SKANDAL NVIDIA DAN MEGASPEED BUKAN SEKADAR CHIP (VIII)

Rakan kongsi Warren Buffet dan Timbalan Pengerusi Berkshire Hathaway, Charlie Munger (1924-2023) pernah memberikan nasihat: There are only three ways a smart person can go broke: liquor, ladies and leverage."

Dalam satu wawancara TV (2018), Warren Buffet memberikan komen tentang pandangan rakan kongsinya: "Now the truth is - the first two he just added because they started with L - it's leverage." Bagi Warren Buffet, kehidupan seseorang lelaki secara lazimnya tidak jatuh kerana arak (liquor) dan wanita (ladies) tetapi kerana hutang (leverage).

Seseorang itu berhutang kerana mengharapkan keuntungan yang lebih besar dalam sesuatu usaha yang ditekuninya, dan jika dilihat dari corak perniagaan masa kini, hutang menjadi faktor paling dominan dalam menentukan sesuatu perniagaan, sama ada berjaya atau gagal. Dalam dunia korporat, hutang hadir dalam bentuk pelaburan dari luar, yakni para kapitalis yang kaya meletakkan sebahagian wang dengan menghadapkan keuntungan besar.

Begitulah dunia kapitalisme, bukan sekadar berhubung antara satu sama lain, mereka juga semakin membentuk persaingan dan tidak kurang membentuk kartel. Dalam dunia teknologi, saling bergantung sangat kuat mengikat, kerana sesebuah firma dianggap berjaya setelah mampu menarik ramai pembeli saham sehingga langganannya cukup besar. Nvidia bukan syarikat milik keluarga, walaupun tiga ahli keluarga bekerja di dalamnya. Nvidia menjadi besar dan gah kerana ramai pelabur yakin ia mampu berkembang lebih jauh, dan itulah yang menjadi harapan setiap orang yang memiliki sahamnya.

Atas sebab kepemilikan tersebut Nvidia bukan sahaja menghasilkan produknya yang canggih, berjaya memimpin pasaran teknologi AI dengan rangka kerja yang berbeza, dan dalam masa yang sama, ditekan oleh para pelabur, sama ada orang perseorangan ataupun firma-firma teknologi yang lain dan juga syarikat yang hidupnya mencari untung besar daripada pelaburan yang dibuat.

Jensen Huang sedang terjerat dengan tekanan tersebut, dan ketika beliau dipersalahkan, BoD kekal dengan keputusan tidak mengizinkan beliau kembali. Makin semakin banyak pendedahan dilakukan, cerita-cerita lama dikorek untuk menggambarkan dirinya bukanlah seorang pemimpin yang baik, penuh dengan salah laku.

Apa yang berlaku sehingga Jensen Huang meletakkan jawatan ialah tekanan yang dikenakan ke atasnya oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD), mereka lebih berkuasa. Jensen Huang tidak mempunyai kuasa penentu (mengawal) kerana model perniagaan Nvidia ialah ditentukan oleh pemilik saham terbesar, dan Jensen tidak memilikinya, hanya sekitar 3.5 peratus walaupun beliau adalah pengasas dan berusaha keras selama 33 tahun untuk membangunkannya.

BOD juga berhak menentukan sama ada Jensen Huang dibenarkan kembali ke Nvidia dan mereka sudah membuat keputusan, tidak akan menerimanya. Jensen Huang yang mendapat sokongan awam dari petisyen yang dibuat, masih belum jelas peluang kembali biarpun memberikan bayangan bersedia untuk mengoperasikan semula Nvidia. Bahkan, banyak pihak mengharapkan Jensen Huang diterima dan khabarnya sedang berlaku lobi tersebut dalam kalangan teknokrat Lembah Silikon.

Bagaimana Jensen Huang boleh dijatuhkan sehingga beliau sendiri meletakkan jawatan?

Terdapat beberapa teori "internet blues" yang sedang berlegar. Ia dikaitkan dengan peranan Setiausaha Pertahanan Rumah Putih, Marco Rubio. Marco Rubio menulis memo kononnya merupakan ringkasan daripada hasil perisikan Agensi Perisikan Pusat USA, yang kita kenali sebagai CIA.

CIA mengandaikan bahawa hubungan sulit di luar pernikahan Jensen Huang dan Alice Huang sebagai hubungan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Sebabnya, Alice Huang digunakan oleh China untuk mendapatkan maklumat tentang kehebatan chip dan pelayan Nvidia yang telah diharamkan penjualannya ke China.

