UEC: PERJUANGAN TANPA BATAS WAKTU

Bila Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming "mengugut" akan keluar Kerajaan Madani jika UEC tidak diiktiraf, ramai di antara kita tidak terkejut. Kita tidak terkejut kerana isu pengiktirafan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu, standard peperiksaan pendidikan Cina) sudah lama diperjuangkan oleh kumpulan pendidik Cina, sehingga ia menjadi sesuatu yang cukup lagenda dengan huatuan Dong Jiao Zong dan Dong Zong.

Sejak di akhir zaman kolonial lagi, pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina tidak mahu sistem pendidikan mereka digabungkan dalam satu sistem dengan menggunakan alasan, budaya dan sastera mereka tidak boleh dipelajari dengan cara yang lain, kecuali menerusi kurikulum pendidikan mereka sendiri, dengan menggunakan bahasa Mandarin.

Ketika mahu dilaksanakan satu sistem pendidikan tunggal, mereka mendapatkan pandangan dua pakar pendidikan Cina untuk meneliti Laporan Barnes (1950), lalu dikeluarkan Laporan Fenn-Wu (1951). Akhirnya, pendidikan Cina kekal sebagai pilihan bagi masyarakat Tionghua di Malaysia hingga kini.

Ketika Laporan Razak (1956) dikeluarkan, kemudian menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan, sistem pendidikan Cina terus dibenarkan walaupun dengan syarat, mengubah kurikulumnya agar selari dengan kurikulum kebangsaan. Bahasa pengantar mereka terus kekal, untuk peringkat sekolah rendah. Kemudian, jika memasuki sekolah menengah, mereka dari aliran vernakular itu dikehendaki memasuki kelas-kelas pemulihan selama setahun agar dapat memahami kurikulum sekolah menengah yang menggunakan bahasa kebangsaan.

Namun, tidak semua pelajar berketurunan Tionghua meneruskan pendidikan menengah di sekolah-sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan, sebahagiannya meneruskan pendidikan di sekolah-sekolah menengah swasta yang berbahasa Mandarin. Tidak kurang juga yang meneruskan pendidikan berbahasa Mandarin di luar negara, terutamanya di Taiwan, Hong Kong, Macau ataupun di China sendiri, selain beralih kepada pendidikan berbahasa Inggeris di luar negara.

Kesemua ini menunjukkan bahawa dualisme pendidikan di Malaysia cukup sukar untuk disatukan. Apatah lagi bila huatuan yang mereka tubuhkan menggubal sistem pendidikan mereka sendiri, dan kemudian menuntut hak yang sama dengan sistem pendidikan kebangsaan. Idea itulah yang membawa kepada perjuangan politik tanpa henti, dan apabila parti-parti politik yang didominasi oleh masyarakat Tionghua merasakan pengaruhnya semakin hilang, isu pendidikan Cina akan dibangkitkan kembali.

Beberapa tahun lalu, ada pemimpin politik Melayu mula memberikan pengiktirafan kepada sistem pendidikan Cina setelah merasakan bahawa China semakin berpengaruh dalam perdagangan antarabangsa. Atas kuasa ekonomi China yang semakin berpengaruh itu akhirnya, ada pemimpin politik Melayu mengatakan "sesuatu yang bodoh" jika sistem pendidikan Cina tidak diambil kira. Lantaran itu, dua negeri di Malaysia, Sabah dan Sarawak mula mengubah syarat, termasuk syarat memasuki sektor awam negeri dan juga peluang belajar di peringkat tinggi di institusi yang dikawal oleh kerajaan negeri.

Kita juga mungkin teringat kepada 20 perkara yang menjadi tuntutan Suqiu pada tahun 1990-an, yang akhirnya membawa satu persetujuan untuk kekal menjadi kerajaan oleh BN. Walaupun kita tahu bahawa diperkenalkan pelbagai insentif agar sekolah-sekolah vernakular berubah menjadi sekolah bantuan kerajaan, pengelola sekolah-sekolah tersebut masih meletakkan syarat tertentu, termasuk menentukan guru-guru yang sepatutnya boleh mengajar.

Pada mereka, guru-guru yang dilatih oleh kerajaan tidak boleh mengajar di sekolah-sekolah berkenaan sekiranya mereka tidak boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Mandarin. Gerakan menolak secara halus itu dibuat kerana para pelajar tidak boleh memahami atau mahir berbahasa Malaysia, maka ia perlu dilakukan secara dwibahasa. Itu alasan yang mereka gunakan, tetapi alasan tersirat ialah ingin menunjukkan bahawa sistem pendidikan terbaik ialah sistem pendidikan yang kekal menggunakan bahasa ibunda para pelajar.

