SUNNI-SYIAH BERKONFLIK SEJAK DULU

Satu kenyataan yang tidak boleh dinafi bahawa perselisihan dan perbezaan pendapat terhadap kefahaman keagamaan telah mengakibatkan munculnya puak dan konflik sosial-keagamaan di tengah-tengah masyarakat Islam. Perselisihan dan perbezaan ini akan terus mendatangkan perpecahan dan permusuhan antara mereka. Demikianlah perselisihan antara puak Sunni dan Syiah yang kebanyakan orang menganggap ia suatu yang sah dan dibenarkan.

Sebenarnya sejarah memperlihatkan bahawa interaksi Sunni-Syiah sentiasa dipenuhi konflik dan peperangan yang berpanjangan. Kalau ada pun dialog, ia hanya bersifat sementara dan pinggiran. Jika situasi politik berubah, akan berubah pula sikap untuk berdialog yang cuba dipraktikkan itu.

Sejarah mencatatkan, terbentuknya golongan Syiah adalah hasil daripada tragedi berdarah antara Ali dan Muawiyah. Pembunuhan ke atas Ali, Hussin dan Hasan yang menurut catatan sejarawan didakwa mati diracun oleh Muawiyah.

Golongan Syiah akhirnya menjadi kelompok keagamaan dengan visi politik yang kental. Jika majoriti kaum Muslim yang bukan pengikut politik Ali dianggap sebagai perwakilan kaum Sunni, maka sejarah interaksi Sunni-Syiah adalah sejarah konflik sejak peristiwa pembunuhan Ali oleh golongan Khawarij. Sejarah Syiah banyak dipenuhi oleh kisah penindasan.

Bermula dengan penindasan penguasa Bani Ummayah ke atas Hassan bin Ali bin Abi Talib (3H/625M - 49H/669M) yang dianggap imam kedua bagi puak Syiah. Hassan dipaksa menyerahkan kekhalifahannya kepada Yazid, putera kepada Muawiyah. Manakala Hussein adiknya, yang menjadi imam ketiga juga akhirnya menjadi korban pembunuhan di Karbala oleh Yazid. Ali Zainal Abidin bin Hussein, imam keempat adalah satu-satunya anggota keluarga laki- laki Hussein yang selamat dan terpaksa mengambil jalan damai yang lebih selamat.

Pada masa imam keenam, Jaafar as-Sadiq, barulah tekanan daripada pihak pemerintah Ummayyah berkurangan. Ini memberi kesempatan untuk mereka meluaskan pengaruh dan melakukan kegiatan mereka.

Penindasan atas orang Syiah berlanjutan pada awal kekuasaan Bani Abbas. Pada masa kekuasaan Abbasiyah, orang Syiah juga ditindas sama ketika berada dalam kekuasaan Bani Umayyah dulu.

Setelah mendapat kesempatan untuk memantapkan orientasi fikih melalui imam keenam, Syiah sekali lagi mendapat kesempatan untuk mengembangkan gagasannya di bidang teologi (kalam). Entah kerana yakin pada imamah Ali atau kerana alasan politik al-Mamun (khalifah Abbasiyah) yang merupakan pendukung Muktazilah memberikan kedudukan mulia kepada ar-Rida, pemimpin Syiah ketika itu. Kenyataan ini memungkinkan ar-Rida mengembangkan ajarannya, terutama di bidang teologi.

Salah satu sebab hubungan baik al-Mamun dengan Syiah yang dipimpin oleh ar-Rida pada masa itu adalah persoalan kalam. Dalam beberapa persoalan kalam, penjelasan kaum Syiah mirip dengan teologi Muktazilah.

Namun keadaan ini tidak berlangsung lama, kerana setelah ar-Rida wafat, sejarah Syiah kembali diwarnai dengan penindasan, yang mencapai puncaknya sejak masa pemerintahan Khalifah al- Mutawakkil (867M -861M) hingga masa imam kedua belas, Muhammad al-Muntazar (juga disebut Muhammad al-Mahdi). Menurut pandangan Syiah, imam dua belas (Isna Asyariyyah, juga dikenal sebagai Syiah Imamiah khususnya dalam bidang fikih Jafariah) al-Mahdi menjadi ghaib (menurut versi lain wafat pada 878) dan selalu ditunggu kemunculannya (asal sebutannya, al-Muntazar yang ditunggu).

Setelah itu, penegakkan kekuasaan Syiah di berbagai wilayah terus dilakukan, misalnya pemberontakan Idrisiah di Afrika Utara di bahagian barat (sekarang Morocco) pada tahun 788M dan pemberontakan Syiah di Hedjaz, Yaman, dan di Iraq, dalam waktu yang hampir bersamaan.

Pada tahun 880M - 980M barulah kaum Syiah benar-benar dapat menegakkan pemerintahan yang kuat dengan berdirinya Dinasti Buwaihi (945M) di Baghdad dan Fatimiah (966M) di Kaherah. Pada masa ini, sebahagian besar wilayah dunia Islam berada di bawah kekuasaan dinasti Syiah.

Namun arus sejarah kembali berbalik ketika orang Turki, penganut fanatik Mazhab Sunni- Hanafi, merebut kekuasaan. Orang Turki berhasil menegakkan Dinasti Ghaznawi (1030M) dan Dinasti Seljuk (1055M). Setelah berhasil menakluk Dinasti Gaznawi, Dinasti Seljuk juga berhasil menaklukkan Dinasti Buwaihi serta menguasai Iraq dan sebahagian besar Iran.

Kemunculan Dinasti Seljuk ini memberikan pukulan yang amat keras terhadap kaum Syiah pada masa itu.

Kebangkitan Dinasti Abbasiyah bersamaan dengan hancurnya Dinasti Syiah Fatimiah di Mesir (1170M) telah membawa pengaruh Syiah mulai kembali berkembang di istana Abbasiyah.

Beberapa menteri diketahui sebagai penganut aliran Syiah. Setelah itu, di beberapa tempat di antara Karbala dan Najaf serta di Mosul (Iraq) dan di Suriah berkembang beberapa kerajaan kecil yang beraliran Syiah.

Interaksi saling ambil alih kuasa antara Syiah dan Sunni, dalam beberapa hal sesungguhnya memungkinkan masing-masing pihak saling mempengaruhi, termasuk pandangan teologis kedua-dua belah pihak. Tetapi, hasil terpenting adalah adanya pendekatan pandangan kedua-dua

pihak ke dalam disiplin tasawuf. Hal ini juga yang kelak menjadi jambatan pendekatan lebih jauh kedua-dua golongan tersebut.

Catatan : Ibnu Majid

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0912&pub=utusan_malaysia&sec=Ren cana&pg=re_02.htm#ixzz2DJXof4Oq

© Utusan Melayu (M) Bhd

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com