Dalam maklumat terbaharu, Alice Huang diperkenalkan oleh Alibaba pada tahun 2022 di Taipei, Pahang. Gambar pertemuan itu turut dirakamkan oleh anak perempuan Jensen Huang sendiri. Alice Huang digunakan oleh Alibaba untuk mempengaruhi Jensen Huang bagi mendapatkan maklumat mengenai teknologi komputer awan (cloud computer technology) yang sedang dibangunkan oleh Nvidia bagi melengkapkan ekonomi AI.

Memo tersebut bocor, dan kandungan tersebut dilaporkan oleh akhbar New York Times. Bila berita itu tersebar, BOD mengambil keputusan untuk bermesyuarat bagi melihat apakah kemungkinan yang akan berlaku ke atas saham-saham Nvidia, yang ketika itu menduduki tempat kedua sebagai firma teknologi terbesar selepas Apple. Nilai saham Nvidia dikatakan mencecah hampir USD $ 5 trilion.

Setelah itu, Jensen Huang yang hadir tidak dapat menjawab dakwaan yang dibuat, maka BOD membuat pengundi sesama mereka sebagai satu keputusan tindakan. Keputusan itu tidak menyebelahi Jensen Huang, dan keesokannya (12 November 2026), Jensen Huang menghantar surat peletakan jawatan sebagai CEO dan ketua operasi Nvidia.

Dalam satu temubual dua hari kemudian, Jensen Huang mengatakan beliau sedia melepaskan semua pegangan sahamnya dalam Nvidia kepada dua anaknya (Madison Huang dan Spencer Huang) yang masih merupakan kakitangan Nvidia, dan menantunya, Nico Caprez (suami Madison Huang). Beliau juga meminta maaf kepada semua kakitangan dan isterinya, Lori Mills, isteri yang banyak berperanan ketika Nvidia mula diadakan.

Jensen Huang tidak bersedia meninggalkan Amerika Syarikat dan bercerai, sebaliknya mengakui bahawa Amerika tetap di hati dan Lori Mills tetap bidadari yang sentiasa memahami perjalanan seorang lelaki yang bercita-cita besar, menggerakkan teknologi AI untuk semua.

Kata Jensen Huang, AI tidak wajar disekat ke atas sesetengah negara, "Nvidia can win around the world, instead giving up the world." Pendirian itu menjadi kontroversi, mungkin juga peluang untuk musuh-musuh Nvidia untuk menjatuhkan Jensen Huang.

Jensen Huang menolak dakwaan kononnya, AI boleh disamakan dengan uranium, jika digunakan secara betul dan dibenarkan diperkayakan oleh semua negara, ia seolah-olah tidak dapat dikawal, akhir boleh menjadi senjata pembunuh. Jika pemprosesan uranium perlukan kawalan, maka AI juga wajib dikawal.

Ia mungkin menjawab pandangan Christ Miller yang mengatakan, sesiapa yang berjaya mengawal industri chip, maka dialah yang akan menjadi pihak yang paling berkuasa. Christ Miller seolah-olah mengulangi pandangan Alvin Toffler pada tahun 1970-an, sesiapa (negara) yang berjaya menguasai maklumat, maka orang itulah yang paling berkuasa. Information is power. (Alvin Toffler, Powershift: Knowledge, Wealth and Violence at the Edge of 21st Century, New York: Bantam Books, 1990; dan Alvin Toffler, Third Wave: New York: William Morrow, 1990).

Jika teori "internet blues" boleh menjawab sedikit sebanyak persoalan tersebut, mungkin dapat memahami tindakan untuk menjatuhkan Nvidia itu sebagai "corporate coup." Setakat ini, kita memahami Jensen Huang disingkirkan oleh BOD, maka di peringkat-peringkat organisasi ia dikenali sebagai "boardroom coup." Corporate coup berlaku apabila ada beberapa firma teknologi yang menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk menjadi pemain utama atau dikenali sebagai pemimpin pasaran.

Pasaran teknologi AI sedang berkembang dan dijangka akan menghasilkan satu bentuk ekonomi baharu yang dipanggil ekonomi AI. Nvidia adalah sebuah firma teknologi AI yang cukup maju dan terkedepan, maka akan muncul syarikat-syarikat yang menjadi saingannya. Antaranya, Anthropic PBC dan OpenAI. Anthropic merupakan pembekal dan penyedia AI untuk kegunaan operasi dasar dan pentadbiran Rumah Putih.

Anthropic juga bimbang bila sahamnya dimasukkan ke IPO (NASDAQ, New York pada 19 November 2026) tidak mendapat sambutan, maka diperlukan sesuatu yang dapat menarik pelabur untuk membelinya. Ini kerana Nvidia mempunyai kekuatan dari produk dan penerimaan sebagai pemain utama pusat data. Jika kedudukan Nvidia semakin besar, Anthropic dikatakan akan gagal mencapai sasarannya, terutama bila ada rekod tidak baik mengenainya. Anthropic pernah didenda USD $1.5 bilion kerana melanggar Akta Hak Cipta, menyalakan jutaan buku untuk tujuan latihan LLM Claude.