Persoalan-persoalan sebegini akhirnya membawa kepada segregasi pendidikan, bahkan pada tahun 1995, muncul konsep pendidikan yang cuba menghubungkan dualisme itu, iaitu Sekolah Wawasan. konsep Sekolah Wawasan tidak menyatukan dua pentadbiran sekolah yang berbeza, tetapi berusaha untuk berkongsi kemudahan-kemudahan tertentu sebagai satu bentuk interaksi dalam kalangan dua kumpulan pelajar.

Namun, ada tentangan yang besar, akhirnya konsep Sekolah Wawasan tidak menjadi kenyataan, walaupun ada beberapa projek rintis termasuk kompleks sekolah yang baharu. Selain interaksi, konsep Sekolah Wawasan ini akan mengurangkan tekanan terhadap penggunaan tanah dan kos kewangan, kerana fasiliti bersama boleh dikongsikan, seperti padang bola, perpustakaan atau kantin.

Dekad pertama Abad ke-21, sekali lagi muncul bantahan apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di mana pendidikan bahasa Malaysia ditambah waktu belajar untuk SK dengan harapan, setelah selesai, murid-murid tidak lagi perlu ke kelas pemulihan sebelum memasuki sekolah menengah. Huatuan menentangnya, kerana berandaian dengan cara itu, sastera dan budaya mereka lama kelamaan akan "hilang" kerana para pelajar sekolah vernakular lebih memahami dengan baik bahasa Malaysia yang menjadi bahasa pengantar di sekolah.

Alasan yang lain ialah kerana kuasa ekonomi China semakin berkembang, maka keperluan kepada bahasa Mandarin akan menjadi lebih besar, maka tidak wajar masa pembelajaran bahasa Malaysia ditambah. Ertinya, proses "softlanding" MBMMBI yang dirancang akan berlaku pada tahun 2021/2022 tidak menjadi.

Ketika KPM memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), isu yang sama muncul kembali, mereka mahu kekalkan sistem pendidikan Cina, dan mendesak agar ia dijadikan sebagai sebahagian sistem pendidikan arus perdana. Selain itu muncul pula tekanan bahawa sebilangan sekolah mahu kekalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan, dan akhirnya muncul DLP, Dual Language Programme. Pejuang Bahasa Melayu menentang program tersebut dengan membawa keranda 152, sebagaimana mereka turut menentang sistem yang hampir sama, iaitu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) yang diperkenalkan oleh PM 4, Tim Dr Mahathir sebagai usaha mengatasi masalah kelemahan berbahasa Inggeris (2003, di akhir tahun pengundurannya).

Sistem ini kemudiannya dihapuskan pada tahun 2013 dan digantikan dengan MBMMBI. Tahun 2015, ia dimasukkan dalam PPPM (2013-2025). Kenapa isu pengiktirafan UEC kembali bergema? Ada dua sebab. Pertama ialah PPPM akan mencapai edahnya pada akhir tahun ini, dan mulai tahun 2026, mungkin akan ada "blueprint" yang lain, bagi menggantikan PPPM. Maka, inilah masanya untuk melakukan "tekanan' agar UEC diiktiraf setelah beberapa usaha sebelumnya gagal, termasuk ketika PH menjadi kerajaan selama 22 bulan. Masyarakat Cina melihat, DAP yang menjadi sebahagian daripada kerajaan tidak cukup kuat mendesak dari dalam.

Masyarakat Cina masih memberikan harapan, bahawa DAP yang kembali berada dalam tampil pentadbiran negara, boleh melakukannya. Namun, sejak berada dalam kerajaan Madani masyarakat Cina melihat perjuangan untuk itu tidak muncul secara bersungguh-sungguh. Masyarakat Cina sedang mempersoalkan apa yang DAP lakukan ketika ini. Ia kemudian membawa kepada petunjuk kedua, yakni DAP mungkin akan kecundang pada PRU akan datang sekiranya tidak menggunakan masa yang berbaki untuk melobi pengiktirafan UEC. Petunjuk ini dapat dikesan apabila semua calon DAP dalam PRN Sabah bukan lalu kecundang, ditolak oleh pengundi Cina yang menjadi tunjang kekuatan mereka. Inilah yang dibimbangkan, dan DAP perlu melakukan anjakan jika mahu meraih kembali sokongan masyarakat Cina sekiranya "ia ikut terjangkit" pada PRU ke-16.

