Semasa

Isu-isu semasa

 

Bila sebut ulama, kita mesti akan teringat pada beberapa nama ulama yang tersohor, dan terbatas kepada golongan lelaki sahaja. Memang jarang kita dengar gelaran ulama terdiri daripada perempuan.

Tapi tak bermakna tidak wujud langsung ulama perempuan. Kerana ukuran ilmu seseorang tidak tergantung kepada gelaran yang diberi oleh manusia, kerana nilai seseorang ulama diberikan oleh Allah kepada mereka yang takut (takwa) kepada Allah.

Di Malaysia, tokoh ilmuan wanita yang diberi gelaran ulama ada tiga (3) orang. Mereka ialah Hajjah Wan Yah, Hajjah Khadijah binti Abd Rahman( Tok Selehor) dan Syeikhah Fatimah Syeikh Abdul Wahab Bugis, sementara yang lain terkenal dan disebut sebagai ustazah sahaja.

Hajjah Khadijah Tok Selehor bukan semata-mata memegang title Guru Agama, beliau disebut juga ulama’ dan dia merupakan seorang wanita Melayu yang genius dan alim (dalam ilmu tasawuf, tauhid dan fekah) berkat ketekunannya menyantuni kitab-kitab karangan ayahandanya, Tok Selehor, seorang ulama tersohor tanah Melayu yang zuhud dan warak.

Nama penuhnya ialah Hajjah Khadijah binti Haji Abdul Rahman. Bila sebut tentang bapa dan anak serta cucunya, pasti ramai yang kenal dirinya. Tapi sebenarnya dia sendiri seorang yang alim dan genius.  Hajjah Khadijah berpendidikan sehingga darjah Empat sahaja, tapi perjalanan  menuntut ilmunya tidak berhenti setakat itu saja. Dia banyak menelaah kitab karangan ayahandanya dan juga suaminya yang juga dalam kalangan ulama.

Dia amat mahir dengan Kitab Hikam (Tasawuf) karangan Ibnu Attaillah, Kitab Musalli (Fekah) karnagan Syeikh Daud Al-Fatani dan Kitab Faridatul Faraid (tauhid). Antara kehebatannya lagi adalah dia boleh ingat setiap masalah dalam kitab-kitab tersebut sehingga ke muka suratnya sekali.

Hajjah Khadijah Tok Selehor, giat menulis beberapa naskah Kitab Kuning. Antara tulisannya ialah Risalah dan Syarat-Syarat Rukun Sembahyang, Risalah Sifat Dua Puluh, Risalah Ringkasan Rukun Iman, Kitab Pengenalan Ringkasan Kata-Kata Orang Tasawuf, Ringkasan Sejarah Rasulallah SAW dan Ringkasan Sifat-Sifat Mahmudah dan Sifat-Sifat Mazmumah.

Daripadanya juga lahir zuriatnya yang tidak kurang aktif dalam bidang politik dan dakwah iaitu Dato Haji Dusuki Haji Ahmad (anak) dan

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (cucu). Dan juga Hajjah Jalilah bt Haji Ahmad (anak) dan Datin Hajjah Nik Noraini bt Nik Yahya (menantu). Kedua- dua adalah guru dan pendakwah.

Catatan: Ibnu Majid

Written by Admin
Category: Ensiklopedia
Hits: 399
  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

Bacaan Popular


Baca topik

Terkini


TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com