SOLUSI 'KEMELUT DAN PARAMETER POLITIK'.

KEMELUT POLITIK masih tidak menampakkan adanya penyelesaian yang tuntas meskipun Pilihan Raya Umum ke - 15 diadakan.

Pengalaman sejarah seperti membenarkan, biarpun setiap kali keputusan PRU selesai dan kerajaan berjaya dibentuk, kisah dan perjalanan politik negara ada sahaja perkara yang tidak beres, bahkan apa yang akan dilaksanakan, akan dipersoalkan akibat berbeza parameter.

Dalam perihal beragama dan pemerintahan muncul sekurang-kurangnya dua paradigma pemerintahan, walaupun secara perundangannya cukup jelas Islam adalah salah satu kerangka pemerintahan yang tidak boleh dipersendakan.

Paradigma pertama inginkan Malaysia kekal sebagai sebuah negara sekular atau semisekular kerana apa yang dimaktubkan dalam Perlembagaan lebih bernuansakan persoalan kemasyarakatan dan kepelbagaian.

Paradigma kedua mahukan Islam dijadikan kerangka mutlak dalam setiap aspek pemerintahan dan juga resam budaya dengan alasan agama dan politik tidak dapat dipisahkan. Pegangan mereka, Islam bukan sekadar 'kepercayaan' yang boleh disamakan dengan pengertian budaya dalam konteks pendidikan sosiologi ataupun kajian budaya.

Islam hadir secara lengkap sebagai tatacara hidup yang bersepadu antara tauhid, hukum dan bermuamalat. Politik dan pemerintahan adalah asas yang sangat memerlukan ketrampilan untuk bermuamalat. Sebab itulah Islam sangat menekankan kepada seseorang untuk memimpin, berasaskan kepakaran dan disusuli dengan praktis 'pengawalan diri' yang tinggi.

Semakin berkuasa seseorang, semakin banyak godaannya. Godaan datang dalam pelbagai bentuk, tetapi dalam kamus budaya Melayu dijelaskan dengan 'tiga ta' - tahta (puncak kuasa), wanita dan harta.

Islam hadir dengan mandat dan tujuan yang jelas bersama hasrat yang cukup tinggi, yakni mengangkatkan martabat manusia ke dalam tatacara kehidupan yang berakhlak. Akhlak dan moral atau etika, biarpun mempunyai peranan yang hampir sama, kedudukan akhlak adalah lebih tinggi daripada etika ataupun moral.

Ini kerana etika atau moral dipandang sebagai sesuatu yang baik dan berguna berdasarkan prinsip dan persetujuan rasional bersama antara manusia. Ia kemudian membentuk norma dan nilai, pematuhan dan pelanggarannya tidak banyak diberikan proses pengadilan secara formal.

Bagi seseorang yang melanggar etika atau moral, kesalahannya boleh menyebabkan seseorang itu disingkirkan dalam masyarakat, menerima kecaman (kutukan) tetapi dalam masa yang sama ia boleh memilih sama ada mengikut peraturan tersebut atau menyembunyikan diri (isolasi).

Ia berbeza dengan kedudukan hukum (undang-undang). Seseorang yang melanggar hukum, setelah dibuktikan bersalah akan ada pemberatnya, sama ada didenda, dipenjara mahupun diarahkan menjalani 'tahanan di rumah' atau membuat kerja-kerja sosial selain mematuhi syarat melaporkan diri pada sesuatu masa kepada pihak berkuasa (berkelakuan baik).

Sebelum hukuman dijatuhkan, orang yang kena tuduh (OKT) akan diberikan peluang untuk membela diri (natural justice), manakala pihak yang mendakwa wajib mengumpulkan bukti. Ertinya, bukti itulah yang menjadi 'pertaruhan' dan 'pertimbangan'. Bukti itu juga tidak dikumpul dan dijelaskan dalam keadaan yang cacat.

Bila berlakunya sesuatu kecacatan, maka ia boleh menyebabkan OKT boleh dibebaskan namun ada ketikanya ia tertakluk kepada syarat yang cukup terikat, boleh dibicarakan semula jika ada bukti yang baharu. Kita sering mendengar istilah 'dilepas tetapi tidak dibebaskan' atau 'dibebaskan dengan bersyarat' yang membawa maksud masih ada ruang dibicarakan semula walaupun sudah 'dilepaskan'.

Semakin berprofil tinggi seseorang, semakin rumit proses perbicaraan sehingga orang awam cukup bingung dengan istilah-istilah teknikal dan bagaimana undang-undang itu dirafsirkan. Di situlah muncul pula pelbagai parameter berdasarkan kriteria logik akal daripada perspektif pentafsiran undang-undang.

Bahkan ada pula tafsiran yang cukup menghina ke atas kerjaya guaman apabila keputusan dan cara bukti itu digunakan untuk dijadioan asas pertimbangan keputusan. Apatah lagi jika pihak yang mengadilinya ada kaitan sama ada secara jelas atau tidak jelas dengan konflik kepentingan atau hubungan peribadi dengan OKT atau pihak lawan (pendakwaan).