Mungkin inilah yang menjadi pertimbangan Nga Kor Ming, kerana jika Anthony Loke memulakan, ia akan menampakkan sikap sebenar parti yang berjuang atas kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Melayu. Kita tahu, kejayaan awal DAP ialah kerana berjaya menghasut pengundi Cina dengan dakwaan MCA dikawal oleh UMNO yang lebih dominan. Lagipun, MCA walaupun kadangkala bersuara mengenai kelangsungan pendidikan Cina, ketika ini ia dilihat semakin tidak berdaya.

MCA semakin hilang pengaruh dan sedang dilanda defisit keyakinan pengundi Cina. Harapan cukup besar kepada DAP. Walaupun semua orang tahu, berbeza parti politik perjuangan mereka adalah tetap satu, menjadikan orang Cina lebih dominan dalam semua perkara, termasuk sistem pendidikan Cina selepas berjaya menguasai ekonomi, perdagangan dan perbankan. Oleh kerana itu, DAP tidak mahu menerima nasib yang sama dengan MCA, biarpun MCA sudah berjaya melakukan beberapa anjakan dalam sistem pendidikan Cina semasa neraka bersama dalam puncak kuasa politik BN.

Kita tahu, MCA pernah berjaya mendesak agar lukisan UEC diterima untuk dilatih sebagai guru bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah vernakular. Walaupun keputusan itu dilaksanakan secara "One off", ia sudah membentuk satu "pendulu" atau "precedent". Ini sudah menunjukkan ada tolak ansur, yang akan membuka tolak ansur yang lebih kekal dan berpanjangan. Begitu juga desakan agar diberikan kouta khas kepada bukan Bumiputera untuk mengikuti Program Matrikulasi.

Ketika PH memerintah, selepas menang PRU 14, kita dengar ada keputusan yang dibuat oleh Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah swasta vernakular Cina. Biarpun dikatakan pemberian itu sebagai bantuan "One off", ia memperlihatkan sedikit sebanyak usaha untuk membawa pendidikan vernakular ke dalam sistem pendidikan perdana, dengan berkawal sebagai duduk di pinggiran. Lama kelamaan, ia akan membentuk legasi yang kekal dan berkepanjangan.

Juga, semasa Najib melakarkan pelan pendidikan tinggi negara, yakni menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau, kita melihat seolah-olah peluang terbuka luas buat sistem pendidikan menjadi semakin pelbagai. Memang ada asasnya, kerana tahun 1998 kita dilanda krisis ekonomi, maka perlu dilancarkan program pendidikan tinggi dalam negeri, apatah lagi kos pendidikan di luar negara cukup mahal.

Kita galakkan penubuhan IPTS. IPTS dibenarkan mengadakan program berkembar dengan universiti luar negara. Kita benarkan universiti luar negara menubuhkan cawangannya di Malaysia. Itu menjadi lahan subur untuk menghidupkan aspirasi UEC. Itulah sebabnya UEC menjadi salah satu sijil yang sudah diterima oleh kebanyakan universiti swasta, dan juga universiti cawangan luar negara. Tentunya, cawangan-cawangan universiti terkemuka dari luar negara seperti dari Cina, Britain dan sebagainya, mereka tidak kisah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, mereka tidak perlu tunduk dengan syarat mesti terima Sijil Matrikulasi atau STPM yang dilaksanakan secara berpusat oleh KOM.

Mereka boleh terima apa sahaja sijil yang mereka anggap memadai.dan dalam masa yang sama, kerajaan perlu mengiktiraf lukisan IPTS tersebut, kerana kerajaan jugakah yang membenarkan mereka beroperasi, walaupun sesetengahnya tidak perlu mendapat kelulusan MQA. Kalaupun tidak diterima memasuki sektor awam, mereka tidak khuatir kerana ada ruang terbuka luas si sektor swasta, termasuk syarikat-syarikat multinasional, dan konglomeret asing.

Apatah lagi bila lebih banyak syarikat China berada di Malaysia, mereka akan lebih percaya kepada lulusan universiti kelolaan swasta daripada lulusan universiti awam. Jadi, kalaupun dalam tempoh enam bulan ini, DAP gagal mendapat pengiktirafan kerajaan UEC, mereka tetap akan gunakan sebagai senjata kempen pada PRU akan datang. Adakah lebih murah berkempen' bila berada di luar kerajaan Madani kerana tembok yang ada "sudah runtuh".

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com