TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD TIDAK GAGAL, MELAYU DIKHIANATI PEMIMPIN SENDIRI
Oleh Ghafar Mohamad
TUN Dr. Mahathir Mohamad tidak gagal.
Yang gagal ialah pemimpin Melayu sendiri yang memilih kuasa, jawatan dan kekayaan dunia melebihi perpaduan bangsa, negara dan nilai moral.
Orang Melayu tidak bersatu hari ini bukan kerana tiada usaha, tetapi kerana terlalu ramai pemimpin yang penuh sifat tamak, suka berbohong, menipu rakyat, sombong dan tiada jiwa perjuangan.
Lebih menyedihkan, ada yang sanggup gadai prinsip demi kuasa politik.
Lihat sahaja kepimpinan seperti Anwar dan Zahid, hari ini musuh boleh jadi kawan apabila kuasa menjadi matlamat utama.
Politik berubah ikut kepentingan, bukan perjuangan.
Dalam masa yang sama, muncul pula kelompok Melayu ultra liberal yang semakin jauh daripada akar budaya, identiti dan nilai bangsa sendiri.
Bila pemimpin hilang iman, hilang keikhlasan dan hilang rasa tanggungjawab kepada rakyat, maka bangsa sendiri akan terus berpecah.
Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah berusaha menyatukan Melayu. Tetapi jika pemimpin sendiri masih tamak, angkuh dan mementingkan diri, bagaimana bangsa mahu bersatu?
Tepuk dada, tanya iman.
(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)
Petikan daripada bebasnews.my