Dalam pandangan al-Ghazali (1058-1111) berdasarkan keadilan Islam, kita seharusnya memahami secara jelas apa bentuk parameter yang hendak digunakan. Kalau dalam perspektif undang-undang ialah kesalahan yang didakwa dilakukan (Seksyen dalam sesuatu Akta).

Parameter itulah yang akan mempengaruhi keputusan atau hasilnya bersama - sama bahan yang digunakan untuk membuat neraca. Bahan adalah bukti manakala parameter ialah kaedah kita membentuk ukuran nilai dan neraca adalah alat penimbang yang digunakan.

Tulis al-Ghazali: Dengan parameter apa anda menimbang kebenaran pengetahuan? Apakah dengan parameter pendapat dan analogi, yang nerupakan hal yang penuh kontradiksi dan reduksi, serta menjadi pemacu fraksi pertentangan di antara manusia? Ataukah anda menggunakan parameter pengajaran (doktrin sekte Batiniyyah), yang mengharuskan anda mengikuti Sang Maha Guru al-Imam al-Maksum? Tetapi, saya lihat anda tidak begitu berminat untuk menelisiknya.

"Tentang parameter pendapat rasio (akal) dan analogi", kata al-Ghazali, "Mahasuci Allah semoga aku terlindung darinya. Itulah parameter Setan. Hanya ada beberapa orang sahabatku yang mengandaikan hal itu sebagai parameter pengetahuan. Aku selalu memohon kepada Allah agar Dia mencukupkanku dari kemurkaan-Nya dalam memahami agama. Sebab agama mempunyai kawan yang bodoh.

"Ia lebih buruk daripada musuh yang berakal, meski Allah telah memberikan kebahagiaan mazhab Ahl at-Ta 'lim agar pertama-tama mengajarkan berdebat ala al-Qur' an sebagaimana firman-Nya: Serulah (manusia) kepada Jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, bantahlah dengan cara yang lebih baik. ( surah an-Nahl, ayat 125).

"Ketahuilah, setiap pesan Allah dalam ayat di atas mempunyai audiens (mukhattab) masing-masing yang tidak boleh diterapkan acak (rawak) pada setiap kaum. Pendekatan hikmah jika diterapkan pada ahli maw'izah (nasihat) malah akan menimbulkan bahayanya bagi mereka sebagaimana bahaya seorang bayi yang masih menyusu ketika diberi makan daging burung.

"Begitu juga pendekatan debat (mujadalah) bila digunakan pada ahli hikmah, maka mereka akan merasa jijik dan menolaknya sebagaimana kejijikan seorang laki-laki yang kuat menyusu pada susu manusia.

"Bahkan, orang yang menggunakan pendekatan debat pada Ahl al-jidal (pendebat) tanpa mengacu pada cara debat al-ahsab yang diajarkan al-Qur'an malah seperti kes orang yang menyuguhkan (menghulurkan) roti gandum kepada orang Badwi, yang tentu akan ditolaknya, sebab ia lebih terbiasa dengan menu kurma, atau sebaliknya menyuguhi orang urban dengan menu kurma yang tentunya akan ditolaknya juga sebab mereka terbiasa makan gandum.

"Teladan terbaik debat ala al-Qur'an ditunjukkan oleh Ibrahim al-Khalil AS. Beliau membuka perdebatannya kepada lawan dengan berkata: Tuhanku adalah yang menghidup dan mematikan. (Surah al-Baqarah, ayat 258).

"Namun tatkala beliau melihat hal itu kurang relevan dengan lawan debatnya, juga tidak 'sesuai' diterapkan padanya, iaitu ketika lawan tersebut menyatakan: Saya juga dapat menghidupkan dan mematikan (al-Baqarah, ayat 258) sebab andaian di lawan debat, membunuh adalah mematikan, dan melakukan hal itu jelas sangat sesuai dengan tabiatnya, maka beliau terburu-buru berdebat dengan hujah yang lebih relevan dengan tabiat lawannya tadi serta lebih mudah ia fahami dan cerna.

" Debatnya: Sesungguhnya Allah (Tuhanku) menerbitkan matahari dari timur, (cuba kalau memang anda boleh berbuat demikian seperti Tuhanku), datanglah matahari dari barat. (al-Baqarah, ayat 258).

" Ditentangnya sedemikian, praktik si lawan dengan pun langsung diam seribu bahasa dan mengaku kalah. Ibrahim di sini, tidak menggunakan 'pedang' untuk melemahkan si lawan. Apa yang diinginkan oleh Ibrahim bukan 'mematikan orang' melainkan 'menghidupkan orang'.

" Kaedah debat seperti ini tidak seharusnya dapat diraih kecuali dengan cahaya pengajaran yang dipetik dari pancaran iluminasi dunia kenabian. Sebab itulah mereka 'membungkam kecerdasan', tidak mahu rahsia mazhab Ta'limiyah merdekaterungkap." (Al-Ghazali, Neraca Kebenaran (terjemahan Risalah al-Qistas al-Mustaqim oleh Kamran As'ad Irsyady), Yogyakarta: Pustaka Sufi, 2003, halaman 3-6).

