras untuk menyiasat kemungkinan tersebut dan melihat eksport semula chip sebagai satu bentuk pelanggaran peraturan perdagangan.

Singapura tidak mempunyai produk asli, kebanyakan produk yang dieksport atas kapasiti pembungkusan semula dan diproses kembali sebagai nilai tambah (value added). Inilah juga yang menjadi pertikaian dengan Indonesia sehingga penjualan gas asli dipotong kerana Indonesia mendakwa, ia dieksport semula ke negara lain.

Penyeludupan chip secara itulah yang menjadi persoalan yang cukup besar, yang bakal membawa kepada lebih banyak sekatan akan dilakukan oleh Amerika Syarikat yang mahu mendominasi ekonomi AI. (https://www.facebook.com/share/v/1MVRFBFdoE/).

Kisah hubungan terlarang Jensen dan Alice membawa kembali kepada konsep mempengaruhi seseorang yang berkuasa dalam tradisi perang China kuno, iaitu "trap honey", iaitu menggunakan daya tarikan kecantikan seseorang wanita bagi mempengaruhi musuh atau lawan.

Wanita cantik diumpan agar maklumat rahsia atau kekuatan lawan dapat dikumpulkan. Akhirnya, hubungan romantis itu akan menjadi sumber membangkang rahsia dan kekuatan; maka di situlah akan menjadi kuasa baharu untuk menundukkan seseorang yang dianggap sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan secara fizikal.

Kisah begini banyak kita tontoni dalam filem fiksyen yang menggunakan angka 007 (James Bond), cuma berbeza, James Bond sentiasa menang.

Apa kaitannya dengan Malaysia?

Subsidiari Megaspeed di Malaysia ialah Speedmatrix Sdn Bhd yang didaftarkan di Klang, Selangor. Speedmatrix dikuasai oleh usahawan Singapura, Tan Yong Pong, pemilik Swifdata, yang telah mengambil alih Megaspeed. Speedmatrix diberikan tanah di zon perdagangan bebas Port Klang (PKFZ) tetapi gagal memuktamadkan syarat tawaran tersebut.

Satu lagi entiti berkaitan Megaspeed ialah MS Fusion Sdn Bhd yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM 36 juta. MS Fusion berperanan sebagai cabang pelaburan Megaspeed. MS Fusion memeterai perjanjian membeli tanah perindustrian pegangan bebas seluas 52.24 ekar dengan Cresendo Corporation di Taman Perindustrian Cemerlang, Kota Tinggi. Tujuannya ialah membangunkan pusat data berkapasiti 300 megawatt pada Ogos 2025.

Ogos 2026, setelah mendapat beberapa surat arahan untuk menyelesaikan baki pembelian tanah terbabit, MS Fusion membuat bayaran sejumlah RM 225.91 juta (bersama tuntutan denda lewat berjumlah RM1.51 juta).

Setakat ini, tidak diketahui sejauh manakah kemajuan projek terbabit. Bagaimanapun, satu lagi syarikat tempatan dikatakan terbabit dalam urusniaga yang dijalankan oleh MS Fusion, mengeksport semula chip Nvidia dan pelayan yang diperlukan itu ke China.

MITI Sedang giat menyiasat bagaimana urusniaga tersebut boleh berlaku (benar atau tidak) kerana ia akan membantu beberapa kelompok pelaburan asing dalam pembinaan pusat data berdasarkan peraturan eksport semula produk strategik perlu mendapat kelulusan MITI, dan kerana ini diminta agar Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia menjalankan siasatan secara terperinci terhadap dakwaan terbabit.

Selepas kekalahan Republikan dalam Pilihan Raya Separuh Penggal pentadbiran Donald Trump, Dewan Perwakilan dan Dewan Senat dikuasai oleh Demokrat, muncul pendedahan hasil siasatan pihak tertentu mengenai penjualan semula chip Nvidia ke China oleh Megaspeed. Penjualan atau eksport semula itu dikatakan berjaya dilakukan menerusi hubungan sulit Jensen Huang dengan Alice Huang menerusi Megaspeed.

Secara langsung, Malaysia tidak terbabit dengan aktiviti tersebut, walaupun terdapat dua syarikat yang merupakan subsidiari Megaspeed yang dimiliki oleh Tan Yong Pong, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MS Fusion Sdn Bhd. Berdasarkan kenyataan media MITI, tidak ditemui berlakunya eksport semula chip Nvidia dilakukan oleh dua subsidiari Megaspeed yang beroperasi di Malaysia.

Bagaimanapun, muncul kebimbangan masyarakat Malaysia terhadap KWSP. KWSP mempunyai nilai pelaburan yang besar dalam Nvidia, yang diterajui oleh Jensen Huang, iaitu sebanyak 6.85 juta saham bernilai RM 5.62 bilion setakat 30 Jun 2026. Portfolio pelaburan tersebut menjadikan Nvidia sebagai pelaburan kedua terbesar KWSP di Amerika Syarikat selepas Microsoft.

Beberapa hari lalu, Microsoft mengalami "pencerobohan siber" sehingga sistem operasinya, Microsoft 365 tergendala. Bagaimanapun, semalam (15 November 2026), sistem operasi Microsoft 365 berjaya dipulihkan dalam tempoh 24 jam. Malaysia turut mengalami gangguan tersebut, dan minggu lalu, laporan menyebut pasukan yang bertugas dalam keselamatan siber bertungkus lumus mematahkan serangan siber yang berlaku beberapa puluh ribu kali percubaan.

Apa kaitan dengan serangan siber tersebut? Setakat ini belum ada kenyataan daripada mana-mana pihak walaupun ada andaian bahawa serangan itu sengaja dilakukan untuk mengalih dakwaan pembabitan China dalam aktiviti pelanggaran larangan terhadap eksport chip Nvidia.

Dakwaan bahawa Alice Huang sebagai perisik China juga belum dapat dipastikan kesahihannya dan ia tidak dapat dikaitkan sebagai tindak balas untuk memberi amaran kepada pihak yang sengaja menuduh kaitan skandal Jensen Huang dan Alice Huang.

Tetapi apa yang kita boleh meneroka ialah perihal sikap dan budaya politik Amerika Syarikat yang rasis, tidak mahu dikalahkan oleh sesiapa pun, dan berusaha keras untuk mengekalkan kedudukan sebagai "polis dunia" dan "mengawal seluruh sistem ekonomi serta geopolitik dunia."

(bersambung)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com