Ensiklopedia

Keterangan ringkas & tepat mengenai pelbagai ilmu!

 

APAKAH YANG AKAN ENGKAU SAMPAIKAN KEPADA BANGSAMU?

Oleh: Luqman Hakim

"Apakah yang akan engkau sampaikan kepada bangsamu?" Demikian pertanyaan Sultan Salahuddin Al-Ayubi kepada seorang tawanan tentera musuh yang akan dibebaskannya. Lalu dijawab oleh lelaki itu, "Saya akan menyeru kepada bangsaku supaya memeluk Agama Islam."

Apakah sebabnya maka tawanan perang yang beragama Kristian itu begitu rela sekali hendak menyebarkan Agama Islam di kalangan bangsanya? Jawapannya tentulah tidak lain lantaran melihat keunggulan budi pekerti Sultan Salahuddin sendiri.

Pemuda Kristian yang berbangsa Perancis itu pernah menjadi tawanan perang tentera Salahuddin. Tetapi tatkala pemuda itu akan dibebaskan dari tawanan maka dengan cara yang kasar ia telah berkata kepada Sultan Salahuddin:

"Tuan telah membunuh ayahku dimedan pertempuran hai pembunuh yang kejam! Kemudian Tuan telah tawan pula dua orang saudaraku. Harta milik kami kan semuanya Tuan rampas hingga tak tak ada yang tinggal lagi buat kami. Hari ini apalah ertinya Tuan bebaskan aku kalau segala harta milikku telah tuan kuasai!"

Walaupun kata-kata pemuda Kristian tadi itu sungguh menikam perasaannya, tetapi sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, baginda dapat menguasai perasaannya, tidak sedikitpun berubah air mukanya lantaran mendengarkan kata-kata pemuda tadi. Malah dengan secara diam-diam, Salahuddin memerintahkan orangnya agar mencari dua orang saudara pemuda itu yang masih ditawan.

Setelah kedua mereka itu diketemukan maka Salahuddin berkata kepada pemuda tadi bahawa kedua saudaranya pun akan dibebaskannya. Kemudian dia bertanya kepada pemuda itu:

"Apakah engkau masih lagi menganggap saya seorang pembunuh yang kejam?"

"Maafkan aku Paduka Tuan!" sahut pemuda itu. "Sebenarnya aku telah terlanjur kata tadi kerana terlalu amat sedih mengenangkan nasib aku yang kematian ayah. Aku kira tentulah masa depan ku akan jadi gelap selama-lamanya. Dalam pada itu pula sewaktu di negeriku, aku selalu mendengar ucapan-ucapan beracun yang menggambarkan kekejaman kaum Muslimin. Sekarang barulah aku sedar betapa kelirunya anggapan itu."

Selanjutnya Salahuddin bertanya lagi:

"Kalau sudah dibebaskan kemanakah engkau akan pergi?"

"Aku akan kembali ke tanahairku" sahutnya.

"Apakah yang akan engkau sampaikan kepada bangsamu?"

"Aku akan berseru kepada bangsaku supaya memeluk Agama Islam!" Katanya dengan tegas dan ikhlas sekali. Perasaan gembira terbayang pada wajah Sultan mendengarkan jawapan pemuda itu.

Sebelum berangkat dari kota Baitulmaqdis, menuju ke tanahairnya, lebih dahulu pemuda tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah, memeluk Agama Islam. Yang menyedarkannya pada tingkat terakhir ialah sikap santun dan sabar yang diperlihatkan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi, tokoh Islam yang amat disayangi oleh rakyat di masa hidupnya.

Written by Admin
Category: Penyejuk Jiwa
Hits: 265
  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

Bacaan Popular


Baca topik

Terkini


TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com