Cukup relevan untuk melihat fenomena perdebatan yang sedang berlaku dalam masyarakat, dan di situ kita akan banyak memahami watak-watak yang cuba mendominasi pendapat umum selain parameter yang mereka digunakan.

Namun, setakat ini ia belum menampakkan makna yang jelas bagaimana perdebatan terhadap sesuatu keputusan dicerakinkan dalam 'hikmah' dan kearifan Islam oleh pakar-pakar agama.

Kita disodorkan dengan pandangan ulama-politik, yang memang telah diakui penuh hipokrasi termasuk yang baru sahaja mendengongkan 'kerjasama politik' dengan mana-mana pihak atas kepentingan Islam.

Ia hanya retorik (dalam sebuah perhimpunan politik) 'kelompok mereka' yang hampir atau mirip sekte Batiniyyah sebagaimana dimaksudkan oleh al-Ghazali. Ini, dapat dilihat daripada budaya politik yang cukup paradoks dalam situasi ada sedikit kuasa dan tidak ada kuasa.

Semasa tidak berkuasa, retorik politiknya cukup berani sehingga mencapai tahap 'mematikan', tetapi setelah mempubyai sedikit kuasa, membisu seumpama 'tikus berada dalam guni beras'. Atau seumpama leher kura-kura ketika melihat 'awan mendung' atau hujan akan segera turun. Inilah yang kita lihat sekarang.

Inilah yang kita fahami bagaimana agama itu ditafsirkan menurut parameter politik mereka sehingga kadangkala boleh menghampiri kaedah 'matlamat menghalalkan cara' seperti interpretasi doktrin jihad sekitar setengah abad silam (1980-an).

Tentunya, buku kecil ini (risalah) Neraca Kebenaran sangat mirip kepada perbincangan falsafah dan tasawuf, tetapi tidak bermakna kita tidak mampu memahaminya daripada perspektif politik (acuan politik Islam).

Politik merupakan kaedah menguruskan manusia dan bernegara, maka apa yang berlaku, jika benar politik itu tidak dapat dipisahkan daripada Islam, maka kita perlu memahami wawasan pemikiran al-Ghazali secara integral bagi melahirkan sebuah kehidupan yang harmoni dan sepadan dengan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah, walaupun kita hanya sekadar memimpin diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan sahaja.

Prinsip yang cuba digagaskan oleh al-Ghazali ialah bagaimana memahami hal-hal yang dijelaskan secara tersurat dan tersirat (ayat-ayat al-Qur'an) yang menerangkan tentang kebenaran dan seharusnya apa sikap kita terhadap berpendapat, termasuk perbezaan pendirian kerana ada perkara yang sangat memerlukan 'kecerdasan ilmu' bukan hanya sekadar berpendapat dan menerima pendapat orang lain secara mudah.

Cara al-Ghazali membahaskan ideanya dalam buku ini cukup menarik, dengan menggunakan pendekatan dialog sebagaimana dilakukan oleh Socrates, yang dirakamkan oleh murid-muridnya, Aristotles dan Plato.

Metod 'seseuatu pengetahuan boleh dicungkil menerusi pertanyaan' diaplikasikan oleh al-Ghazali dalam buku ini di mana beliau menyusun dialog-dialognya dengan seseorang yang dipanggil 'F (Fulan)' dan jawapan olehnya dibawah 'G (Ghazali)'. F merupakan seorang tokoh sekte Syi'ah Batiniyyah. Cara penulisan sedemikian turut memudahkan kita memahami hujah dan pemikirannya.

Pendekatan sedemikian secara jelas menolak pandangan kabur sesetengah pemikir bahawa al-Ghazali membenci falsafah, walhal apa yang dikecam oleh al-Ghazali ialah rumusan ahli falsafah terhadap posisi Allah SWT (qadim) dan sikap rasional mereka kerana tidak menjadikan wahyu sebagai asas pertimbangan dalam berpendapat dan mencari kebenaran.

Di akhir buku Neraca Kebenaran, al-Ghazali berpesan: Ingat! Kalian harus mengubah sistematika ini dan mencabut makna-makna ini dari pelapisnya. Telah saya ajarkan bagaimana cara menimbang hal rasional dengan bersandarkan manqul (tekstual) agar ujaran (wacana) yang ada menjadi mudah diterima.

"Jangan sampai kalian jadikan sesuatu yang rasional sebagai premis ordinat dan yang manqul (tekstual) sebagai premis subordinat, sebabnya tindakan itu adalah sesuatu yang keji dan salah besar.

"Allah memerintahkan kalian untuk meninggalkan kekejian dan (sebagai gantinya memerintahkan) untuk berdebat dengan cara yang lebih baik. Jangan sekali-kali kalian melanggar perintah (Allah) maka kalian akan binasa dan binasa, serta tersesat dan tersesat." (Al-Ghazali, Neraca Kebenaran, halaman 113-114).

Wallahuaklam.

Kamarun KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com