Pada hari pertama Anthropic disenaraikan di NASDAQ, ia mencapai langganan cukup besar sehingga kedudukannya dilihat mula membentuk kartel teknologi AI. Walaupun tidak mengeluarkan sebarang perkakasan, Anthropic yang membekalkan teknologi perisian Claude dilihat sebagai permulaan mengubah peradaban dunia dan dalam masa yang sama dikhuatirkan mengancam sisi-sisi keinsanan, sebabnya, Claude akan mengubah segala-segalanya, termasuk moral dan teras keyakinan beragama.

Persoalan kepentingan guru agama atau pentafsir kitab suci akan menjadi sesuatu yang semakin dijauhi, kerana setiap persoalannya akan didapati melalui ChatGPT mahupun perisian yang berasaskan AI. Semasa permulaan Claude, untuk tujuan latihan Anthropic menyalin semua buku-buku lama sehingga berjuta tajuk. Buku itu dimusnahkan kemudiannya, iaitu setelah proses meyakininya dalam format digital selesai.

Bayangkan, setiap orang boleh mengubahnya menjadi versi yang diinginkan atau mengikut tafsirannya secara bebas, akan menyebabkan rukun dan prinsip agama yang asal bergeser dan seterusnya bertukar seperti kita pernah memahami sebuah kajian psikologi terhadap perubahan mesej asal apabila dipindahkan dari seseorang kepada seseorang. Ia mungkin membenarkan fenomena bagaimana tujuh orang buta memahami tentang gajah.

Manusia dalam dunia AI umpama orang buta yang cuba mengenali gajah, dan apa yang dirasainya itulah yang dideskripsikan sebagai gajah, bukan gajah secara umum dan lengkap. Bayangkan jika situasi itu menjadi semakin besar dan mempengaruhi seluruh aspek kehidupan, ia menjadi suatu kebimbangan yang memungkinkan manusia membunuh manusia hanya menerusi papan kekunci, bukan lagi dengan senjata canggih.

Setelah dibuka pada 19 November, saham Anthropic mendapat langganan sebanyak USD$ 1.4 trilion. Inilah yang sangat diharapkan. Mungkin kerana saham Nvidia mengalami kemerosotan, dan Anthropic dilihat mampu memberikan cabaran selepas ketiadaan Jensen Huang, ia mendapat langganan yang sangat besar. Ia merupakan sejarah yang sangat membanggakan Anthropic.

Dalam satu keterangan, perisian LLM (Large Language Model) Claude ciptaan Anthropic digunakan oleh Jabatan Pertahanan (Jabatan Perang) Amerika Syarikat ketika melancarkan perang ke atas Iran. Perisian ini juga digunakan dalam pemantauan maklumat-maklumat rahsia kerajaan sejak tahun 2024, iaitu sebaik sahaja Donald Trump kembali ke Rumah Putih untuk penggal kedua. Trump dikatakan berhasrat untuk menghentikan penggunaan LLM Claude pada bulan Oktober.

Anthropic merasakan ia sesuatu yang akan menyebabkan syarikat berhadapan dengan kerugian dan kehilangan pendapatan yang sangat ketara. Atas lobi yang berterusan itu menyebabkan Marco Rubio menulis memo dengan mengandaikan bahawa Jensen Huang dijadikan alat oleh China untuk mendapatkan chip dan pelayan Nvidia. Suatu siasatan telah dibuat sejak tahun 2024, dan tidak menemukan bukti kukuh China menggunakan "honey trap" atas hubungan intim Alice Huang dan Jensen Huang.

Namun, muncul satu kemungkinan lain, disebabkan Megaspeed telah berbelanja besar untuk mendapatkan chip dan pelayan keluaran Nvidia bagi kegunaan pusat data yang dikatakan berada di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Maklumat yang diproses di pusat data itu kemudian akan dihantar ke China melalui jalur internet.

Isu tersebut belum menjadi sesuatu yang terlarang, maka pusat data yang berada di Asia Tenggara akan menjadi pusat pengumpulan maklumat strategik oleh China. Dalam masa yang sama, suami Alice Huang, Kang Wei telah membina pusat datanya sendiri yang akan menampung maklumat yang disalurkan melalui pusat data di Asia Tenggara. Dianggarkan sejumlah USD$9 bilion (2021-2024) telah dibelanjakan oleh Kang Wei untuk membina pusat datanya di China. ( https://www.facebook.com/share/r/1DtXNkWxkv/)

(bersambung)

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com